adik dan kakak

Tuesday, May 15, 2012

sijil ko-kurikulum

Assalamualaikum..tengok2 sijil ko-kurikulum adik. tp satu pn xde. katanya sekolah dia xbagi sijil per each activiti.aik?? yang sekolah bagi cuma sehelai kertas yg menyatakan CGPA keseluruhan pelglibatan ko ko semasa sekolah..peliknya.. abis tu mana bukti nk tunjuk yang kita aktif berpesatuan, masuk pelbagai acara sukan dan beruniform kat sekolah dulu. ke memang system dia dh tukar camtu suma skrg?? yala.paperless. nk mintak kerja nanti pn xdela perlu potostat sijil2 yang bila dicompile boleh jadi sebiji buku teks! cam aku.. penat wei duk g potostat dan pegi pulak caari org utk sahkan sijil2 tu suma..

Pa point nya ni?? hehe. aku tension sebenarnya kenapa sekolah buat sistem camtu. sebab xde bukti nanti bila xde sijil. nak ke orang percaya kalau main cakap je? bercakap mengenai ko kurikulum ni, nak ler bercerita sikit perihal aku zaman sekolah dulu.

Kami; student2 sek men ugama arab ni selalu runsing bila tiba bab2 sijil ko-kurikulum ni. sebabnya kat sekolah agama acara sukan memangla sangat terhad utk pelajar perempuan. nak main netball pn kena pakai baju kurung. xsopanla perempuan terloncat2, terhegeh2 kat padang. suma jadi isu..runsingnya la! sebab syarat nk masuk u kan kena aktif dalam ko-ko. untuk pelajar perempuan, kalau acara padang da netball dan volleyball je. tu pun satu pasukan rumah satu team. berapa orang je pun yg dapat masuk kan? kalau indoor banyak sikit kot. hm..xbyk sangat pun in my case..rasanya sejak bertukar guru ko ko yang baru barula sekolah mula buat match dengan sekolah luar. sebelum tu memang xde lansung. barulah bertambah sikit aktiviti outdoor tapi still pelajar perempuan sangatla terbatas untuk sertai!

Bila dh acara padang dah penuh makanya yang lain2 akan jadi penonton je la. nk masuk acara indoor cam pingpong, dart, or syarahan memang bukan diri aku la. lagi2 syarahan. sumpah mati hidup balik pun tak la. darah gemuruh dan low self confident ni memang da sejak kecil lg kot. lain la klu bola tampar atau bola jaring. game tu orang xtumpu kat seseorang sangat.

 selalunya setiap tahun orang sama je pun yang dapt masuk suma acara tu. konon dah jadi sukan wajib dorang. cikgu2 pun macam xberapa nk bagi peluang sangat pelajar baru nk join sebab takut reputasi rumah sukan jatuh. dahla acara  ko ko limited plus pulak dengan ragam2 camni. memang kesian! bayangkan sekolah da 2 sesi, pagi petang setiap kelas da 4 kelas. cuba kira berapa yg dapat main dan berapa ramai pulak yg jadi tukang sorak??

kadang2 tu sampai bergaduh kat padang sebab berebut nk join walaupun player dh cukup. aku pun penah kot alami perkara yang sama. hahaha. lawak kan? demi mu sijil relaku bercakaran di padang. da pulak cerita best. guru ko ko xsuka pelajar perempuan pakai baju kurung masa main. tak sesuai katanya tapi di bantah pulak oleh 'ustazah' teacher. macam2..

Dah lama tinggal sekolah xtau la camana sistem ko ko sekarang,. harapnya da makin banyak peluang untuk pelajar perempuan join acara ko ko dan tambah la bilangan acara supaya dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. terpaksa cari alternatif supaya aurat terjaga sijil pun dapat.