adik dan kakak

Wednesday, November 30, 2011

I want to be the one you fall for, when everybody else is falling for you

Assalamualaikum..paste sx lagi; I want to be the one you fall for, when everybody else is falling for you. terbaca status ni di wall rakan fb.. dulu time kapel2, yes! mmg setuju sangat dgn quote ni tapi sekarang bla dh kawen dh tak releven dah. menyampah lagi da la.

tak guna jgk walaupun kita pilihan dia sementara di luar sana ramai lagi yg duk menunggu giliran nk ambik alih tahta. duk simpan perasaan, jatuh chenta, tangkap lentok dgn si dia yg tersayang.. kalau time duk kapel2, cintan cintun bolehla kot nk rasa bangga or menunjuk ckt bla jalan dgn lelaki/perempuan pujaan ramai tp pas kawen memang xpatut. sape2 pn plz la xyah duk falling2 dgn suami or isteri org. merana badan nanti.

Kalau benda gni terjadi lagi pas kwen memang sengaja cari nahasla agaknya. yela. mmg dia pilih kita tp klu dah godaan dan tarikan dari orang lain sentiasa da tak byk ckt mesti si dia pun akn tergoda. kalau pun xserius sekadar bt kwn. suka2..masih xleh di terima akal. there's no such thing la. lagi2 kita tau org tu mmg admire kat kita. suka2 je kwn dgn dia. ye.mula2 suka2 kwn pastu suka2 kekasih gelap. mintak jauh! ati ni kita xtau bla dia akn berubah. klu tak hari ni, tak esok setahun, 2tahun akn dtg xde siapa yg tau. sbb tu da pepatah ckp, lebih baik mencegah dr merawat. sama la situasi tu. klu dh kena 'penyakit' hati ni kdg2 rawat pun xguna. xjadi pa2..xkan sembuh pun!

Bkn soal tak percaya kat pasangan atau pa tp kdg2 kita xsedar pun kita dh buat org salah faham kat kita. especially perempuan la. mudah perasan n mudah menaruh perasaan. ni bkn aku yg ckp ye ni pakar motivasi yg cakap. Dr. H.M Tuah Iskandar tp diakui oleh aku la. myahahaha..layan baik ckt, ckp baik ckt, tya kabar sihat, even senyum ckt pun perempuna dh bole pk lain. buat andaian mcm2.. jadi LELAKI/SUAMI/TUNANGAN ORG tlg la jaga perlakuan dan kata2 anda. benda yg tiada makna pa2 boleh jadi seribu makna buat si gadis.. xsemua tp kebanyakannya..

sekadar berkongsi..



Nasihat dan ingatan serta renungan untuk diri sendiri..moga dapat jadi muslimah yang lebih baik.amin2..

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Monday, November 28, 2011

pakaian melambangkan..what?


Assalamualaikum..aku selalu rasa janggal or xkena bila tgk channel 111. channel tu kan suam cta arab. rasa janggal sbb tengok cara pemakaian dorang. cam xkena dgn cara cakap arab tu.hehehe. da plk gtu ye. kononnya bg aku org arab patutnya suma tutp aurat dan xleh seksa seksi la..huhuh.kuno sgguh pemikiran aku. aku lupa yg malaysia pun agama rasmi Islam n majoriti penduduk pun beragama islam tp biasa je kot klu pakai dedah ctu cni tu. so, what the different with all those Arabian right? sam je la. aku je kot yg rasa janggal. cakap je guna bahasa alquran tp xsemestinya dorang ni Islam kan. kt mana2 pn sama je kot.

Tp, bg aku fungsi pakaian jauh lbh penting dr sekadar tutup aurat je. sbnrnya pakaian ni leh melambangkan peribadi seseorg. blh jgk melambangkan status dan pemikiran, in certain cases la. tak la suma. yela, ramai skrg ni pakaian utk fesyen. so xleh nk tau gt tu mmg diri dorg yg sbnar ke sekadar penampilan fesyen je. aku bab2 pakaian ni mmg sedikit cerewet kot. klu boleh suma nk nmpak cantik n matching. sejak dh kawin ni cara pemakaian dh sedikit berubah. back to old days kot. huhuhuh. aku klu dikira secara azalinya mmg kuno la. xreti sgt nk berfesyen. jnji tutup pa yg patut ditutup.

tp bla msk u, cam dh bubah ckt cara pemakaian. dh terlebih 'advance' ckt.hehehe. nk kata cultural shock xle sgt sbb perubahan berlaku ckt demi ckt je. juz rs nk sama cam rakan2 lain. nk try trend bdk2 u.agknya la..tp pas kwen try utk berubah jd cam zmn sek dulu. or even better. insyaAllah..dulu pakai baju kurung je klu nk g mana2. cun je. ayu je. tudung plk xde silang2, putar belit suma. bkn xreti or xnak cuma rasa malu kt status diri sdri. malomla org klu tgk bdk sek agama a.k.a arab ni lain mcm ckt. kononla pdhal xde org kesah pun sbnrnya. environment kot. kat umh ayh tegas. sentiasa dipantau, di tegur. pastu salu pk klu pakai camni nnti klu jmpa ustaz ustzh msti malu giler..hahaha. konon pelajar popular la suma guru knl. hampeh..

tp mmg betulla. pakaian tu cermin peribadi dan hati seseorg. melindungi maruah dan mendapat 'tempat' pd pandangan org. nk tutup aurat n bergaya xsusah pun. pakaila camna pun or pa saja jnji tutup pa yg dituntut agama. masih lg berusaha hijrah ke arah yg lebih baik. tp kdg2 rs nk pakai skirt pendek cam cina pakai tu. nmpak comel giler..deke patut? buang tebiat ke pe. hahaha. jom dgn kedatangan tahun br ni kita pakat2 berhijrah ke arah kebaikan..

p/s: tak kata org xpakai tudung or tak tutup aurat tu jahat okey.. xde kena mengena pakaian dan perangai..juz dat tutup aurat tu wajib..

Wednesday, November 23, 2011

Who Should Come First??


Assalamualaikum..kalau dibandingkan antara suami dan anak siapa yg patut didahulukan? suami merajuk sbb isteri lebihkan anak2? adui..salu jugak dgr bla tgk diskusi hal rumahtangga pasal ni di tv. cuma xpasti plk da tak my hubby terasa hati or merajuk sbb aku beri lebih perhatian kat anak2.

Pengakuan ikhlas la mmg sejak da baby baru ni aku sendiri rasa yg perhatian mmg banyak untuk anak2 la. keperluan suami kadang2 sedikit diabaikan semata2 untuk melayan karenah anak.huhuh. cuma xdela plk dia tegur or merajuk. ke aku yg xperasan?? dalam islam suami mesti dilebihkan dari pa2 juga urusan termasuk anak2 dlm lain perkataan keperluan suami mesti diletakkan sbg priority teratas. kalau tidak mana mungkin da sabda nabi S.A.W yg menyatakan di atas unta pun kena layan suami. da satu lg suruhan dlm quran yg menyatakan.. 
"kalau da seorg manusia yg boleh di sembah selainKu pasti org itu adalah suami"
memang martabat suami sangatla tinggi dlm islam tp rasanya aku xleh lg  bt camtu. mesti dahulukan anak. mmg salu pun gtu la. alasannya adalah sbb anak2 adalah amanah Allah yg paling besar buat suami isteri. kedua sbb anak2 tu bdk kecik lg xreti berfikir lg. xtau pa2 lg. jadi nya suami kenala paham nape kena suap makanan utk anak dulu sbg cthnya. ni alasan yg plg bodoh dr aku; sbb anak2 hubungannya kekal dgn kita, xde galang ganti tp suami tak..

Akhirul kalam, kena tgk keadaan la mana yg patut didahulukan..xleh jgk abaikan suami sbb anak2. tak adil la buat suami.org kata suami tu umpama anak yg sulung; sama manja dgn anak sebenar. so wahai isteri2 dan ibu2 sekalian, pandai2la anda memainkan peranan anda ye.

Tuesday, November 22, 2011

pa yg patut?

Assalamualaikum..kat tv macam2 iklan tentang produk kecantikan..sumanya dgn manfaat yg sama yakni utk dapat kulit cantik,tenang, putih n sihat sentiasa..this is me.dh mula la tu nterpengaruh dgn iklan.hehehe

xdapat dinafikan kdg2 bla tgk iklan mmg ati akn tertarik dgn kebagusan produk2 kecantikan ni. lbh2 lg bla tgk muka cam dh xcantik.hehehe. mangsa keadaan jgk la aku ni kiranya. dikelilingi plk oleh gadia2 muda remaja yg pastinya jaaauhhh lbh cantik n bergaya dr aku.huhuhu..rasa rendah diri


So, lately cam tertarik je nk beli produk tambahan utk penjagaan kulit muka tp mslh..mslhnya aku sdri xtau nk beli produk jenis pa. pa sbnrnya yg kita perlukan utk dpt kulit cantik? adakah dgn guna rangkaian pembersih muka or dgn cara pakai foundation, cream muka, or bedak yg mahal2 tu suma? ke nk kena makan pil collagen suma tu? pening kepala..yela.suma ckp produk dorang bagus..

Aku perasan pas bersalin mmg badan dh xsama cam dulu. especially bentuk muka. dulu v shape p skrg ni cam u shape je. dh xcantik dh..huhu. myb bkn sbb bersalin tp sbb peningkatan umur. tp tu je pun..so far other part still sama. tp still klu boleh nk kembalikan v shape cam dulu..org kata collagen bgs. merawat dr dlm tp nthla.. muka aku ni sofar xde la mslh pa2. mmg blh tibai je pakai papun tp memandangkan umur dh makin tua jd semakin berhati2 dgn produk utk ditampal dimuka. takut nnti kulit jd rosak sbb salu bt experiment. hehe

Thursday, November 17, 2011

Alahai anak2 ummi..

Assalamualaikum..sx skala cite tntang anak2 syok jgk..Athirah dh 4tahun 1bulan, Aimy lak dh masuk 10bulan..

Org kata klu dpt ank ke2 perempuan mesti ank tu sgt manja. xtau sejauh mana kesahihannya tp klu duk tgk ragam aimy mmg ye la kot. tp xleh jgk nk kata sbb perangai stap ank mestila xsama kan? lgpun byk faktor yg membentuk peribadi anak. tp aimy mmg sgt manja dgn aku..xcam kakaknya yg lbh independant dan 'keras'. Aimy stap masa nk dekat dgn aku. pastu pandai buat2 nngis utk tarik perhatian org. bla nangis mesti letak kepala kt peha or bahu org..nk tido plk mesti kena peluk n tido sx baru dia tdo. klu tak jgn harap. time bln puasa hr tu stap pagi bangun 'teman' umi dia masak utk sahur..lepas je peluk trus bangun..

Aimy jadi camni rasanya sbb dia full bf kot. pastu sejak lahir smpai skrg aku sdri yg jaga.berkepit dgn ibu sepanjang masa. sgt bernasib baik ank ini..sbb tula kot jd sgt manja n xleh berenggang dr ibu. athirah plk tak..dia tu dr kecik l kuat smgt. kena tggal kt nursery pn xpenah nangis. klu tido plk xleh nk peluk2 sgt dia xsuka. pastu xde la nk berkepit dgn ibu 24jam. main sorang2 je tp aku mesti da dekat. ha, ygni beza dgn adik. adik plk klu dh tgk katun xkesah ummi dia xde..aimy mmg suka n ralit sgt tgk katun. klu org panggil pn dia xtoleh tp athirah plk time kecik dulu mmg xminat lnsung tgk katun. tula, ank2 ni xsemestinya sm je ragam n perangai..

physical apperance plk..dulu athirah mmg xsuka kalau org sikat or ikat rmbut dia. xnak pakai ribbon, scaft, clips..papun xboleh letak kt kepala dia.rmbut plk lebat n lurus..jadi kena selalu potong n pendek br nmpak kemas. tp skrg bla dh bsr ckt dh pandai nk melaram.bukan je nk pakai hair clips suma tu siap mekap suma abis dibedal..adik pn cmtu jgk nmpaknya.xnak pakai ribbon or scaft..xnmpak gurly..xsuka..athirah sihat ckt.dia mmg dr kecik membesar dgn jayanya.dh overweight smapai jumpa nutritious pun..tp doc ckp xperlu bimbang nnti bla sekolah badan dia akn jd normal.adik plk kecik.dr umur 6bulan hr tu lg berat xnaik2..naik la tp ckt sgt.dr 7.5 naik ke 7.6..gtu je stap kali timbang..bln depan nk g  timbang plk tgk cane..adik mmg kecik molek je..

Sbb athirah membesar dgn cepat jd dia byk baju. pakai jap dh xmuat so baju dia mmg stap minggu akan da yg baru. baju yg umr 18bulan dia pakai ms 8bulan.mmg xpenah pki baju yg cun dgn umur.cam skrg br 4tahun tp pakai baju yg umr 7,8tahun. masalah jgk bdk cmni. baju ngam tp seluar pnjang sgt.yela utk bdk 7,8tahun kan..adik plk skrg dh 10bulan tp masih leh pakai baju yg umur 3/6bulan hr tu..since baju kakak byk adik pn byk jgk baju jadinya sbb pakai yg kakak punya..

Tumbesaran stap kanak2 xsama.sama jgkla dgn minat dan kebolehan kendirinya.aimy lom tumbuh gigi lg tp kakak dulu masa ni dh byk tumbuh gigi.adik cpt leh merangkak n meniarap tp kakak lmbt ckt..

Wednesday, November 16, 2011

Masak Sendiri Jimat Lagi??

Assalamualaikum..ehem2..tiba2 terpanggil untuk 'mengulas' perihal makan luar ni since kami ni adalah kapel moden..xkesah utk mkn lua stap hari..ke mls nk masak ni??hehe..

Berbalik kpd topik asal..secara jujurnya kami suami isteri salu jgk la mkn kt luar..kt feberet restoran..time kt sarawak dulula. dh penah cte kan?hehe.. kat cni tu bkn xnak mkn luar tp tu la..xjumpa lg kedai mkn feberet yg wajib dikunjungi stap ujung minggu.plk tu mcD, piza suma jauh.hehe..jadinya kami selalu mkn dirumah la.homemade cooking. tp xla masak beria2 pun..

Boleh dikatakan peti ais mmg stiasa penuh dgn stok lauk basah. ayam, ikan, daging, udang..mmg akan stiasa ada.stiap ujung minggu plk mmg acara wajib g shopping brg dapur. pendek kata kat dapur tu suma bahan n barang da. tinggal lg nk masak je.. tp dr pemerhatian aku la sama je pun mkn luar or mkn umah. xde la beza byk sgt pun. utk kami la.. still jgk perlu beli segala macam bahan n kelengkapan masakan. pastu bukan stap kali masak akan diakan abis. mesti akan da yg bersisa baki. yg lastnya ke tong sampah la tujunya. sedih..teringat suasana hidup di kpg.klu da makanan xabis boleh bg ayam itik mkn..xde la rs membazir sgt.

My mum in law asyik duk berleter je n sometimes cam menyindir dlm senyap sbb aku salu mkn luar. xbersih la, membazir la, xsihat la.. aku bukan nk kata la.org lain aku xtau tp klu bagi kami suami isteri ni yg suaminya sgt memilih makanan, pastu mkn plk xpenah bertambah plus stap hidangan hanya dimakan sx shja yg lebih buang mmg sgt2 la lbh membazir dr mkn kt luar. ok, cthnya, nk mkn kuew tiaw goreng kerang..klu beli kt lua sepinggan dlm rm3.50/rm4..dan sepinggan ni confirm abisla. klu masak kt umh. kuew tiaw sebungkus rm1.50, telur rm0.40 sebiji, kerang rm 2.00 sebungkus yg dh dibuang kulit. bwg, minyak, grm, gula, kicap kt xyah kira..cam sama je kan kos dia. myb da yg kata jimat lg sebungkus leh mkn ramai2. ya, betul. cuma yg xbetul nya hanya my huby yg suka  mkn kuew tiaw sdgkan aku x. boleh je msk sikit2 kan? betul. tp xkan nk msk n masak kuew tiaw 2hari 2mlm pg ptg siang mlm.ikut pengalaman klu simpan kt peti ais mesti xkan diguna lagi..

Same goes jgkla dgn masakan lain. aku plk beria2 msk n tyr skill n nk tunjuk dgn suami yg pandai msk macam2 la. msk nasi beriani, nasi ayam, daging masak hitam, mee goreng, bihun sup..mcm2 tp xpnah abis. nk kata xsedap org lain mkn berselera je..my mum penah ckp beli je lauk kt luar. nasi msk sdri. jimat ckt lgpun korang hidup 3beranak je. betul ckp my mum. tp mslhnya kat cni kedai jauh plk n lauk pauk jrg yg kena dgn taste kami.hm..

Bab kebersihan, kesihatan suma mmgla klu mkn kt luar kt xtau suma tu. juz for me, kita kena pandai2 sdri cr kedai yg zahiriahnya nampak bersih. keadaan kedai keseluruhan boleh dikira sbg sbg penilaian tahap kebersihan kedai la..klu psl kesihatan plk bk dh kot kedai yg mmg menggunakan bhn2 yg sihat je semata2 utk mewnarik minat cust. da kedai yg guna susu instead of santan, da yg guna organik punya produk je..lastly nk kata, tepuk dada tanya selera. keperluan stap kuaga xsama..

Tp ni from my fmly perspective la.org lain mgkin xsetuju..bkn nk kata msk sdri xbagus. aku pn lahir dr family yg mak msk stap hr. mkn dirumah stap hari. mmg lain la airtangan seorg ibu. kesedapan n keberkatan yg xde kt lua. bersih mmg lebih bersih ok.tu mmg xleh disangkal. aku suka msk n bertambah suka bila tgk ank n suami mkn. mmg kena masak jgk especially bla ank2 dh ramai..kena ajar nilai pentingnya mkn dirumah dr air tangan ibu..