adik dan kakak

Wednesday, June 6, 2012

Tip Hias Rumah

Assalamualaikum..rasanya before ni dah penah post pasal benda ni.yeke?hm,lantakala labu..malas nk check list post..aku ni xdela banyak info@pengalaman pun tentang cara tatahias rumah ni. tapi melihatkan keadaan rumah yang tidak terurus sebab asyik pindah randah; exaggerate ckt kat situ..

diringkaskan cerita, aku listkan a few important things yang mesti diambil kira bila nk hias or beli perabot untuk rumah:

 1. Beli rumah dulu baru beli perabot
Ni adalah perkara asas yang paling penting aku pelajari dari pengalaman lalu. memang kena da rumah atau beli rumah dulu baru boleh beli perabot yang grand2 tu. memang xberbaloi kalau nk berabis duit hias rumah cantik2 tapi nk pindah umah lain pulak pastu. beli yg basic dah. sebab pa, nanti bila nk pindah rumah baru, mesti penat nk angkut perabot banyak2 n besar2. satu lagi abis rosak perabot yang cantik2 tu ok! seriously memang abis rosak@terkopek@terpecah@tercalar kat sana sini.

Satu lagi pentingnya da rumah yg tetap sebab xsemestinya perabot yg kita beli tme duk umah lama dulu sesuai dengan keluasan dan rekabentuk ruang dirumah baru. itu memang masalah besar. i dah laluinya ya. memang azab rasa bila xtau nk letak mana perabot2 tu. 

2. Beli ikut keperluan bukan keinginan
Ni lagi satu perkara yg penting jugak sblm beli perabot. perabot ni cam aset jgkla bg aku.yela.sekali beli untuk digunakan sepanjang hayat@selagi xrosak. ke beli perabot stap kali da sale kt courts @ ikea? hehe. lbh kurang cam aku la tu. dulu2 la. cam kedai perabot tu slh satu destinasi wajib pergi bila boring. mula2 cuci mata pastu cuci poket plk.huhuh. bahay ok! xleh la camtu. sbb nanti mesti rumah akan bertambah sempit,sendat dan bberselerak sbb byk sgt perabot. yg tak penting n xperlu wujud pun. perabot banyak sangat memang akan buat rumah semak plus makin kecil.


3. Ukur keluasan rumah. kena da tema
wah..dh macam org nk kawen pulak ye da tema2 bagai. hahaha. bukan tema pa org kata. lupa lak word tu. paling penting sekali; dah bape kali penting sekali dh.hahaha; kena tengok keluasan rumah sebelum beli pa2 perabot ok. ni mmg super duper important la. kalau ruang tamu kecil tapi nk beli set sofa yang besar gedabak da 8 kerusi yg import lua negeri tu memang xsesuai. sebab nanti nk jalan pun xleh kat ruangtamu tu penuh dengan perabot. tema pun penting baru kita tau or dapat aim nk beli perabot jenis pa. baru rumah nampak seragam dan cantik. paling penting kemas dan selesa.

4. Kena ikut bajet poket sendiri
Hehehe. ni last kot dari aku. kadang2 kita suka berlawan dengan jiran tetangga. nk suruh rumah kita la lebih pada suma orang. perabot ni cam aku kata tadila aset sepanjang hayat. bukan benda boleh beli selalu cam beli ikan. so memang kena bajet betul2. kena tengok pa yang kita mampu, sesuai dengan ekonomi semasa dan tidak membebankan. xbolehla bila tengok cantik, elegen dan bergaya terus nk beli walaupun tak mampu. perabot ni nak suh selesa dan cantikkan rumah je. ao, beli yang mana berpatutan sudah. unless la kita memang anak dato yg da banglo 4,5tingkat yg memang luas giler yg memang duit melimpah ruah kat bank. xboleh jgk ikut trend. org guna perabot import kita pn nk jgk tapi poket nipis je..

1 comments:

SURIE WAN said...

betol-betol .... kmk pun tgh tahan rasa nak bebeli barang umah.. tunggu umah kedirik siap baru start bebeli.. timetok standby duit dulu