adik dan kakak

Monday, June 18, 2012

perkara yg tak patut dibuat main..

Assalamualaikum..

Sebenarnya dlm hidup ni, untuk bahagia dan di sukai ramai kita kena da budi bahasa dan budi pekerti yang baik. kena beradab dan jaga tutur kata. bak kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata.. sila sambung sendiri dengan word yang dirasakan sesuai ok.

Nama orang; dalam banyak2 perkara aku rasa nama adalah sesuatu yg paling sensitif dan xboleh dibuat gurau. contohnya ketawakan nama orang ke, perlekehkan ke atau ejek la aling simple. nama ni identiti seseorg so memang wajibla xleh buat gurau. aku penah kena jgk. memang rasa nk lempang je muka org tu tapi tu la..

Nama mak bapak; janganla sesekali sebut nama mak ayah dalam pa2 situasi pun. kalau da jugak yg guna nama mak ayah cthnya cam, 'agaknya mak bapak ko xajar kot beradab dengan orang'..memang bunyi cam nak bagi nasihat tp please2 jgn libatkan mak ayah sekali. iman xboleh diwarisi ye. xsemestinya kalau mak ayah jahat ank jahat juga atau sebaliknya. lagipun sesiapa pun akan marah kalau babitkan nama mak ayah.

Kematian. ni memang satu2nya benda yang lansung xleh dibuat main. buat lawak bodoh pun xleh,xkena tempat. lagipun ni melibatkan nyawa orang. memang xpatut la kalau bergurau tentang benda ni.

Last sekali, ni mengikut pengamatan aku sendiri je ni; buat lawak pasal fizikal orang. rupa orang ke, bentuk badan ke, warna kulit ke..suma tu kalau dibuat gurau jugak memang orang tu sengaja cari nahas la. Lagipun ,kenapa kita nk gelak gelak kan ciptaan Allah. bagus atau tak suma tu ciptaan Allah. so,tak de sebab kot nk ketawakan or buat main benda2 seumpama ni. kalaupun orang tu xsempurna atau buruk dimata kita sekalipun pa hak kita nk mengata? kena ingat indirectly kita mengata ciptaan Allah tu..



so, kena beringat la.nak bergurau or buat lawak pun or saja2 nk mengata pun tengok tempat ye. kang xpasal2 kena penumbuk or penampar sebijik kat muka. Lidah xbertulang jadinya kdg2 kita alpa dan ter'mengata' orang..

0 comments: