adik dan kakak

Friday, January 21, 2011

semoga dipermudahkan..

Assalamualaikum..

Hari ni dh 21hb maknanya tinggal 6hr lagi la nk sampai due. Ntah2 esok lusa dah kot aku akan deliver.. Sehari dua ni perut asyik mengeras je. Kadang2 sampai rs xleh jalan sbb tegang sgt.hehe.. Very excited sbnrnya dan boleh dikatakan aku dah sedia fizikal dan mental nk melalui sekali lg proces kelahiran ni even cam xleh nk imagine sgt cmne la keadaan dlm wad n dlm labour room nanti. Doa sgt xpayah duk dlm wad lg nk tgu jalan terbuka.

Semalam kami g scan lg. Baby kurang gerak sbnrnya so nk g cek la ntah2 sumtin happen. Kalau dia gerak kuat sgt kang aku rs sakit plk tp bila dia xgerak lg la aku 'sakit'. Sgt runsing! So, xpela syg. Gerak jela kuat2 sampai umi mengaduh jnji syg sihat.. Doc ckp mmg sah girl n berat pn dh byk naik. Myb sama bsr dgn tirah jgk la kot.. Ok la tu dr xsampai 2kg cam 36weeks hr tu..

Ramai yg tya nk pantang katne. Actually aku sdri xsure lg nk berpantang katne. Bukan pa. Kalau ikut rs selesa mmgla kt umh sdri selesa lg. Nk buat pa pn sng n semua tersedia. Cuma xde org yg tlg jg jela. Aku rs xde masalah pn kalau pantang sendiri sbb ank sulong dulu pn xde sapa2 jgk yg tlg. Suma kami berdua yg buat. Tengokla cmne nanti. Xnak la susahkan ma jgk sbnrnya sbb adk2 da lg yg sekolah. Nanti bertambah plk beban dia nk jg suma org.. Doaku,semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah..Amin

Thursday, January 13, 2011

sarawak..Kelantan..

Assalamualaikum. slmt ptg..

Dah masuk 7bulan pun kami berpindah ke sini; Kelantan. Aku sepatutnya hepi sebab doaku selama bertahun2 ni akhirnya dimakbulkan Allah. yes. im hepi.. Sangat2 hepi sbb blh dekat dgn mak ayah dan sanak saudara semua. it juz dat aku sbnrnya masih dalam proses penyesuaian diri dengan new environment kat cni. Memang banyak beza keadaan disini dan di Samarahan dulu.

Mungkin dah lama kat sana membuatkan aku sentiasa membandingkan segala pa yg da disini dengan keadaan disana. Dah terbiasa kata org sbb tu masih lagi teringat2 segala yg aku lakukan disana. Atau mgkin aku masih baru disini jadi xbyk tmpt yg aku tahu.. Da benda yg aku salu lakukan disana tapi tidak lansung berpeluang dilakukan disini.. Lain tmpt lain la keadaanya kan. Org kata lain padang lain belalangnya.. Cuma kekadang bila ingat da bnda yg salu aku buat kt sana yg dah jadi rutin tapi xboleh dilakukan disini membuatkan aku sedikit sedih terkenangkan bumi Sarawak. Maklumla tmpt jatuh lagikan dikenang. Bila dh jauh cmni barula terasa kebaikan dan kerinduan.. hurm,lumrah semulajadi manusia.

Jika dulu bekalan sayur,buah2 dan brg dapur senang sx didapati. Dekat pula dgn rumah kalau nk g shopping. tapi kt cni x.. Aku xtau pun nk beli sayur kat mn dan itu m'buatkan aku dh lm xbeli syr. [kononla aku salu sgt beli sayur.huhu]..Nk beli kuih muih pn ssh sbb kedainya agk jauh. Kedai mkn favorite pn lom da kt cni dan kami lbh suka memilih utk mkn dirumah saje sbb xde port yg kami suka pergi.

Kalau ujg mgu mmg trasa agk boring sdkt sbb xbyk shoppg complex kt cni. Kalau da pn suma kt KB. Jauhnya nk pergi.. Suma kena tgu hr mgu. Klau dulu kat sana bosan2 je blh pg Tabuan. Port yg aku amt gemar pg sbb byk brg murah. hehe. G golden city blh shop brg perhiasan murah,baju2 murah.. Da brg dapo sx. Kat cni yg da pn Econjaya. Itupn br bbrpa bln dibuka n dh muak dh g sana. Xde bnda yg menarik.

Nk shop baju budak2 yg murah mmg sgt ssh disini. Xtau mn nk cr kedai yg byk chioce+hrga murah. Kt swk berlambak gudang cina camtu. Baju dhla cantik2 murah plk tu. Baju nk pakai santai2 hrga rm10 pn ok la. Kt cni kt gudang cina pn mahal patah lg klu g beli kt supermrket. Dhla pilihan limited.. Plg murah pn dlm RM20 spsg. Mmg sgt xberbaloi aku rs sbb dh biasa yg murah2 kot. hehe. Klu kt swk kami suka pg Wisma Seberkas. Shop brg ank. Suma murah2. Yg penting bkn made in Thailand or Made in Indonesia. Xmcm kt cni byk baju budak made in Indonesia wpun hrga mahal melampau.

Time sgt xde tmpt nk g kami akn g Hock Lee Centre. Byk butik cina kt sana tp yg bestnya da satu tmpt mainan kanak+org dewasa yg sgt besar dan best. Tirah suka g sn main2. Mmg relax..

Bercakap tntg Swk ni aku amat rindukan kedai makan feveret kami berdua. Sangat rindu nk makan ais kacang, nasi aym penyet, ais jagung, laksa swk, sayur terung mks merah.. Sumanya pastinya yg xde kat cni.. Argh... Da 3 port yg kami suka g lepak n mkn2 kt swk dulu. My huby suka gile g mkn kt Chili peppers. Kami dh jd pengunjung setia kedai ni semenjk sebelum kwen lg. Ais kacang dia mmg superb! 2nd place plk mstila Sia Sineq. Aym penyet n laksa swk dia mmg xde tndinganla. Klu mkn stap hr pn xjemu. Blh kata stiap mgu kami g mkn kt sana. xpun 2x smgu. hehe. Aduh,terliurnya..Lastnya warong 2000. Yg ni dekat je dgn uitm n umh kami dulu. Dia kedai mkn biasa je tp nasi campur dia mmg class. stiasa xmhmpakan..

Hopefully da rezeki lg nk jijak kaki kesana nnti. Itupun agknya bla aku dh kerja n da duit poket sdri.. Masih ramai kwn2 sekelas yg stiasa mengharapkan kami ke sana lg..

Heheh. Agk pnjg celoteh ptg jumaat ni. Excited bercrite tntg bumi swk.. yg dh 7tahun aku diami..

Monday, January 10, 2011

Jumpa Doc..

Assalamualaikum..
kali ni nk cite pasal g klinik semalam. hurm..preggy kali ni banyak la pulak kena jumpa doc. macam2 hal. tapi satu yang pasti,setiap kali jumpa doc pasti mood aku berubah dan aku pasti stress.patutla nurse tu kata orang yg salu jumpa doc adalah org yg bermasalah. jumpa je doc mesti da sesuatu yg keluar dari mulutnya yg merunsingkan hati. bayiku kecik katanya. xmengikut scale tumbesaran yg sepatutnya. dahtu pasni kalau da pa2 masalah kena lagi g jumpa doc. ish,xsuka,xsuka..

Itu satu hal. da lagi benda yg lebih menjengkelkan bila g jumpa doc. buang masa! aku benci menungu dan buang masa. ok la utk aku yg 'jobless' ni. kalau org bekerja cmne? asyik cuti jela keje agaknya. dahtu stiap bulan plk tu. tu kalau nasib baik. kalau x 2mgu sx kena g tunjuk muka kat klinik tu. igt keadaan tu pn dh buat mood aku swing.. kenapa la govt ni cmtu. tau la foc.. pastu nurse n doc cam bebas je nk layan or buat pa2 kat kita. mmg xsuka. patutla sejak dulu aku xsuka kt hospital..

Kat klinik semalam,da la duk cakap2 dgn sorang ni. ibu muda jugaak kot kalau tgk ke rupanya. anknya comel sx. 2bulan umurnya. so,cakap2 la. dia kata babynya lahir 2.5kg je hari tu. tapi lnsung xkena jaundis or pa2 infection. sangat hepi la bila dengar sbb bayi aku pn nanti akn lahir besau tu jugakkan. yg lebih best bla dia cakap dia bersalin kat umah dan disambut oleh neneknya. wah!sangat terkejut. katanya bila ketuban pecah 15min pastu trus bersalin. lom sempat nk g klinik kepala baby dah keluar. aduhai..sungguh senang dia bersalin. aku pn hepi jap dgr cite dia.hehe. doa sgt aku pn senang jugak bersalin cam budak ni.hehehe. amin..tp kalau xzsempat nk g klinik cam ngeri plk. sapa yg nk sambut bayi aku? huby?? lagi ngeri..papun,semoga semuanya dipermudahkan. amin..

Thursday, January 6, 2011

......

Assalamualaikum. kembali lagi.huhuh.. bosan sungguh bila xdapat online. sia2 je da internet connection tapi suma access denied xpun line laju.. mungkin itulah salah satu sebab aku asyik post new entry je kt blog..hehehe

Dah xtau nk kasi tajuk pe kat entry ni. Tak de subject khusus pn nk share kali ni. macam2 da. hehehe.. aku sebenanrya dah cukup bulan. lebih kurang tunggu hari jela lagi nk bersalin. walaupun due nya ujung bulan nanti. bak kata nurse tu, bersiap sedia la dari sekarang. bla2 masa je awak boleh bersalin..dah 37mgu pun..kalau ikut athirah dulu aku bersalin awal 2mgu..yang ni xtau la..cuma sekarang memang dah xlarat sangat dah.perut dah besar sgt..berdebar jugak menunggu ni. kata nurse hari tu tanda nk bersalin xsemestinya sama utk setiap kali bersalin so mmg kena sentiasa berjaga2. kalau athirah hari tu aku sakit perut tapi kali ni xtau la.

Ikut pengalaman kawan2, da yg pecah air ketuban, da yg keluar darah dan macam2 la. Aku kalau boleh xnak jadi cam athirah hari tu. kena duk lama kt hospital sebab tunggu jalan terbuka. Serik dah jadi tempat doc2 cek jalan.tapi takut pulak bila macam2 yg jadi. xleh nk ikut sedap hati kita je bersalin ni. macam2 leh jadi. da kawan aku yg pecah air ketuban tapi xsakit pun bila g hospital trus bersalin. da pulak yg sakit baru sikit tapi jaln dh terbuka besar. Jadi,pendek kata trus g hospital kalau da salah satu tnda apapun..

Tapi aku berdoa sangat semoga segalanya dipermudahkan Allah. senang bersalin,sakit xlama dan senang bersalin tnpa masalah pa2. yg lebih penting baby sihat walafiat dan sempurna. amin..

Nampak gayanya aku akan bersalin dalam musim tengkujuh jugakla ni. mana tak nya,hujan masih xhenti2 ni. banjir gelombang kedua kata orang. dah da tempat kena pindah pun. makcik aku cakap bgs la due bln satu dh lepas musim hujan kalau tak susah jugak. hurm..lepas ke benda nya camni..ntah2 sampai ke bln 2 nanti duk ujan je.hehe. xpela..bukan samapai banjir pun tempat kita ni makcik..

Wednesday, January 5, 2011

Anakku dah sekolah!!!

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari pertama ankku ke sekolah. walaupun lambat 2hari pd kanak2 lain. cam xpercaya pun da jugak. tak sangka sekolah dah anakku. besar dah dia. walaupun baru 4tahun la..heheh..kejap je kan. esok lusa dah masuk sekolah rendah,pastu sek menengah. wah! itu maknanya aku pn dah tua. anak2 dah besar..

Sukar nak digambarkan perasaan aku. macam xmerelakan dia pergi sekolah pun da jugak. takut pun da jugak. sedih pun da. suma da.. tak merelakan sebab dah terlalu biasa berada dengan dia dirumah dan jadi teman setiaku. natleast da la org buat bising dan layan aku bercakap.[konon la.padahal aku duk bz on9]huhu. Takut pulak sebab bimbang dia tak nak duk sekolah n ngamok2 nk balik. takut cikgu2 kat sana layan xbagus or jadi pa2 pun ya jugak. takut kena buli pun ya jugak. sedihnya bila pk suma kemungkinan ni walaupun hakikatnya aku yg pikir yg bukan2.

Dan,realitinya mmg aku terlalu bimbang sampai pk mengarut2. hakikatnya dia balik tadi dgn muka penuh excited dan gembira. mulutnya xberhenti duk bercerita dengan hepinya tntg pengalaman baru ke sekolah. amat teruja! dan aku amat hepi sbb suma tanggapan awalku suma meleset. katanya dia jumpa ramai kawan baru dan suma orang baik dgnnya. xsabar nk ke sekolah lagi pg esok katanya..hahahha

Pagi tadi dgn sngnya dia bgn utk mandi dan bersiap ke sekolah walaupun dia ni terkenal dgn sikapnya yg bangun lewat dan tdo lewat malam. salunya mmg susahla nk kejut dia diawal pagi selain alasan nk g jalan.[kaki jalan cam makbpk dia]. hahaha..papun, alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan segalanya.

Bermula hari ini dan hari2 berikutnya aku perlu la belajar untuk 'hidup' sendiri kt umah ni sampai kul12 sementara athirah g sekolah. lagipun xlama lagi teman baru akan muncul..so, xde la lama mana pun duk sendirioan kt umah ni..

Tuesday, December 28, 2010

my special day..

Tinggal beberapa hari lagi nk abis tahun 2010. maknanya xbeberapa hari lagi jugak my special day pun akan tiba.eh,jangan salah anggap pulak.hehe. my special day tu ialah my anniversary day yang ke-4. tapi masalahnya aku lom da pa2 hadiah untuk hubby tersayang. bukan xnak beli pa2 tapi sebenanrnya xtau nk bagi hadiah pa. kawan2 bagi suggestion beli je pa2 walaupun barang tu dia dah da tapi aku kalau boleh xnak la camtu. kenal sangat dengan huby aku. kalau bnda dh da msti dia xpakai or guna. lagi2 kalau brg terssebut xkena dgn taste dia. sejak dulu mmg cmtu. ofkosla most of da thg dia dh da. so,xtau nk bagi pa..sgt buntu

Da yg cakap xpyh bagi pa2. masak n beli kek ke, or xpun jak candle light dinner pn dh cukup. tapi cam xbrpa best je cmtu sbb dia bukan jenis yg suka mkn. n xde kenangan la kalau cmtu. kalau candle light dinner pulak xkan nk bwk ank kan? tapi xkan plk nk tgglkan ank dgn mak smata2 nk clbrate ulangtahun perkahwinan. bersungguh beno plk nmpknya.heheh..

Sbnrnya,ni bkn thn pertama yg aku xbelikan dia pa2.( pengakuan dgn sedih..) kes nya cam di atas tu la.xtau nk beli pa.. kdg2 da jugak nk hadiahkan dia sesuatu tapi xkena dengan status kewangan bagi seorg fulltime housewife cam aku ni plk.. kdg2 nk beli papun msti tgk dulu sbb bagi org yg suka brg berjenama cam my huby xsuma brg dia pakai wpun dr insan istimewa..jd niat tu hanya tinggal niat..dia je yg salu akn bagi something kat aku.xkira la mahal or murah.

Papun, nk sgt dia tahu yg aku amat sygkan dia dan cintakan dia wpun salu buat hal dan salu majuk.hehe..

Monday, December 27, 2010

new baby is on the way..



Assalamualaikum..salam lewat malam.ahaks..tiba2 pulak aku ter'online' lewat mlm..hehe.xpenah2 on9 waktu ni.mmg tetiba.hajatnya nk check email je tadi pastu tiba2 lak da idea cam melayang2 depan mata.hehe..

Stil nk cite about my pregnancy yg agak2 bersisa baki sebulan lebih ni..masih berteka teki tntg jantina baby yg akan dilahirkan nanti ni.nurse tu cakap hr tu nk kena g scan tp bla g klinik doc tu cek2 je pastu suh g scan next 2 weeks lg plk.maknanya lusa la tu.hish!bikin suspend dan buat aku tension pulak sbb hari tu awal g klinik pastu kena tgu turn dlm sejam lebih gara2 nk jumpa doc. doc tu bukan buat pa2 pun. justy scan n tgk buku rawatan bulanan je.mmg kalau hari jumpa doc akan habiskan masa dgn menunggu jela. kalau ibu2 yg bekerja mmg kesian.pnt tu menunggu!n i hate waiting! so, hopefully lusa blh la tgk jantina baby kami ni nanti kalau diizinkan Allah. kalau masih nk sorok2 xpela.aku redha dan terima je pa pun jantina baby kami ni nanti. xkesah pun janji baby sihat dan sempurna.amin..

Mengandung kali ni rasanya banyak beza dgn mengandung 1st dulu.yela.mmg la xkan samakan tapi kali ni obvious sgt perangai ni. yg part badan yg sgt mengembang tu xyah cta la mmg teramat mengembang. berat pn dh naik cam hape. perut pn dh stg memboyot skrg. satu perangai aku yg xleh nk ubah ialah xsuka tgk perut time preggy. bagi aku hodoh sgt bila perut memboyot dan membesar. suma nmpk xcantik. uhuhu..terukkan.

Prgnt kali ni perangai aku sgt la cerewet. especially bab makanan. suma nk bersih dan perfect. nape ntah.. yg aku masak sendiri pun kadang2 bila masuk semut sekor je dh rasa kotor dan jijik dan dah xleh makan. air pun camtu gak. tu part yg nmpk. yg lebih dasyat lagi bnda yg xnmpak pun kalau dah aku rasa xleh makan mmg xleh la nk makan. contohnya tengok cara orang kedai tu pakai ke, tengok keadaan badan orang yg serve tu ke..kalau da yang xkena dimata aku mmg makanan tu jadi hiasan n ke tong sampah jela jawabnya. mula la rasa mual dan nk muntah. aku mmg jenis penggeli sikit orgnya tapi xdela sampai tahap yg melampau2. kadang2 aku marah dgn diri sendiri sebab bekas suap anak aku pn aku xleh nk makan dah. bekas sumai makan pn camtu jugak. kalau aku tgk 2beranak tu bersuap-suap makanan,mula la aku rasa mual dan nak muntah. sangat teruk! ntah pe2 je kan.

Bukan pe,just takut anak yg bakal dilahirkan nati pun akan bersikap cerewet dan xboleh nk kongsi makan dgn orang lain jugak nanti. xnakla. memilih bolehla tapi kalau dah cerewet payah jugak. lebih teruk kalau jadi perfectionist. suma nk yg terbaik dan perfect je..