adik dan kakak

Thursday, August 30, 2012

FB addicted @ FB berhantu??

Assalamualaikum...

Tensen den..xtahu apo nk dikato.. memang berhantu la fb ni. ke aku yg ketagih dgn benda alah ni? aih..papun option jawapan yg diberi yang pasti memang setiap hari aku kena bukak fb. satu masalah pulak kekadang sebab bila dh mengadap benda ni memang terabai sikit tugas2 hakiki.hehe. klu xbukak dalam sehari memang rasa resah gelisah cam da yang xkena je. bukan bercinta di alam maya ye. takut da pulak yg salah faham.

Aku ni pun masalah jugak. bila kat kg, atau kat luar kat tempat yg xleh nk online xpe pulak xbukak fb berminggu2. cuba kalau kat umah ni mesti kena jugak bukak walau sekejap. xde pa pun.suka2 tengfok perkembangan dan cite terkini kawan2 je. kalau diikutkan aku sendiri memang jarang sgt share pa2 status especially yg berkaitan diri sendiri. kalau da pun post sumtin mesti share2 ,link org lain je. makin ramai kwn makin segan nk post status. lagipun xsuma friendlist tu org2 yg kita memang kenal atau kawan bertepuk tampar. kawan dan kenalan 2 perkara yg berbeza.

Berbalik ke cerita asal, aku bkk fb stap hari normally nk on9 shop.usha2 barang yg berkenan dihati. da a few kedai di alam maya yg wajib dilawati setiap kali on9. hehehe. pastu dok tengok status org jela.. kadang2 rasa geram dgn diri sendiri sebab xleh nk kawal diri dari terus tercongok depan fb.xde buat papun padahal. dasyat tul penangan fb ni. tu nasib xde tagged la, twitter la klu tak, xtau la camne upa aku ni gamaknya. hahahaha

Mencelah cite lain sikit, runsing memikirkan adik aimy sebab susu dh xberapa da. nk nk kering kot. tapi dia baru setahun 7bulan dan masih kuat menyusu. susu formula pulak dia xnak. dari kecik lg ajar dia minum FM tapi dia memang xnak. berat makin susut. dh underweight dh sekarang. dh masuk line kuning. runsing giler! nasi xnak makan. fast food pun xnak. memang dia suka minum susu jela. skrg pulak susu badan dh kurang lagila kesian tengok dia. ibu2 sekelian, da ke pa2 petua atau cara nk tambahkan amt susu badan?

Tuesday, August 28, 2012

mood raya dimana2..

Assalamualaikum...

Selamat hari raya maaf zahir batin. hari ni dh raya ke 10 dh. everything back to normal again. suami dh kembali bekerja, anak dh stat sekolah aku pun dh kembali menjadi surirumah tegar kembali.erk.. pelik tapi benar. walaupun raya dh berlalu seminggu lebih tapi mood raya masih lagi menebal. rasa nk raya masih berkobar2. rasa nk ajak suami g beraya open house umah sapa2. rasa masih nk berada di kg. walaupun kg hanya sejam dari cni. boleh plk rs gtu kan? mengada2 sungguh! cam selalu raya kat kelantan ni xlebih dari 3,4hari je. pastu memang suma dh close door. xde dh org nk buat open2 house ni. so, beranganla banyak2 nk g open house sebab memang xde! istilah raya sebulan tu memang xwujud dan xkan penah wujud di kelantan ni rasanya.

Boleh tak ramadan n syawal xpayah berakhir? nonsense. tapi bagusnya kalau boleh. banyaknya pengisian bulan ramadan yang tidak wujud pada bulan2 lain. rancangan2 berkisar agama juga sangat banyak hanya pada bulan ramadan. memang suma yang berlaku dalam bulan ramadan dan syawal adalah benda2 indah belaka. yang xwujud pada bulan2 lain.

Tahun ni aku xpergi beraya mana2 pun. suami je yang terkejar2 pergi beraya sana sini tanpa kami; isteri n anak2 sebab aku sibuk kat umah. memang xde peluang lansung nk g beraya. tahun ni orang datang beraya agak ramai mungkin jgk sebab nk melawat ayah yg sakit sambil beraya. tahun ni disamping orang yg datang beraya agak ramai aku n mak xleh nk g jln raya sebab xleh nk tinggal ayah sendirian di rumah.

 Rasa nak je suh athirah ponteng sekolah. duk je umah dgn aku. lepak2 sambil makan kuih raya. sunyi sgt rasa bila athirah xde. rasa cam masih nk beraya kat kg. hahaha.lawak plk rasanya. mak budak ni dh terover excited dgn raya plk dah..kalau kat sarawak mesti skrg ni kami masih bz pergi open house dimana2. meriahnya raya disarawak memang terasa sampai hari ke 30 syawal. itulah kenangan indah beraya di tempat orang yg xde di tempat sendiri.

Rindu kat sarawak dan teman2 suma. tengokla bila da rezeki lagi nk fly ke sana. one fine day insyaAllah..

Sunday, August 5, 2012

oh biskut raya

Assalamualaikum..

Aduhla..demam raya dah datang. setiap kali nk raya begitula situasinya. setiap kali nk raya begitula jadinya. sekarang ni setiap hari aku sibuk duk google resepi kat internet. dh da list few cookies yang akan dibuat dalam sedikit masa lagi. tapi. tapi bila tengok resepi yang belambak kat internet list ku tinggal list jela kot. rasa nk buat suma biskut. boleh tak gitu? hm..nafsu besar lagi upanyna. aku memang begitu kalau bercakap tentang biskut. memang sentiasa passionate pasal cookies. cookies je ye sebab kek xreti. xpas2 sampai sekarang.

Kalau ikut hati macam malas je sebenanrnya nk buat pa2 biskut pun tapi bila tengok rupa2 biskut di internet ni semangat tiba2 datang berkobar2. xsabar2 dah nak start baking ni. tapi..sekali lagi tapi. tapinya tak sure lagi nk buat biskut pa. rasa cam nk buat yg simple2 je. yang xbanyak bahan. so, xtau lagi. sebenarnya setiap tahun pun biskut2 yang aku buat lebih kurang sama je. tat, dahlia, badam, coklat..hahaha. tahun ni pun macam tu je la kot. beria ia je lebih search beratus2 resepi kat internet tapi last2..oppss..

InsyaAllah harap2 xtergoda sangat nafsu nk buat suma jenis biskut. minta2 pendirian tetapla nk buat biskut2 yang telah di finalize sehari 2 lepas. harap2 projek menjadi kenyataan..

Tuesday, June 26, 2012

psikologi tumbesaran anak

Dah lama xtulis entry bergambar. cam boring pulak tgk blog yg da tulisan berjela2 semata. kalau tuan punya blog pn dah rasa bosan dengan blog sendiri apatah lagi la 'tetamu' lain kan? penyakit malas dan xde mood dh kembali semula. rasa cam nk tutup blog ni pun da jugak. duk merepek merapu kt cni sorang2 pn cam xde pekdah je. begitula bunyi nya bila xde mood..

..........................................................................................................



Kita selalu dengar pendidikan anak2 tu bermula masa bayi dalam kandungan lagi. maknanya ibu bapa perlu jaga adab dan perilaku seawal bayi dalam perut lagi. Ibu diajar@ digalakkan banyak membaca ayat suci al Quran di samping berdoa, jaga tingkahlaku dan berbuat baik serta menjaga makan. sumanya untuk mendapatkan anak yang baik pekerti dan sempurna dalam sgala aspek.

Selain amalan2 mulia semua tu, mak ayah pun kena juga berkelakuan baik dan banyak beribadat sebab nanti perilaku ibu ayh bakal dituruti ank dalam kandungan. ibu kena sentiasa positif, jangan sedih2, jangan marah2, xboleh stress melampau. bapa pun sama sebab anak dapat 'rasa' pa yg berlaku disekeliling dia.

Suma aku setuju. untuk mendapatkan hasil yg baik mestilah benih pun baik. cumanya org selalu menekankan pembelajaran atau pendidikan awal anak pentingnya masa mengandung sahaja. bagi aku, process ni xde titik penamat, bukan process sehari dua tapi sepanjang hayat.

Betul. pendidikan dalam kandungan penting. tapi didikan selepas lahir lagi penting. maksudnya kena da kesinambunganla dan berterusan bukannya lepas anak lahir suma terhenti disitu. aku melihat perkembangan anak2 setelah bergelar ibu kini. emosi, perilaku dan perwatakan anak2 sangat banyak terbentuk melalui didikan seharian ibu bapa. tindak tanduk ibu bapa serta emosi ibu bapa semasa berada disamping anak2.

Anak2 memang belajar dari tingkahlaku dan perilaku kita sbg ibu bapa dan org2 terdekat dengan mereka. anak2 kan kain putih. keluar dari rahim ibu yg jahat pun fitrahnya anak itu bersih dan baik. itu sangatla benar. orang kata anak2 mewarisi perangai ibu bapa. kononnya kalau mak ayh da perwatakan xbaik anak pu sama. aku xberapa setuju tu. mungkinla da sedikit kaitan dengan faktor genetik tapi percayala kepercayaan dan keperibadiaan anak2 terbentuk dari kelakuan orang yg menjaganya. kalau didikan betul insyaAllah baik la budi pekerti anak itu. pemerhatian aku saje ye..

Aku ni kalau diikutkan memang bukan ibu yg terbaik. bila anak buat bising or meragam ckt mula la hilang pertimbangan. tapi kalau nk tunggu sempurna bila la agaknya aku akan jadi ibu agaknya ye? haha. ank sulongku dah pandai bnyak benda. bila kami ibu ayh ni bergaduh misalnya mesti si kakak akan tanya, kenapa umi marah? or baba marah umi ke? dh reti dh soal perasaan ni. hm,dh besar anak aku tu..

Memamg kita xboleh nak jadi baik sentiasa, maknanya xsuma benda yg berlaku kita boleh control dan kadang2 anak ternampak dan terbelajar benda xbaik cthnya kita marah2 or merungut depan anak sebab penat ke stress ke..xpe. kita manusia biasa normal buat salah. nanti duduk dan bagitahu anak2 yg ibu bapa juga buat salah dan dia xboleh buat camtu. ajar dia pa yg sepatutnya dorang buat bila mengalami situasi yg sama dan minta maaf dengan anak2 sebab buat dorang rasa tak selesa.

Didikan anak2 bukanlah kerja berkala atau berjadual. selagi namanya anak sampai dia dah jadi ibu bapa pun process pembelajaran itu tetap berjalan. insyaAllah kita semua akan jadi ibu bapa terbaik buat anak2 asalkan kita sedar dan berusaha ke arah itu.. 

Monday, June 18, 2012

perasaan xleh sabar..

assalamualaikum..

Haish..makin menjadi2 pulak perangai buruk yg satu ni. buruk ok. ow sgguh tak senonoh.. mungkin inilah 'hasilnya' bila terlalu byk attach dengan komputers and internet. memang fakta pun, kalau kita terlalu sangat 'bekerja' dengan internet kita akan menghidapi penyakit kurang sabar. da belaja dulu time dip kesan2 terlalu lama mengadap internet. mmg sah betul fakta itu! aha.

Tak suka n tak berapa selesa sebab memang melampau2 sgt dh perangai yg satu ni.dh tahap kritikal kot. asyik nk cepat n express je suma. kalau lambat or lembab mmg kena s****** se***** la! tak kt mulut kat hati. mmg akan da xpuas hati. ntah pa ntah kan?

Oh sangat tidak sabar untuk lihat anak pegi sekolah rendah dan menengah. xsabar nak tau camne rupa anak bila dah remaja nanti. tak sabar nak tau camana kami bila dah tua nanti..eh,tetiba.hahaha.itup un satu lagi kes xsabar yang agak kurang logik..hehehe

sebenarnya aku memang seorang yang pentingkan waktu. punctual la kata orang putih. memang sejak zaman sekeolah rendah lagi memang begitu. mungkin sebab benci menunggu jadi aku cepat nk marah bila orang selalu lambat. especially bila dah janji. memang sakit hati yg melampau2. rasa nk makan je orang tu. sebab tu aku memang akan tetapkan waktu untuk pa2 sahaja. contohnya kalau nk jumpa kawan or turun sama g sekolah pun aku memang awal2 dah tetapkan waktu. yg jadi sakit hati tu bila orang tu buat janji tapi dia pulak yg lambat. tak ke hangin satu badan.

Patutnya sesiapa pun kena pentingkan waktu. sebab membazir masa or xtetapi janji memang amalan xbagus. obvoiusly! kalau kita xtepati masa, bukan masa kita je dibazirkan masa org lain pun terlibat sama. penat ye adik adik menunggu ni. sakit hati toksah cite la.

Aku ni pulak selain ala ala punctual, satu lagi kalau dh marah xleh nk sorok ekspresi muka. memang ngam la. campur 2sifat tu jadi bom atom. hahahah. tapi selalunya kejap je, kalau dengan kawan2 xberani la nk membebel, marah marah, merajuk suma tu tapi kalau dengan org tersayang, memang siap la.memang masak org tu kena.hahaha. buruk perangai. selalunya pas kwn minta maaf aku dh trus ok dh. cumanya dgn si dia je melebih2 sikit. nk bermanja la konon.hahaha. ei, geli!!!

so, penutupnya, xhormati waktu memang akan menyusahkan ramai orang. plus boleh buat orang sakit jiwa dan masuk hosp mental. tak cool ok org yg xpunctual dan tak tepati masa. tak cool jgk. orang menilai kita melalui perlakuan kita. memang banyak lagi benda xbagus yg xpatut dibuat tapi kat mana2 or bila2 pun masa itu emas! memang suma orang akan marah bila kita lambat. do believe me..

perkara yg tak patut dibuat main..

Assalamualaikum..

Sebenarnya dlm hidup ni, untuk bahagia dan di sukai ramai kita kena da budi bahasa dan budi pekerti yang baik. kena beradab dan jaga tutur kata. bak kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata.. sila sambung sendiri dengan word yang dirasakan sesuai ok.

Nama orang; dalam banyak2 perkara aku rasa nama adalah sesuatu yg paling sensitif dan xboleh dibuat gurau. contohnya ketawakan nama orang ke, perlekehkan ke atau ejek la aling simple. nama ni identiti seseorg so memang wajibla xleh buat gurau. aku penah kena jgk. memang rasa nk lempang je muka org tu tapi tu la..

Nama mak bapak; janganla sesekali sebut nama mak ayah dalam pa2 situasi pun. kalau da jugak yg guna nama mak ayah cthnya cam, 'agaknya mak bapak ko xajar kot beradab dengan orang'..memang bunyi cam nak bagi nasihat tp please2 jgn libatkan mak ayah sekali. iman xboleh diwarisi ye. xsemestinya kalau mak ayah jahat ank jahat juga atau sebaliknya. lagipun sesiapa pun akan marah kalau babitkan nama mak ayah.

Kematian. ni memang satu2nya benda yang lansung xleh dibuat main. buat lawak bodoh pun xleh,xkena tempat. lagipun ni melibatkan nyawa orang. memang xpatut la kalau bergurau tentang benda ni.

Last sekali, ni mengikut pengamatan aku sendiri je ni; buat lawak pasal fizikal orang. rupa orang ke, bentuk badan ke, warna kulit ke..suma tu kalau dibuat gurau jugak memang orang tu sengaja cari nahas la. Lagipun ,kenapa kita nk gelak gelak kan ciptaan Allah. bagus atau tak suma tu ciptaan Allah. so,tak de sebab kot nk ketawakan or buat main benda2 seumpama ni. kalaupun orang tu xsempurna atau buruk dimata kita sekalipun pa hak kita nk mengata? kena ingat indirectly kita mengata ciptaan Allah tu..



so, kena beringat la.nak bergurau or buat lawak pun or saja2 nk mengata pun tengok tempat ye. kang xpasal2 kena penumbuk or penampar sebijik kat muka. Lidah xbertulang jadinya kdg2 kita alpa dan ter'mengata' orang..

Wednesday, June 13, 2012

Penakutnya saya!

Assalamualaikum..

Jom imbas kembali tinggi mana tahap keberanian sejak kecik dulu smpai sekarang..berani ke??

Di lahirkan sbg sorang2nya anak perempuan dlm keluarga memang susah kdg2. lagi2 kalau anda penakut cam saya. hahahaha. kawan2 kat U salu ckp aku ni berani. mungkin la nampak cam berani tapi penakut sbnrnya..eh,smbung cite tadi;sbb aku sorg perempuan jadi aku kena tido sorang. mandi sorang2. masa kecik dulu aku mmg seorg yg amat penakut. bila da org meninggal tgk la 2,3hari jgk aku xboleh tido mlm. atau kalau tengok cite hantu atau da orang bercerita tentang hantu.asyik terbayang mcm2. kebetulan umah dekat dengan tanah perkuburan..dulu2 orang bawa jenazah jalan kaki je xde nya guna van, kereta jenazah suma tu.

bla mlm je mesti susah nk tido.pk yg bukan2. aku ms darjah 1,2 camtu mmg tido dgn mak ayah lagi. tido mesti peluk ayah. pastu besar sikit tido dengan abang pastu besar sikit lagi tido dengan adik. time tu kami 3beradik je tp beza jauh. dengan abang beza 5tahun. memang xlehla nk tido dgn dia. pastu beza dgn adik 2tahun. darjah 5camtu mak dh bg bilik sendiri. suh tido sendiri. terpaksala..kdg2 tu satu mlm xleh tido sebab takut sebab tengok cite hantu ke, sebab kwn2 kt sek duk cite pasal hantu ke..memang azab. dh subuh baru lelap mata. nk bangun g sekolah memang liatla. nk ajak adik tido sx plk memang dh xboleh adik dh besar. kadang2 tu takut punya pasal rela berpeluh cam mandi duk bawah kain selimut.hahaha. lawak betul..

Dah sekolah menengah pun klu tiba2 perasaan takut dtg memang xleh nk buat pa. penah jugak angkut adik kecil tido sx buat teman tapi sekali budak tu sedar mlm2 n nangis pastu lari balik ke bilik mak. siap pujuk2 adik lagi suh teman tido.sampai camtu sx!lawak kan..

Tu cite zaman sekolah. bila dh besar sikit bolehla dah makin berani. dh boleh g toilet sorang2, tgk tv kat ruang tamu sorang2 bila suma dh tido..pastu masuk plk U. kat U bolehla dikatakan berani. boleh bangun g toilet sorang2 waktu mlm, boleh g ambk air semayang sorang kul 5.30pagi..kira berani la tu. sebabnya kat U xtgk cite hantu n xde plk org bercerita tentang hantu. room mate plk salu balik umah bila hari minggu. aku berani je duk sorang kt bilik. tu time berani la. time takut dtg penah jgk pc menjadi mangsa.aku on je sepanjang mlm sampai pagi. hahaha

Cite pas kawen pulak..kembali jadi penakut yg melampau kot. sebabnya dh biasa da peneman disisi. tido berteman, makan berteman, tgk tv berteman..suma la berteman. hehe. tapi aku salu jgk kena tinggal sorang2 bila huby da kursus. boleh je tido sorang2 kt umah walaupun takut. cuma nya, bila dh lama kawin ni, lama ker?? hahaha dh ramai ahli makin menjadi2 pulak perasaan penakut aku ni. mcm aku katala bila dah biasa ramai sesekali sorang2 memang terasa. memang kena da peneman. athirah pun jadi la.hahahah..

so, korang camne?penakut cam aku gak ke?