adik dan kakak

Thursday, April 26, 2012

post ntah pa pa..

Assalamualaikum..rasa nk menconteng tapi xde idea so keluarla tajuk tersebut di atas.huhu..

Aku macam perasan blog orang lain yang pernah aku terjah suma menggunakan ejaan dan perkataan BM yang tepat. xde pun yang guna short form. tiba2 terfikir, memang kena begitu ke adat dan tatacara yang betul bila menulis dialam maya? kalau blog aku memang ntah pa2 la.bahasa lintang pukang. campuk aduk. short form memanjang..pastu tetiba macam timbul kesedaran sivik dalam diri.hehe..so, sekarang ni masih dalam proses mencuba untuk tidak menggunakan short form. aku ni pemalas sebenanrnya dan nak cepat je.pastu nanti mesti berjela2 post aku malas pulak orang nk baca. da ke org baca?kuikuikui..dah ramai jgk yang tegur bila berSMS dengan aku dorang xpaham pa yang aku tulis sebab terlalu short form sgt.huhuhuh..bagi aku hanya orang skema mcm my huby je yang guna perkataan lengkap bila menulis nota untuk diri sendiri dan bila berSMS. skema kan?hahaha..

1st part untuk post ntah pa2 dah selesai....

Aku memang menyampah bila tengok cite indon. maaf ye statement ni bukan untuk menghentam atau memburukkan mana2 pihak. sekadar pandangan peribadi. bukan apa, dorang ni dalam cita memang begitu. cepat nk menghukum. pastu guna undang2 sendiri pulak tu. xde ususl periksa terus pukul or usir. kena hasut sikit je terus percaya bulat2. mungkin la hanya dalam drama tapi bagi penduduk bumi lain mungkin akan fikir cam aku ni juga. ke aku sorang yang rasa begitu? kolt tak bertempat.huhu.. cuma bagusnya cita dorang ni pengajaran agama memang terbaik! sangat meninggalkan kesan. kalau buat kisah ketuhanan memang menusuk kalbu la..

cita tamil lak. orang india kalau dlm filem memang suka sangat bergaduh dan bertumbuk. polis akan tiba setelah hero menumpaskan orang jahat. pastu dorang ni berani. marah sikit terus pergi belasah kat umah. guna parang, pisau segala macamla. ingat ke dalam filem Tamil je di negeri India sana rupa2nya dorang memang camtu. berani! memang ganaz gitu..the best part is dorang ni sangatla kaya dengan kasih sayang. ikatan kekeluargaan kuat. rela berkorban nyawa sekalipun untuk orang tersayang. part tu memang terbaik...

Cita orang melayu pulak..hm..sikit2 berlakon dato datin. anak orang kaya pakai kereta mewah, umah banglo besar..plot cerita camtu je..kadang2 tengok mula2 pun dh tau camane perjalanan plot cerita. kadang2 diluar kenyataan cerita melayu ni. again, pendapat amateur yang tak mengikuti perkembangn semasa dunia hiburan..

Kalau cita korea pulak tak sah la kalau xde adegan tangis menangis. percintaan teragung. memang hanyut dibuai perasaanla kalau tengok drama korea. memang terasa kita dalam cerita tu.hahaha. aku pun selalu kot tersenyum sorang2 or menangis bila tengok drama korea yang menyentuh hati dan perasaan. pastu duk imagine nk dapat suami or boyfi cam hero dalam drama korea sebab orang lelaki korea memang romantik giler!! yeke begitu kenyataannya? wallahua'lam.. tapi yang buat aku menyampah bila watak antogonis yang suka ambik kesempatan dan jahat walaupun dengan kawan sdri..melampau pulak tu. contoh cita full house. tipu kawan baik dengan jual umah pastu suh g bercuti tanpa duit poket. nak mati! tapi kawan tu boleh pulak memaafkan dengan hati terbuka. terbaik jugak kan?

Sunday, April 15, 2012

perasaan tak keruan

Assalamualaikum..

Baru je semalaman berjauhan hati dah tak keruan. boleh pulak cakap besar kata nak suh duduk dengan nenek dia. rupanya camtu la sedihnya rasa bila seorang ibu berjauhan dengan anak. aku memang sentimental lebih ckt kalau cite bab2 family ni.

Perasaan tu sedikit lebih dari biasa mungkin sebab aku xpenah lansung tinggal anak2 kat orang dan sentiasa bersama dorang 7hari seminggu 365hari setahun. dengan suami perasaan berjauhan tu lain. kami kalau nk g mana2 pun memang xpenah tinggal anak walaupun ibu penah la cakap suh tinggal je dirumah bia dia jaga nk g kedai bukannya lama pun. kakak aku pn heran dengan aku. manjakan sangat anak katanya. sebab tu anak xleh berenggang lansung nk tinggal nk g mana2 bukan main susah. huhuhuh. da kebenaran jugak tu tapi tula.memang xleh la nk tinggal dorang. rasa janggal je bila xde anak bersama. rela lagi susah payah berpimpin tangan or berdukung sepanjang jalan janji anak2 da bersama.

Athirah penahla sekali sekala di ambil oleh family mertua ku untuk tido disana. paling lama pun 2hari je kot tapi perasaan hanya Allah yg tahu. kejap2 kol, kejap2 msg tanya tirah buat pa, dah makan ke, buat perangan ke..runsing atau lebih tepat lagi rindu sebenarnya. sangatla janggal bila tirah xde buat bising kat umah. sebab dia je pun teman berbual dan bergaduh aku. hahahaha.

Adik2 ipar aku suma suka budak plus lagi athirah anak buah 1st. lagila dorang sayang dan suka. yang xsuka nya aku la sebab terpaksa melepaskan tirah bermalam disana walaupun dalam hati tak rela.hahaha. boleh plk gitu kan?

p/s: siti, bila melalui baru la paham benar2 perasaan mu itu berjauhan dengan anak; bukan sehari dua tapi bertahun. memang perit. tapi bersabar lah. ros doa moga2 kuaga siti cepat2 bersatu kembali..

Saturday, April 14, 2012

penggeli ke banyak songeh?

Assalamualaikum..

Penah tak korang pergi kat umah orang pastu korang rasa cam 'kembang' nak makan or minum? oh..terukkan perasaan itu? dalam dilema pun da jugak. biasala tetamu mesti akan dihidangkan dengan air dan hidangan ringan pastu kita pulak rasa xnak minum or makan pa2. boleh tak gitu?

Ni adalah perangai buruk aku sejak dari kecik2 dulu lagi.perangai buruk ya. sebab seperti tidak hormat tuan rumah bila hidangan tidak disentuh. oh tuhan..sebolehnya saya memang berdoa untuk senang sedikit menerima air tangan orang lain selain ibu saya. memang begitu. kalau mak bawak gi jalan dimana2, umah jiran, umah sedara memang jarang sekali aku akan minum or makan. bukan sebab pa2 pun tapi memang rasa taknak. lagi lagila kalau tau or tengok orang tu memang pengotor.

Kadang kadang orang asyik tengok luaran je cam umah xberapa kemas or umah xteratur. so kita terus judge dia pengotor or xreti jaga kebersihan. salah tu. bagi aku; melalui pengalaman dan pengamatan sendiri keadaan luaran xboleh jadi ukuran perangai sebenar. yela. pa guna umah bersih tapi guna tangan untuk mengaup bahan tumbuk dari lesung. ataupun meramas nasi dengan tangan untuk dijadikan nasi goreng. walaupun xkotor tapi bagi mata n perut aku memang xleh diterima tu. sebab aku orang luar lainla kalau kita memang ahli keluarga tu. dh tau cara mak kita buat keje.

Aku kadang kadang rasa susah jugak dengan perangai yg satu ni. selalunya memang xde pa2 sebab pun tapi still xleh minum. klu makan pulak aku memang sejak kecil sampai sekarang xleh telan ketupat yg dibuat org lain selain ibu aku je. termasuk nenek ke, makcik ke, even mak mertua sdri..memang xlalu nk telan. nasib baik benda lain dapat telan dengan jayanya.huhuh. sebab ketupat tu memang 100% guna tangan dalam proses pembuatannya. selekeh kan? bagi org yg dah tau perangai aku dorang memang xkesah aku xmakan or minum dirumah dorang tapi mungkin juga da yang perasan or terasa ati aku lansung xmakan n minum bila g umah dorang. xtaula..

Cumanya masalah sekarang camne nk elak dari makan n minum umah orang kalau kita bermalam disitu? tensoin den..ingat pulak dengan bibik indon abg. suma benda yang dia sentuh aku xlalu nk makan.memang terasa keperitan disitu sebab xleh makan dirumah sendiri..


Tuesday, April 3, 2012

Regim kecantikan yg betul

Assalamualaikum..

mind set aku sesuatu produk tu bagus bila hasil dapat dilihat dalam jangkamasa yang pendek/cepat. rupa rupanya salah sama sekali! ya,mungkin bagus dalam masa yang terdekat tapi buruk dalam jangkamasa yang panjang. baru tau..cam polos giler aku ni benda simple camni pun xtau. alamk, mengutuk diri sendiri ler pulak. da banyak bahan terlarang or racun dalam kosmetik yang buat kulit jadi putuh gebus sebenarnya..meh baca..





Bahan kosmetik yang BERBAHAYA


HIDROKUINON
  • Bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri getah.
Menghalang penghasilan melanin (bahan yang melindungi kulit dr uv) pada kulit.
Pada peringkat awal, kulit menjadi cerah.
Penggunaan berterusan menyebabkan kulit menjadi kemerahan, pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari. 
Pigmentasi kulit akan berlaku dan mempercepatkan penuaan.
Warna kulit menjadi tidak rata
Ianya akan meresap  ke dalam sel dan memasuki aliran darah.

RAKSA
  • Kesannya sama seperti hidrokuinon.
Pengumpulan merkuri dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami muntah, cirit-birit, keracunan hati, buah pinggang serta gangguan saraf.

BAHAN PENGAWET PARABEN
  • Menyebabkan kemerahan dan alergi pada kulit.
Digunakan pada kosmetik, deodoran, produk perawatan kulit.
Penggunaan Paraben menyebabkan kanser payudara pada wanita. 

ISOPROPYL ALCOHOL 
C3H7OH
  • Menyebabkan kerosakan bahagian dalam kulit.
Mempercepatkan penuaan wajah.

PROPYLENE GLYCOL C3H8O2
  • Menyebabkan kemerahan pada kulit.
Penggunaannya merosakkan hati dan ginjal.

Polyethylene Glycol C2n+2H4n+6On+2 (PEG)
  • Mengganggu kelembapan kulit
Mempercepatkan penuaan wajah

KOLAGEN
  • Berasal dari kulit haiwan (babi)
Kolagen terbaik yang sering digunakan dalam produk kecantikan pada masa kini ialah kolagen berasal dari kulit babi.
Kolagen ini akan menjadikan kulit halus, putih dan menjaga kelenturan kulit.
Produk yang menggunakan kolagen ialah:  anti ageing,lipstick,losyen  tangan dan badan, perawatan kulit.

PLASENTA
  • Plasenta berasal dari manusia dan haiwan.
Merupakan penyumbang terbesar dalam  industri kosmetik dan ubat-ubatan.
Digunakan dalam losyen tangan dan badan,sabun mandi,serum,losyen pemutih dan lain-lain.

AMNION
  • Cairan yang melindungi janin.
Penggunaannya membantu melembabkan, melembutkan, dan menghaluskan kulit.
Digunakan dalam: pelembap, losyen rambut,perawatan kulit kepala,syampu.

BOTOX
  • Merupakan protein kompleks yang terhasil dari bakteria Clostridium Botulinum.
Botox dipakai untuk menghilangkan kedut di wajah.
Botox  menggunakan serum albumin (manusia dan haiwan) sebagai bahan pelarutnya.

ni copy paste dari sini..bukan sahaja bahaya untuk kulit tapi jugak xhalal.aduh..obses sangat nk cantik ni lah hasilnya. da org kata kecantikan bermula dari dalam.maksudnya kena makan dengan betul, kena jaga kesihatan dengan betul dan ambil vitamin suma tu. da pulak kata xleh sesukahati je main guna sebarang produk utk kecantikan.yang murah xbagus. kena yang mahal mahal dan kena pakai set lengkap. aku pulak walaupun dah berumur 28; agak tua untuk belajar dan tau pasal regim kecantikan ni; tibai je. selalunya terpengaruh dengan iklan dan info kebaikan di pek produk..anda bagaimana?