adik dan kakak

Sunday, June 16, 2013

saya kedekut ke?

Assalamualaikum..

Tiba tiba pulak boleh terfikir pasal ni..bila difikirkan kembali, mungkin da benarnya saya ni kedekut. kot. hahaha. taknak mengaku tu.. saya dengan suami memang jauh beza dari sudut berbelanja ni. saya memang agak cerewet dan berkira dengan perbelanjaan. tak kira duit sendiri atau duit suami. kalau boleh memang suma nak dikawal. suami agak boros. dulu fikir dia tak sayang berbelanja sakan sebab orang baru merasa dapat pegang duit dan da gaji sendiri..so excited la nk beli suma benda yg memang xpernah dapat sebelum ni.tapi dah 'tua' ni pun masih sama jugak kot. dah jadi tabiat la tu..kalau nasihat pun tak dengar dah.

Saya pulak memang jenis berkira. even utk makan pakai sendiri pun.alamak, cam kedekut giler pulak bunyinya..hahaha. saya rela g banyak2 kedai, compare harga, tengok kualiti suma baru consider nk beli yg mana. memang particular. salu nya saya memang xbeli la yg mahal2 sebab takut membazir.eh, boleh plk gitu ye?huhuhu..menyesal? xpenah pulak kot. memang suma benda yg dibeli akan diguna pakai. cantik ke, xcantik ke, sesuai ke tak, belakang kira. dah beli pakai je..

untuk kegunaan rumah pun camtu jugak. nk beli pa2 barang pun mesti compare sana sini..kalau boleh nk pilih yg terbaik dan termurah. value for money la kan..huby pulak tak. dia kalau nk sesuatu memang xfikir panjang dah. rasa nak, berkenan terus grab dan bayar. atau orang sekarang ni swap je..xgitu?hm..

Huby memang xpernah berkira. kira cam best jgk la kalau shopping dengan dia tapi yela. sekali sekala bolehla buat camtu capai je pa yang terhajat dihati. tapi kalau selalu kena fikirla siapa yg susah dihujung bulan kan? walaupun xde effect kat belanja dapur suma kena jgk fikir sebagai isteri kalau dah suami boros kita la yg kena kawal. kalau tak papa la dik..dua2 boros last2 abis bergolok gadai..xnak la gtu..lagipun alam kapel tak sama dah dengan alam rumahtangga. dulu memangla suka giler kalau bf bagi hadiah macam2. tapi sekarang ni kalau stiap kali keluar nak beli hadiah macam2 kena fikir nak hidup sehari dua je ke?

sampai sekarang memang saya sangat berkira kalau nk beli apa2.xtau la saya ni masuk kategori kedekut ke apa.harap2 janganla sampai tahap bakhil. sayang harta dan takut nak guna. orang kedekut ni tak kaya pun sebenanrnya..peringatanlah utk diri sendiri..