adik dan kakak

Tuesday, June 26, 2012

psikologi tumbesaran anak

Dah lama xtulis entry bergambar. cam boring pulak tgk blog yg da tulisan berjela2 semata. kalau tuan punya blog pn dah rasa bosan dengan blog sendiri apatah lagi la 'tetamu' lain kan? penyakit malas dan xde mood dh kembali semula. rasa cam nk tutup blog ni pun da jugak. duk merepek merapu kt cni sorang2 pn cam xde pekdah je. begitula bunyi nya bila xde mood..

..........................................................................................................



Kita selalu dengar pendidikan anak2 tu bermula masa bayi dalam kandungan lagi. maknanya ibu bapa perlu jaga adab dan perilaku seawal bayi dalam perut lagi. Ibu diajar@ digalakkan banyak membaca ayat suci al Quran di samping berdoa, jaga tingkahlaku dan berbuat baik serta menjaga makan. sumanya untuk mendapatkan anak yang baik pekerti dan sempurna dalam sgala aspek.

Selain amalan2 mulia semua tu, mak ayah pun kena juga berkelakuan baik dan banyak beribadat sebab nanti perilaku ibu ayh bakal dituruti ank dalam kandungan. ibu kena sentiasa positif, jangan sedih2, jangan marah2, xboleh stress melampau. bapa pun sama sebab anak dapat 'rasa' pa yg berlaku disekeliling dia.

Suma aku setuju. untuk mendapatkan hasil yg baik mestilah benih pun baik. cumanya org selalu menekankan pembelajaran atau pendidikan awal anak pentingnya masa mengandung sahaja. bagi aku, process ni xde titik penamat, bukan process sehari dua tapi sepanjang hayat.

Betul. pendidikan dalam kandungan penting. tapi didikan selepas lahir lagi penting. maksudnya kena da kesinambunganla dan berterusan bukannya lepas anak lahir suma terhenti disitu. aku melihat perkembangan anak2 setelah bergelar ibu kini. emosi, perilaku dan perwatakan anak2 sangat banyak terbentuk melalui didikan seharian ibu bapa. tindak tanduk ibu bapa serta emosi ibu bapa semasa berada disamping anak2.

Anak2 memang belajar dari tingkahlaku dan perilaku kita sbg ibu bapa dan org2 terdekat dengan mereka. anak2 kan kain putih. keluar dari rahim ibu yg jahat pun fitrahnya anak itu bersih dan baik. itu sangatla benar. orang kata anak2 mewarisi perangai ibu bapa. kononnya kalau mak ayh da perwatakan xbaik anak pu sama. aku xberapa setuju tu. mungkinla da sedikit kaitan dengan faktor genetik tapi percayala kepercayaan dan keperibadiaan anak2 terbentuk dari kelakuan orang yg menjaganya. kalau didikan betul insyaAllah baik la budi pekerti anak itu. pemerhatian aku saje ye..

Aku ni kalau diikutkan memang bukan ibu yg terbaik. bila anak buat bising or meragam ckt mula la hilang pertimbangan. tapi kalau nk tunggu sempurna bila la agaknya aku akan jadi ibu agaknya ye? haha. ank sulongku dah pandai bnyak benda. bila kami ibu ayh ni bergaduh misalnya mesti si kakak akan tanya, kenapa umi marah? or baba marah umi ke? dh reti dh soal perasaan ni. hm,dh besar anak aku tu..

Memamg kita xboleh nak jadi baik sentiasa, maknanya xsuma benda yg berlaku kita boleh control dan kadang2 anak ternampak dan terbelajar benda xbaik cthnya kita marah2 or merungut depan anak sebab penat ke stress ke..xpe. kita manusia biasa normal buat salah. nanti duduk dan bagitahu anak2 yg ibu bapa juga buat salah dan dia xboleh buat camtu. ajar dia pa yg sepatutnya dorang buat bila mengalami situasi yg sama dan minta maaf dengan anak2 sebab buat dorang rasa tak selesa.

Didikan anak2 bukanlah kerja berkala atau berjadual. selagi namanya anak sampai dia dah jadi ibu bapa pun process pembelajaran itu tetap berjalan. insyaAllah kita semua akan jadi ibu bapa terbaik buat anak2 asalkan kita sedar dan berusaha ke arah itu.. 

1 comments:

sitiebby said...

ros,

biasa lah tue. Hehehe, tapi bila nk tutup blog, rs syg pulak.
mun kmk, dh boring, mesti buka blog baca pa ditulis kmk. hehehehe