adik dan kakak

Friday, October 12, 2012

melalut membebel di pertengahan bulan

Assalamualaikum..lama xmuncul disisni.saje.menyepi dan mencari ilham.kononla..hahahah..kadang2 bila da idea nk buat post pun kena fikir berkali2 ok ke tidak. sangat takut akan 'mencederakan' hati org lain. almaklumla setiap org da pandangan dan cara fikir yang berbeza. myb bagi kita biasa2 saje tapi tak bg orang lain..cam kita jugakla.. da seorang sahabat pernah tanya nape aku nampak cam menyembunyikan diri dan xupdate pa2 kat fb.padahal stiap hari aku da bukak benda alah tu.hehe..ni satu lagi hal. memang rasa nk update mcm2 benda kat wall tp rimas la. takut plk da yg mengata dh tua2 pun fikiran cam budak2.status ntah pa2..ni cthla..ramai yg ckp, wall aku sukahati aku la.memang. tapi dah nama status update tu untuk orang baca mestila da org yg menyampah pulak nanti. kadang2 benda baik pun kalau slh intonasi baca boleh salah faham..wah!panjang lebar muqaddimah.maklumla dh lama xde post.kuang3..

Eh,nk cite pa sebenar tadi ye?lupa lak.asyik sangat membebel ntah pa pa kan..huhuhuh.owh,nk share pasal ni. dulu, time msh jd stdn da la sorang kawan ni yg memang tersangatla menjaga kecantikan diri. obsess dgn cantik pun da jugakla. boleh kata dalam ramai2 memang dia advance la bab mekap dan barangan kecantikan diri ni. sebut je jenama pa,krim pa,produk pa suma dia tau. dia sendiri pun da berbekas2 alatan kecantikan dan alat solek sampaikan aku ni xtau pun pa benda yg dia da dan dia pakai tu. ok la.perempuan kan..mestila sentiasa nk cantik..

Cumanya agak rimas dan sedikit menjengkelkan; bahasa mudah meluat bila sepanjang masa muka nk tempek dgn kosmetik. even nk tidur pn nk cantik2. nk tidur pun nk kena pakai mekap ke? pastu tibala saat ni..saat ni dimana aku telah berkahwin dan punya 2 anak. tiba2 terkenang balik kat kawan tu. pastu rasa bersalah sebab penah rasa menyampah kat dia. sebab?

Sebabnya dia mungkin dh terbiasa nk org tengok dia sentiasa cantik xkira waktu dan ketika dan pastinya pas kawen pun dia akan terus kekal begitu. berdandan sepanjang masa even dirumah. xpayah nk practise2 or cuba2 or baru nk mula sebab dia memang dah terbiasa sejak dari zaman remaja lagi. kan ke seorang isteri wajib berdandan hanya untuk suami. even dirumah walau tak kemana? baru terfikir..kalaula aku pun cam dia jgk dulu..

Sebenanrnya memang wajib pun berhias untuk suami. dirumah sahaja dan bukan diluar. itu memang perintah Allah tapi masyarakat kita hari ni terbalik..bila kat umah mesti selekeh dan malas nk bersiap sebab bukan da sapa2 tengok pun kan. sama la cam aku. aku ni lagila. xkeja. kalau kata da kua pun pd hari2 tertentu je cam hari minggu ke, hari da pasar malam ke..time tu la baru nk pakai bedak,lipstik suma. alasan pulak xnak nanti org kata isteri xpandai jaga diri. hahaha.pandangan orang luar pulak yg penting ye?hm,memang terbalik..ingat,niat tak menghalalkan cara.

Lain perasaan dan suasananya bila usia perkahwinan makin meningkat. selain susuk tubuh yg makin berubah sebab proses mengandung dan bersalin, rupa pun dah makin berubah. dari bentuk bujur sirih dah jadi bulat,dari size s dah jadi size L. setting dh lari kata org.xbanyak sikit..percaya tak ramai dikalangan kita yg mengabaikan kecantikan diri bila dh lama kawin..kalau baru2 tu suma nk nampak cantik dan menarik tapi bila dh lama buat xkesah je..

Salah tu.patutnya makin lama kawin makin kena jaga penampilan diri sebab makin tua mestila makin xcantik kan? wrinkle 2 dh mula timbul sedangkan kat luar sana anak2 dara ramai lagi yg xkawin. yg single mingle, ygg cantik, menarik, kulit halus mulus.. patutnya kita jangan bagi peluang utk suami 'nampak' perempuan lain cantik dari kita.. betul. cinta paras rupa xkekal tapi kalau dah selekeh je, badan berbau, rambut cam kena panah petir suami nk tengok pn xde hati kan. xperlu cantik yg penting kemas. SELAIN. ye, selain budi pekerti dan akhlak yg baik la..

Cam aku sekarang la. baru sedar yang aku memang xjaga penampilan diri lansung. aku memang jenis yg sempoi dan simple. kalau keluar pn xdela berhias mana pun. alat mekap pun memang xberapa reti nk apply pun kt muka. hehe. xkeje, lagi la..budak2 U sekarang bukan cam time aku study dulu. bdk2 sekarang advance lagi pada lecturer. bergaya lebih hebat pada lecturer. sekali tengok xtau yg mana student yg mana lecturer. cantik, muda remaja, manja pulak tu..wife kt umah pulak?? hehe. nk kena tiru cara dia bergaya dan menjaga penampilan dan kecantikan diri.

Apapun, kena ingat tanpa iman, ilmu dan amal segala2nya akan musnah. jadi selain menjaga kecantikan, paling utama kena mantapkan iman dan ilmu didada. baru selamat dunia dan akhirat..


*wah! balas dendam nampak! amek kaw panjang berekar2 tanah dah post ni. ala, bukan da orang baca pun.kuikuikui..