adik dan kakak

Tuesday, April 16, 2013

1st Summer Camp kakak

Assalamualaikum..

Hari minggu lepas kakak g summer camp. teruja nk cite sbb ni 1st summer camp yg sekolah anjurkan. wajib pergi pulak tu. kena bermalam kat khemah suma. 2hari satu malam je. tapi satu malam yg padat kot. macam tak yakin dan percaya je kat kakak yg ala ala sangatla manja + masih pakai pampers bila nk buang air besar + masih minum susu guna botol + tak pernah tido tempat asing sorang sorang tanpa mak ayah. dia bermalam rumah nenek dia pun klu takde ummi dan baba dia mengamuk malam malam. ni kan pulak tempat yg memang takde sorang pun ahli keluarga dia.

but, she did it! rasa macam tak percaya lagi. dah la aktiviti padat. tau tau la summer camp kan.. pastu kena pulak bangun awal pagi. runsing betul hati ni.. tapi dia memang beria ia nk pergi dan wajib pergi pulak tu..

Alhamdulillah..dia ok je. tak nangis dan tak buat hal.. takut jugak tiba tiba cikgu call tengah malam buta suruh datang ambik. hahaha.. kakak kata da kawan dia yang nangis. saya ni bimbang bukan sebab tu je. paling bimbang kalau dia buang air besar. salunya ummi yg akan basuhkan. dia jijik dengan najis dia sendiri. tapi cikgu dia kata dah biasa dh tu. budak umur 5,6tahun kan normal lah cikgu dia cakap. leganya rasa sebab yela, cikgu tu sapa nak basuhkan najis anak 'remaja' kita kan? hehe..tapi kakak cakap dia tak buang air besar pun..

Alhamdulillah..sumanya ok. bangga sangat dengan kakak yg ala ala manja kededek tu boleh berdikari. hehehe. .dia kata tak minum susu pun kat sana. tak pakai pampers pun bila tido dan tak kencing pun kat atas tilam + tak nangis dan tak buat hal pun.. satu lagi yg boleh dibangga kan la boleh pulak mandi air sejuk pukul 7pagi. kalau kat rumah jangan harapla. mandi air panas pun siap nangis nangis kata sejuk. alahai kakak..

Moral of the story, bagi jela anak nak ikut perkhemahan ke, perkelahan ke atau apa apa aktiviti luar yg sekolah dorang anjurkan untuk ajar anak hidup berdikari. rasanya lebih lama lebih bagus. nanti bila balik rumah dah tak payah pakai pampers, tak payah mandi air panas setiap pagi dan tak payah minum dengan botol lagi..hehe..

2 comments:

surie wan said...

aloo loo besar dah tirah.. sik berasanya.. masuk darjah satu dah kah nya ros???

Mrs. Zafian's said...

hehe.lom sue..tahun dpn buk msuk sek rendah..