adik dan kakak

Monday, January 30, 2012

The One and Only.. iN Kelantan!

Assalamualaikum..

Penah tak tgk kat mana2 negeri yg hampir semua iklan di billboard, signboard, nama kedai, kain rentang ditulis dlm bahasa jawi di Malaysia ni? except for Kelantan..klu nationwide xyah ckp la. Brunei pn menggunakan tulisan jawi jgk kan..

Cite psl Kelantan; negeri kelahiranku yg tercinta ni, mmg nampak unik dan berbeza dgn negeri2 lain di Malaysia sbb penggunaan bahasa jawi di semua tempat. kira cam mercu tanda la. sebut je mesti org akn tahu tu kat Kelantan. satu lagi yg aku suka kt Kelantan sbb pagi2 kat pusat bandar Kota Bharu mesti dorang pasang lagu asmaul husna dan bacaan ayat2 suci. rasa tenang je sambil shopping. memang menusuk ke hati la..kalau dulu hari minggu la. tp xsure  la plk weekdays da jugak ke tak.

cte psl suma nk guna bahasa jawi ni, satu nya mmg unik la, mmg menunjukkan ciri2 islam la lagi satu cam lucu pun da jgk kadang2. sbb nya suma benda nk di eja dlm bahasa jawi yg kdg2 mmg pelik je nengoknya. cam xkena dan janggal. cam word2 org putih cthnya cam lenovo, Eugene tak pun cam word astro, LRT,JKR..cuba try eja dan baca..mmg pelik dan janggal. kdg2 rs cam nk terkehel lidah membacanya.hehe.. ni antara pic yg aku smpat snap. jom layan..




Saturday, January 21, 2012

Adil kah kita?

Assalamualaikum.. cam da kesinambungan plk dgn post b4 ni..lebih kurangla..ehe.. xjgk pn sbnrnya. salu nya mmg da cite or kejadian tertentu disebalik setiap post aku. mmg salu begitu..


Da seseorg penah ckp tp xigt siapa dan dimana or sbb pa.hehehe..katanya waktu kecik kita dgr or ikut kata mak ayah tp bila bsr, bla dh berkeluarga keje best plk tu mak ayah plk terpksa dengar or ikut kata anak..seramkan dunia ni; klau hidup bertuhankan dunia. pastu, salu la kita dengar sumanya sbb xde didikan agama. kononnya mak ayah la yg salah sbb xreti nk didik ank. ayah aku pn 'menyalahkan' diri sdri jgk bila anak2 xberapa nk dengar kata.. mana boleh camtu! kan kumpulan Raihan penah da lagu yg kata iman xboleh diwarisi.. iman tiada ditepian pantai.. menyanyi sambil mengikut irama ye.. maknanya bla dh dewasa, kalaupun parents mmg xajar or xberi didikan agama yg sempurna wajibla utk diri sdri yg mencarinya. kita bertanggungjawab utk diri kita sdri. apabila dh akil baligh.adui, dh mcm di cls fiqh la plk..


Ayah selalu kata ruginya tak hantar anak lain ke sek agama. konon nya anak sek agama ni baikla. aku la tu.ehehehe. tapi x pun (ini aku ok. org lain baik je).. u know what, susah tau bila kita tau suma hukum hakam tp kita 'tak mampu' nk ikut sumanya. its like, aku pakai tutup litup sbb malu kena tegur dgn ustaz ustzh bukan sbb dtg dr hati. rasa sgt berdosa tp xmampu nk berubah jd lebih baik. eh, nape plk melalut ni?? ni maknanya fikiran bercelaru..xfocus sbb tgh tgk tv tp nk jgk menulis. huhuhu


Berbalik kpd tajuk asal, psl adil tadi.. mungkin ramai kot antara kita yg xperasan or buat adat jd hukum. cthnya layan org gaji sesuka hati. bla rs nk marah, marah. bla rs nk tengking, tengking. walaupum org gaji tu org tua or lebih tua dari kita. sama la cam parents sdri jgk. bila dh berjawatan besar kita rs xmalu dh nk mrh or tengking mak ayah sdri. sbb kita rs BERKUASA. sama jgk situasi di pejabat. bos org muda tp pekerja bawahan org tua or lebih tua dr kita. sbb da kuasa, da pangkat suka2 hati je mrh, layan semahu hati.. tu cite bila kita muda dan da KUASA. camne plk ibu dgn anak? adil ke kita bila kita pukul, marah,herdik bla2 kita nk, dpn org plk tu sbb kita ibu?sbb kita berkuasa? adil ke kita?


Aku tiba2 'terasa' dan cam baru tersedar yg kita sbnrnya salu xadil dgn byk makhluk lain. kononnya bila kita byk duit kita boleh layan org lain semahu kita. kesiannya..especially kt org gaji; org yg byk sgt berbakti kpd kita dan ank2 kita tp kita layan cam hamba. mmgla kita byr dia, kita bg dia mkn pakai tp siapa kita utk tak berlaku adil dgn sesama makhluk? org gaji pn org pa? dorang pn wajib jgk dilayan baik2.  atlease hormat sbg org tua. cam mak ayah jgk.mentang2 la dorang skrg dh tua, dh xlarat suma perlu bantuan org utk mandi, ke tandas kita boleh nk mrh2 dorang? 


Nape jd camni?sbb adat la kan? bos blh mrh2 org bawahan dia sbb dia bos. kita blh mrh org gaji sbb kita byr gaji dia kan. mak ayah boleh pukul anak stap kali marah sbb kita mak yah dia la kan? suma ni adat je yg dh jadi cam hukum. alah,suma org bt camtu. tu la. bila adat jd hukum..sbb satu lg ialah sbb xde agama la. dan xde hati perut jgk kot..jadila camni. mmgla skrg xde org gaji, bukan boss so xrasa pa dorang rasa. tp berdoa sgt kalau pn pasni da org gaji ke, jd boss ke, jd org kaya ke hrp2 xjadi la manusia yg bongkk yg rasa diri 'best' n hebat sampai hilang nilai2 murni. amin..









Penting ke harta? penting ke kaya?

Assalamualaikum.. da yang mempertikaikan niat kita belajar tinggi2 semata2 nk kejar dunia. nk kerja best. nk kumpul harta. nk jadi kaya. kononnya xikhlas kerana Allah belajar tu. belajar semata2 nk dpt keje bagus dan nk jadi kaya.. siapa kata manusia xperlu harta? siapa kata harta xpenting? siapa kata duit xpenting?? da jgk yg kata xpe la xdpt keje pn sbb niat mmg ikhlas kan belajar kerana Allah. mungkin da org yg xberapa nk faham konsep ikhlas. konsep niat. btw, aku pn xler hebat sgt kot or alim sgt kot nk ckp hal ni. ilmu cetek je kot..tp aku tau hidup di dunia ni memang harta dan duit itu penting. meh aku share ckt kata2 prof. muhaya yg aku ambik kt fb miliknya,
Harta ialah alat bukan matlamat. Ia alat untuk kita mencari keredhaan Allah. Jika kita berilmu dan beriman maka dgn harta yang lebih mereka lebih dekat dgn Allah. Harta hanya di tangan bukan di hati. Setiap wang yang kita dapat dan guna kejalan kebaikan mendekatkan diri kepada Allah.
Memang bukan matlamat utama tp alat@penyebab@pemudahcara untuk mendapat keredhaan Allah. sgt betul la tu. tak salah kot klu kita berusaha belajar bersungguh2 dgn niat nk dpt keje bagus utk bantu atau ubah keadaan hidup mak ayah dan adik2 serta keluarga. kan itu adalah alat supaya ibadah kita lebih mudah, teratur dan sempurna kpd Allah. lagipun kan nabi penah bersabda, lebih kurang mafhumnya camnila;
bekerjala seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok
Maksudnya kena seimbangkan lah. jangan sibuk kejar dunia semata. or kejar duniawi sampai lupa nk beribadat kpd sang Pemberi Rezeki plk or mcm xnak mati..hakikatnya dgn pelajaran jela kebanyakan dari kita dpt merubah hidup ke arah lebih baik. lainla klu memang dilahirkan anak hartawan, jutawan. itu nasibla kan. dgn duitla kita dpt adakan pakaian, tempat dan alatan terbaik utk menghadap Allah. klu xde duit, xde harta camne nk g mekah?camne nk naik haji? ye.betul.rezeki di tangan Allah. tp klu xberusaha camne la rezeki nk dtg kan?

Bagi aku, pa yg penting kena adil. adil pd diri sdri, pd Allah.. kena tahu yg mana priority. papun yg kita lakukan or fikirkan, pastikan ALLAH di atas. pasti sumanya mendapat keberkatan dan dipermudahkan jalan. 

Sunday, January 15, 2012

Kematian itu suatu musibah..

Assalamualaikum.. Mungkin da tak suka or xsetuju dgn tajuk aku hari ni.maaf..masih dlm mood sedih dan terkejut dgn kehilangan arwah nenek beberapa hari lepas..bila2 atau dimana2 pn kematian berlaku selagi ia berkaitan dgn org yg kita sayang pasti ianya satu musibah yg menyedihkan. at lease bagi aku, personally begitula. mesti da yg berkata bukankah kematian itu menunjukkan kasih syg Allah. bukankh org yg dijemput awal oleh Allah itu adalah org yg dikasihiNya. ya, betul Allah lbh sygkan dia tp kita juga menyayangi dia. dan bg sesama manusia bila syg maknanya org itu mesti da bersama.

Nenek berumur 74tahun. sihat lagi sbnrnya cuma biasalah sakit tua kekadang. tiba2 kena serangan jantung dan beberapa jam pastu meninggal. xsempat pn nk jumpa. itu yg buat aku terkilan sgt.kalaula kita blh 'rasa' bla seseorg akn dijemput pergi mesti kita akan sedaya upaya or secepat mungkin menemui insan itu walaupun sejauh mana dia berada. sbnrnya kami semua xdpt jumpa nenek unless m.cik n paksu yg mmg duduk berhampiran umah nenek. tu pun dorang masih rasa terkilan sbb takde disisi nenek semasa nenek menghembuskan nafas terakhirnya sbb doc ckp nenek stabil malah blh ckp n berbual2 lg semasa diwad. siapala kita utk menduga takdir Allah kan? Last ku jumpa nenek 2minggu lepas kot. tp masa tu xde lansung benda pelik. my mum pun ckp camtu.

Entah kenapa walaupun dh beberapa hari berlalu aku masih lg seperti xpercaya n xdpt menerima kenyataan yg nenek sdh tiada sbb dia pergi dgn mengejut. mmg banyak kenangan dgn nenek sbb dialah satu2 nya nenek yg masih da smpai skrg. yg lain suma tlh pergi awal..mmg xbagus utk dikenang dan ditangisi lama2 namun apakan daya..mmg sgt terasa..

Aku berpesan pd diriku sendiri; JANGAN sesekali bertangguh utk berbuat kebaikan pd insan yg kita syg. JANGAN menunggu esok utk luahkn betapa kita menyayangi mereka sbb ajal itu dtg tanpa kita sedar dan tanpa diduga. dan JANGANLAH berpada2 dlm meyayangi ahli keluarga yg sememangnya kita syg walaupun sx skala pernah bertegang urat. maafkan dan sayangi serta hargai sumanya sebelum terlambat..

Semoga Allah panjangkan umur ibubapa dan ahli kuaga kita sumanya..amin..

Monday, January 9, 2012

Same Post..Again..

Assalamualaikum.. ya. hari ni pun nk coret2 psl cite yg dh penah di post tahun lepas. minggu kedua sesi persekolahan. kakak dh 5tahun kan tahun ni so nak xnak mmg kena anta sek jgk.

So, sekali lagi bermulala kisah yg sama tahun lepas. Tirah dihantar kembali ke sekolah. igt nk anta pra tp sek kat cni xbkk plk kls utk bdk 5tahun. terpksala anta ke tadika. kami anta ke PASTI. nk anta ke sek KEMAS tp cam xberapa nk ok sbb nurse kt klinik tu ckp ank dia dh 2tahun kt ctu tp xreti2 lg membaca. cam xtau pa2 je dia ckp. tp no choice sbb tu je sek yg plg dekat dgn tmpt keje katanya. so, cancel nk anta KEMAS. myb budak terlalu ramai kot. tp cam xptut plk budak2 xtau pa2 sbb guru kemas kan guru terlatih. di hantar kursus dan dipilih dr graduan yg da dip n ijazah..ke da lg KEMAS yg ambik guru sembarangan?xtau la plk tu..

Da sorang p.cik yg aku jumpa kt shoppg mall ni bg cadangan. katanya elokla di hantar anak2 ni ke sek cina. bukan je sbb sistem pengajaran yg bagus tp jgk sbb anak2 di ajar bahasa cina. dia ni mualaf. betul jgk kt pakcik tu sbb bahasa cina pn dh jd bahasa international. nnti nk keje senang. tp mslhnya klu da pun kt cni nk ke baba nya g anta n ambil klu jauh dr uitm? dh tentu2 tak. PASTI ni pn d luar uitm je tp kul1,2 baru g ambk tirah. pdhal sek abis kul12 lg..igt nk g anta n ambik tirah sdri tp pk2 balik cam xconfident je nk drive sbb Aimy bkn nya tau duk diam dlm keta plus jln raya ni jln raya yg mmg stiasa sibuk. bkn cam kt uitm swk.

Kembali ke kisah athirah. suka sgt tgk dia enjoy pg sekolah. mlm2 awl dia pesan suh kejutkan awal utk g sek esk pg. cuma, cam dulu la ssh sgt nk bgun pagi. mslhnya ank aku ni xcukup tdo sbb dh biasa tdo kul1,2 pg stiap mlm. mmgla ssh nk bgun pagi. kesian plk tgk dia. nangis2 ckp ngantuk stap kali aku angkat pegi mandi. balik je sek letak beg trus terlelap. penat sgt kot. tp nasib baik dia xmeragam xnak g sek juz dat ssh nk bangun pg je la. nk tukar time tdo pn cam xguna sbb sleep circulation dia cam tu jgk. dia tdo lewat tp pas blk sek dia qada tdo yg xcukup tu. so, mlm2 kembali cergas.mmg xleh la nk tdo awal..

Tuesday, January 3, 2012

Save Da Date!Again..

Assalamualaikum..setengah jam lagi pada tarikh yang sama, 03.01 pada tahun 2012 genapla usia pernikahan kami 5tahun! Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi yg melimpahkan rahmatNya ke atas kami sekeluarga. semoga kami sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki yang mencurah2 dan di panjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. amin ya Rob.. ucapan ni jgk bersempena tahun baru la. byk azam ni. actually, azam stiasa diperbaharui sempena harijadi, hari ulangtahun, tahun baru..so, basically dlm setahun tu byk jgk la membuat azam. xsemestinya kena tgu tahun baru je. klu aku la.hehehe..

Luv u syg! xpenah kurang malah makin bertambah dari sehari ke sehari.. sensored ni.jiwang plk mlm ni.hehe