adik dan kakak

Tuesday, April 16, 2013

1st Summer Camp kakak

Assalamualaikum..

Hari minggu lepas kakak g summer camp. teruja nk cite sbb ni 1st summer camp yg sekolah anjurkan. wajib pergi pulak tu. kena bermalam kat khemah suma. 2hari satu malam je. tapi satu malam yg padat kot. macam tak yakin dan percaya je kat kakak yg ala ala sangatla manja + masih pakai pampers bila nk buang air besar + masih minum susu guna botol + tak pernah tido tempat asing sorang sorang tanpa mak ayah. dia bermalam rumah nenek dia pun klu takde ummi dan baba dia mengamuk malam malam. ni kan pulak tempat yg memang takde sorang pun ahli keluarga dia.

but, she did it! rasa macam tak percaya lagi. dah la aktiviti padat. tau tau la summer camp kan.. pastu kena pulak bangun awal pagi. runsing betul hati ni.. tapi dia memang beria ia nk pergi dan wajib pergi pulak tu..

Alhamdulillah..dia ok je. tak nangis dan tak buat hal.. takut jugak tiba tiba cikgu call tengah malam buta suruh datang ambik. hahaha.. kakak kata da kawan dia yang nangis. saya ni bimbang bukan sebab tu je. paling bimbang kalau dia buang air besar. salunya ummi yg akan basuhkan. dia jijik dengan najis dia sendiri. tapi cikgu dia kata dah biasa dh tu. budak umur 5,6tahun kan normal lah cikgu dia cakap. leganya rasa sebab yela, cikgu tu sapa nak basuhkan najis anak 'remaja' kita kan? hehe..tapi kakak cakap dia tak buang air besar pun..

Alhamdulillah..sumanya ok. bangga sangat dengan kakak yg ala ala manja kededek tu boleh berdikari. hehehe. .dia kata tak minum susu pun kat sana. tak pakai pampers pun bila tido dan tak kencing pun kat atas tilam + tak nangis dan tak buat hal pun.. satu lagi yg boleh dibangga kan la boleh pulak mandi air sejuk pukul 7pagi. kalau kat rumah jangan harapla. mandi air panas pun siap nangis nangis kata sejuk. alahai kakak..

Moral of the story, bagi jela anak nak ikut perkhemahan ke, perkelahan ke atau apa apa aktiviti luar yg sekolah dorang anjurkan untuk ajar anak hidup berdikari. rasanya lebih lama lebih bagus. nanti bila balik rumah dah tak payah pakai pampers, tak payah mandi air panas setiap pagi dan tak payah minum dengan botol lagi..hehe..

Friday, April 5, 2013

Bila Sedih..

Assalamualaikum..

Setiap orang pasti da masalah. xde sesiapa pun yg xde masalah kat dunia ni kot. cuma, bezanya besar kecil dan bagaimana kita melihat masalah tu.. saya percaya setiap org da cara tersendiri nk memotivasikan diri bila jiwa sangat sedih.

As for me, kalau sangat sedih saya rasa kita xpatut dengar atau layan sangat apa2 lagu dan drama di TV. Pernah dengar org kata time gembira kita hayati melodi lagu tu tapi bila sedih kita hayati lirik lagu.. bahaya ni. kalau terbawa2 sangat dengan lirik dan jalan cerita kat Tv, takut nanti kita tersalah langkah. pastu asyik nk marah je sebab terikut ikut sgt dgn emosi dlm lagu..

Kalau boleh janganlah share dengan sesiapa pun masalah kita. kadang2 ya, kawan membantu kalau jumpa yg memahami dan berfikir mengikut acuan yg Islam ajar tapi xramai kot yg begitu.. rata2 org akan memberi cadangan berpaksikan logik akal, perasaan marah, simpati, kesian.. kadang2 yg baik jadi buruk dan meyebabkan bebanan perasaan jadi makin teruk. cite kat org, yes, memang akan rasa lega tapi pastu mesti menyesal.itu saya la..

Da seorang ustazah@ a.k.a kakak pernah nasihat kat saya, dia kata, masalah kita org luar sebenarnya xtahu situasi sebenar. mereka beri solution mengikut kesesuaian pemikiran mereka. situasi dan keadaan sebenar kita je yg tau.. dulu rasa xberapa setuju, tapi fikir2 memang betul. boleh jugak kot nk share dgn someone tapi make sure org tu memang layak dan boleh dipercayai sepenuhnya. bimbang jadi fitnah pulak nanti kan..

bila sedih sangat jangan fikir suma yg berlaku tu musibah or jangan fikir kesalahan org kat kita. fikir, suma tu dari Allah. Allah xkan bagi kita masalah melebihi kemampuan kita untuk tanggung. kena fikir Allah bagi mesti bersebab dan pasti utk kebaikan kita. org kata, suma da hikmah. hikmah ni kalau kita xredha dan ikhlas dlm menerima kesedihan tu memang Allah xtunjuk dan hati xtenang walaupun hakikatnyaa memang da. ha, yg ni memang part yg paling susah maut kot.

The best thing to do is, jalan yg paling mudah dan berkesan bila ditimpa masalah dan sedih giler, kembalilah pada Allah.. tu je kot ubat yg paling mujarab. kena sabar, ikhlas, redha dan yakin kat Allah.. nampak simple tapi susah kot. hmm.. bukankah Allah kata, "bila sedih mintalah kepadaKu dengan solat dan sabar". dan, "hanya dengan mengiganti Allah hati jadi tenang".


Thursday, April 4, 2013

Demam Pilihanraya bermula..

Assalamualaikum..

Sekarang ni suma orang heboh pasal pilihanraya..kat fb tu boleh dikatakan majoriti post pasal pilihanraya dan parlimen baru nanti. secara peribadi, saya memang sejak dulu xminat dengan dunia politik. kalau boleh xnak tau apa2 pun pasal politik. melihat dan bercakap melaui pengalaman, politik suatu yg menakutkan dan mengerikan. boleh buat org pecah belah, bergaduh, bermasam muka dan sbg nya..pendek kata politik ni bagi saya banyak buruk dari baik. dari konteks mata seorang remaja biasa la..ironi nya kat U ambik jurusan politik. agak lawak jugakla. rasa nk termuntah belajar, ingat, hafal, faham dan hadam segala macam benda berkaitan politik.hehe..

Sebenarnya, sejak kecil sampai sekarang keadaan politik kampung masih begitu.. menyedihkan. bayangkan, da orang yg melabelkan masjid pun mengikut fahaman politik. macam masjid ni hanya org dari parti ni je yg datang solat. imam pun kena dari fahaman parti yg sama. pastu, da pulak tu buat tahlil arwah utk ahli keluarga pun ajak dari kalangan fahaman politik yg sama je sampaikan org sebelah rumah pun xdi jemput semata mata sebab berlainan fahaman politik..extremist sangat. kalau kat kedai kopi tu memang xpayah cerita la.. 

Bercerita tentang pilihanraya nanti ni, saya agak teruja la coz ni kali pertama nk g ngundi. insyaAllah..tapi melihatkan post2 yg pelbagai di fb memang agak menakutkan. saya melihat ramai dikalangan remaja kurang menyokong kerajaan. kalau bercakap dengan remaja kelantan memang xpelikla kebanyakan dorang pilih parti pembangkang, tapi bagaimana pula dengan majoriti remaja dan pelajar U khususnya yg xsokong kerajaan?

Pernah bercakap2 kosong dengan adik dan beberapa rakannya berkenaan politik. saya tanya kenapa macam xsuka kerajaan? dorang kata bukan xsuka parti tapi xsuka cara pembawakan certain2 ahli parti tu. saya kata itu xadil, duit biasiswa, baju raya, duit BRIM suma yg kerajaan beri korang ambik tapi xnak pilih kerajaan sbg pemerintah.. dorang jawab kan ke kita neraga demokrasi..hm..

Saya bukanlah penyokong kuat mana2 parti pun dan kalau boleh memang xnak ambik kesah lansung pasal mengundi suma ni tapi sebagai rakyat Malaysia saya cuma nk yg terbaik untuk negara. pendek kata, setiap parti da baik dan buruk. suma xsempurna.. so, buat la pilihan yg boleh mendatangkan lebih banyak manfaat walaupun da benda yg memang kita xsetuju dengan sesuatu parti tu.. jadilah pengundi yang bijak..heheh