adik dan kakak

Thursday, December 29, 2011

Dari Kerana Mata..

Assalamualaikum..2hari lagi tahun 2011 akan berakhir. masa berlalu dgn sgt cepat. rasa baru lagi bersalin tp baby dh nk masuk setahun. rasanya juga ni adalah post terakhir di bulan 12 di tahun 2011. makin lama makin xde idea ditambah dgn salu 'bercuti' di kg halaman.hehe

Hari ni tetiba terdetik dlm ati nk share pasal mata. mata sendiri la. bukan mata orang lain. kata org dr mata jatuh ke hati. benarlah sgt ungkapan itu..sangat bahaya jgk kot. mana tak nya tgk je benda murah suma nk beli walaupun kt umh tu byk lagi yg tak guna.hehe. anda di luar sana saya xtau la pulak camne. bayangkan kalau pergi mall dlm kepala nk jalan2 je sbb xde benda yg PERLU  dibeli pun tp bla sampai je tgk keliling mau penuh satu troli aku borong.huhuhu..begitu la adanya. mmg salu berlaku.

Daripada xtau jadi tau. drpd xnak jadi nak suma sbb dari MATA turun ke hati la ni. mu huby klu g shah alam mesti dia akn g sogo. baju bdk murah2 kat ctu. mmg sentiasa da buah tangan utk ank2. dia salu tanya nk pe2 ke.mesti jwpan aku xnak. takpun klu g pasar mlm la cth paling simple. aku salunya akn tgu dlm keta je sbb berat wei nk dukung aimy. dh la sesak2 dgn org ramai. dia mesti tya nk pe2 tak? jwpan yg kua mesti ' xnak'. ikhlas tak ikhlas jgk tp nk wat cmne sbb xtgk dpn mata so xleh nk ckp nk pa. kdg2 da jgk nk suh beli sumtin tp takut nnti xberkenan lak sbb xleh tgk depan MATA.

Satu lagi. bg aku suami aku ni dh handsome giler dh..xde dh org lain yg handsome slain dia. rumah aku ni dh cantik sgt dh. sbb xtgk umah org lain lg. xtgk lelaki lain di luar sana yg mmg 100X ganda handsome dr suami sdri. bahaya giler kan. penah tak tgk lelaki lain pastu dlm tak sedar ckp kt hati, wow, handsome nya laki ni. mesti penah kan?hehe. dh dosa dh.. patutla nabi pesan jagala MATA dgn menundukkan pandangan.

Aku ni kalau duk umh mmg rasa cam xingin pa2. cukup je dgn pa yg da sentiasa. tp cuba bla kua, suma bnda nmpak cantik, suma nmpak menarik, suma nak. sbb MATA. dr sbb mata jgk la penyakit hati dtg. tgk org pakai cantik2, tgk org kulit halus mulus, tgk org duk umh besar mula la rasa serba serbi xcukup. xlengkap. dan mula la nk menyusahkan suami. huhuhuh.xpatut2..

Tapi skrg ni dgn kecanggihan teknologi toksah kan kata kena kua duk umh pun leh shopping pa. lebih byk n hebat lg dr g kedai. kot. hehehe.. ni lg satu penyakit MATA. Aku ni kdg2 taksub bla tgk benda2 cantik ni. xsedar diri yg kita tu xkeje. xde income sdri.. kdg2 tu main klik2 je pastu sedar2 duit kt bank dh xde gara2 shop on9.. kdg2 mentality jgk kot. kt jd terikut2 dgn trend, dgn iklan. tgk org pakai tudung ct kita pn nk jgk. itu nk ini nak sbb kononnya takut org kata xmengikut trend. x up to date. or x setaraf..mcm2 la..

Aku pn camtu jgk. kdg2 xleh nk elak drpd kata2 dr mulut org. "suami keje best tp pakai keta camni je.." "tgk abg tu keje kilang je tp dh blh beli umah sdri. korg ni bla lg"..ni suma pn penyakit hati yg dtg dr MATA org lain. kdg2 masuk telinga kanan kua telinga kiri tp kdg2 trus masuk menusuk ke hati.hehehe..

p/s: sgt bersyukur bla fikir da MATA utk lihat suma ciptaan Allah yg sungguh cantik! cumanya mata dan hati perlu dijaga rapi agr tdk menjadi manusia yg tak bersyukur dlm tak xsedar..


Tuesday, December 27, 2011

Mother's choice is alwz right

Assalamualaikum..ni entry lama tp br da idea nk update..so, ni la agknya last post for year 2011..

mesti suma org penah merasa pakaian dipilih oleh ibu. sekurangnya2 sblum da duit sdri or dh kerja. penah tak sesapa yg komen tntg pemilihan pakain yg dibeli or dipilih oleh ibu? xde kot. ha, camtu la jgk situasi nya dgn aku. mmg suma benda yg dipilih oleh ibu utk aku just nice kata org putih. suma nmpk cantik dan ngam dgn badan. suma nmpak cantik dan sepadan..

itu cite 15tahun lalu yg suma pakaian dipilih oleh mak. ingat lagi, stap kali raya (sbb salu nya baju baru dibeli bla hariraya) mesti suma org akan puji baju aku cantik walaupun aku salu nya xmenyukai pilihan ibu. mmg selalu begitu. pa yg cantik dimata ibu xpenah cantik di mata aku. sampaila dh besar, tetap juga org akan memuji suma pakaian pilihan ibu. pastu tibala skrg. dh da kuaga sdri. dh jd ibu spt ibu aku. baju pn dh dipilih sdri. xde dh pilihan ibu. baru tersedar yg pilihan ibu mmg sentisa terbaik! sbb bape kerat je org penah puji bla aku pakai pa2. nmpak sgt chioce aku xmenarik. kan?kalau pilihan ibu tak terbaik xkan suma org melihat akan memuji? baru tibul rasa bangga pakai baju dipilih ibu. sebenarnya taste seorg ibu mmg sentiasa terbaik pun. sbb dia ibu. ibu yg berkongsi rasa dan jiwa dgn kita. mestila dia lebih arif tentang diri kita. tp anak..bisala. klau tak bertegang urat dgn ibu bukan anak la namanya.

Ironi nya plk, suma benda yg aku beli bla dipakai rasa xcantik pd aku tp bla diberi ibu dan dikenakan pd tubuh ibu suma nmpak cantik dan menarik! apa kes ya? tension! tension bkn sbb rs menyesal bg brg tu kat ibu tp tension nape suma bnda yg ibu pakai nmpak cantik sgt. bkn pakaian je kot. suma bnda. compact ke, lipstik ke..suma camtu. bla aku pakai rs xbest la, muka xlicin la, sx mak pakai alahai..mengalahkan aku! lipstik yg mak pakai pn camtu. padahal aku yg beli sbb lawa tgk model pakai sx bla pakai haram. bla mak pakai mmg sebijik cam model. ish, nyampah.hahahaha.



Saturday, December 17, 2011

Sebab nila setitik abis rosak susu sebelanga

Assalamualaikum..
ish,cam xde kaitan pulak tajuk entry dgn isi kandungan yg bakal di utarakan ni..huhuhu. ni cite pasal ipar duai sbnrnya.

Dalam hidup berumahtangga mmg byk dugaan. kalau tak dr suami or isteri sdri masalah dtg pulak dr keluarga, adk beradik, ipar duai dan org sekeliling jgk..ish, byk plk kaitan perkahwinan kita dgn org lain ye. begitula adanya..sbb tu org salu kata kita ni bukan berkahwin dgn sorang je tp jgk dgn family besar pasangan.

Alkisahnya, da my fren ni kesian plk tgk dia. mak mertua baik sgt. bila dia sambung study mak mertua yg jaga anak dia yg masih kecil. dia ni memang rapat lg dgn mertua dia. dah macam ibu sendiri. mmg best tgk. pastu klu bersalin pun umah mertua jgk la dia berpantang. begitu la kot klu org dh baik memang mak mertua pun sayang. jadi org yg mak mertua tak syg tu jht la?huhuhu. ntah pa2 je statement kan?hahahaha. tp hairan tiba2 je kali ni bila blk kg xbalik umah mak mertua dia. dia xde la ckp yg dia da masalh dgn ipar duai dia dia juz dia penah ckp adik beradik suami dia da ckp belakang yg kononnya dia ni pergunakan mak mertua dia utk kesenangan diri sendiri. suh jaga anak, suma.. kesian kan?

Aku xde ipar lg dr belah suami so aku xtau la camne ragamnya nanti. sbnrnya bukan sorg dua my fren yg da conflict camni dgn ipar duai. tp suma bt dunno je. sbb balik kg pn jrg2 bkn salu. klu duk dekat xtau la camna keadaanya. mintak2 sgt nanti bila adik2 ipar dh kwen wife2 dorang leh jadi kamceng dgn aku.. seperti mana kita xboleh pilih siapa jd mak ayah dan adik beradik kita camtu jgk la ipar duai rasanya. or aku patut kata manusia mmg susah nk seiring pendapat bila dh jadi ahli keluarga..


Thursday, December 15, 2011

Susahnya Hati Bila Anak Sakit

Assalamualaikum..
Being a parents its not an easy task. and it never be! nk jadi ibubapa yg berjaya perlu kesungguhan, ketabahan dan kekuatan mental dan fizikal yg kuat. bila dh kawen, maksudnya dh bersedia nk da anak. dan bila dh jadi parents maknanya ia bersifat permanent ye. akan berlansung untuk berpuluh2 tahun yg akan dtg bukannya utk sehari dua, setahun dua..berpanjangan sampaila menutup mata. rasanya suma sedia maklom kot..membebel je lebih aku ni..

Bila dh jadi ibu baru tau beteapa susahnya nk membesarkan anak2. lagi terasa bila kita seorang ibu sbb org pertama yg merasa 'sakit' adalah kita. sejak la hari pertama disahkan hamil sampaila nk bersalin. bila dh kua anak xnak tido mlm la, anak jaundis la, anak meragam tanpa sebabla. mmg mcm2 kan.
Dah umur 4tahun pun anak sulong kami. hm..sejak2 dh besar ni tirah jrg sgt demam. kata doc budak yg overweight mmg kuat antibodi. bagusla. tp adik plk yg selalu dmm. boleh kata selang sebulan mesti da demam. ssh ati jgk..

pastu sari dua ni tirah plk sakit gigi. kesian sgt tgk dia. aku kdg2 mls nk layan sgt klu tirah menangis sbb dia ni salunya nangis je lebih tp sakit xde mana pun. budak manja. semalam xdpt tido sbb sakit gigi tgk hari ni bibir dan gusi dh bengkak. lagila duk merengek2. gigi depan dh rosak dh patah pun 4 putung. tinggal tunggul je. bila bwk g klinik, doc ckp kena cabut dh suma gigi depan. tu pun kena tunggu bengkak surut. duk menangis je sepanjang hari. mkn pun xnak. susu pun tak nak minum. susah ati sgt tgk keadaan anak camtu. sakit gigi plk xde ubat. duk bg pcm je bg reda sakit tp bengkak xsurut2 lg. bila dia nangis mmg xtau nk buat pa sbb sakit gigi ni mmg sakit. baba nya plk asyik duk suruh sabar. alahai baba..

Pendek kata, bila jadi parents mmg byk la kena sabar dan sabar dan sabar..mmg tu je caranya. mmg sampai bila2 pun rintangan pasti da. pasni bla nk tumbuh gigi mesti nangis2 jgk. adik dh 11bulan tp gigi sebatang pun belum tumbuh.

Tuesday, December 13, 2011

Anak dan Anugerah..

Assalamualaikum..ceh, punyala serius tajuk entry..padahal cte nya biasa2 je.hahaha.

Dulu, aku selalu berasa pelik dan hairan kenapa Allah berkata dlm alquran yg lebih kurang bermaksud begini..
...mereka bermegah2 dgn zuriat dan anak yg ramai serta hasil tumbuhan dan ternakan mereka..
xigt pulak surah pa n ayat berapa. mls pulek nak goggle. huhuh. aku sungguh hairan nape kaum2 dulu sgt bermegah dgn anak. lagi2 bila da ramai anak. pa yang nk dimegahkan sgt dgn bilangan anak yg ramai? pa la sgt besarnya anak sampaikan disamatarafkan dgn harta yg paling berharga..lainla kalau hasik tuaaian dan haiwan peliharaan yg banyak. tu aku fahamla..lama jgk duk pelik psl ayat ni. sehinggala akhirnya aku sendiri juga telah memiliki anak sendiri.

Ya. memang anak itu adalah anugerah yg paling indah dlm hidup suami isteri. dlm hidup setiap pasangan manusia. xleh disangkal. cumanya aku berfikir xkan la dgn sbb anak ramai kaum itu bermegah2 seperti dia memiliki alam ini. dimana ajaibnya dgn da anak ramai?? akhirnya aku temui juga jawapannya. maka benarlah firman Allah dlm kitab suci itu..rupa2nya disitu terletaknya 'kemegahan' mereka terhadap pernyataan ramai anak.

Dipendekkan penerangan yg kucar kacir ni, hahahaha tengok saje bagaimana org memuji dan bermegah2 dgn kecantikan, keteletahan dan kecerdikan anak2 sendiri. suma org akan letak gambar anak2 dlm fb dorg. itu adalah cth termudah. termasuk aku sdri..nah..bukankah itu tandanya kita juga bermegah2 dgn anak2? rupanya begitu maksud ayat tersebut.

Sape tak bangga dpt anak2 yg comel lote, putih gebu, pandai, cerdik, keletah dan mcm2 lagi. suma org pasti juga memuji..tak gitu? rupanya disitula nikmat da anak2 ramai yg mmg patut dibangga dan dimegahkan.. satu lagi myb bila anak ramai menandakan seseorg lelaki itu 'lelaki sejati' dan 'berkuasa'. kot la..yg ni xberapa pasti sbb xde plk rasa camtu wpun dh da 2 anak.hehehe

p/s: bermegah dan berbangga disamping mengucapkan jutaan syukur ke hadrat Ilahi diatas nikmat yg amat berharga ini

Monday, December 5, 2011

garage sale

Assalamualaikum..

Rasanya klu kat malaysia garage saler masih merupakan perkara baru dan asing. klu kat negeri omputih brnda ni mmg biasa je. aku rasa concept dia lebih kurang cam bundle sale klu kat tempat kita.  cumanya klu kat malaysia brg bundle ni banyaknya dijual di kedai n by shoppers bukannya owner brg tersebut. tp lately je kot agk org dh stat letgo dorg punya belongings through internet especially fb. itu pun brg2 tertentu je. bukan suma brg. yg byknya pakaian la..

Tiba2 rasa nk menulis pasal ni bila tertengok dlm cite katun yg anak2 salu tgk kat tv.heheh. cam best plk concept garage sale ni. yela. sama je cam kita beli brg 2nd hand or bundle kt kedai it juz dat garage sale ni dilakukan oleh tuan rumah di depan rumah sendiri. best kan camtu.. salunya garage sale ni dorang buat bila nk pindah rumah or bila byk barang yg xnak or xleh digunakan lagi la. xleh guna bukan sbb rosak tp myb sbb nk beli baru or nk ubahsuai konsep umah. lebih kurang camtu la..

Kat cni aku xpenah la lagi beli perabot 2nd hand. sbb xpenah juympa kedai yg jual brg camtu. kot. kat kg da satu kedai yg jual perabot dan perlatan rumah 2nd hand tp byk brg2 yg dh xbagus. rosak sana sini. klu da yg bagus awal2 lg dh dibeli org. penah sx my fren ckp da satu kedai yg jual perabot bundle dr singapore. yg tu aku rs mmg bgs la sbb majoriti penduduk dorg kaya. tp xpenah pg tgk sdri pun. hehe. bagus jgk kot klu byk kedai yg jual bundle perabot dan peralatan rumah ni. sbb murahkan so value 4 moneyla bg aku..

Jomla kita pakat2 biasakan penduduk malaysia bt garage sale..