adik dan kakak

Saturday, August 24, 2013

post bermalas-malasan

Assalamualaikum. lama sungguhhh xupdate cita kat sini. xtaula pa masalahnya dengan blog saya ni. xleh nk view. view je jadi camni..




xtaula pa yg saya dh setting sampai jd camni. nk revert ke template biasa pun xleh dah. nk masuk tempat setting pn xleh. aduhla..pening kepala..anyone,plz help..=)

Masih dalam mood raya walaupun bln syawal dh tinggal kurang lebih 2minggu je lagi dan walaupun kat kelantan dh xde raya dah. yg da pun mungkin sorang dua rakan sama keje suami yg buat open house..selamat hari raya maaf zahir batin ye semua..

Sunday, June 16, 2013

saya kedekut ke?

Assalamualaikum..

Tiba tiba pulak boleh terfikir pasal ni..bila difikirkan kembali, mungkin da benarnya saya ni kedekut. kot. hahaha. taknak mengaku tu.. saya dengan suami memang jauh beza dari sudut berbelanja ni. saya memang agak cerewet dan berkira dengan perbelanjaan. tak kira duit sendiri atau duit suami. kalau boleh memang suma nak dikawal. suami agak boros. dulu fikir dia tak sayang berbelanja sakan sebab orang baru merasa dapat pegang duit dan da gaji sendiri..so excited la nk beli suma benda yg memang xpernah dapat sebelum ni.tapi dah 'tua' ni pun masih sama jugak kot. dah jadi tabiat la tu..kalau nasihat pun tak dengar dah.

Saya pulak memang jenis berkira. even utk makan pakai sendiri pun.alamak, cam kedekut giler pulak bunyinya..hahaha. saya rela g banyak2 kedai, compare harga, tengok kualiti suma baru consider nk beli yg mana. memang particular. salu nya saya memang xbeli la yg mahal2 sebab takut membazir.eh, boleh plk gitu ye?huhuhu..menyesal? xpenah pulak kot. memang suma benda yg dibeli akan diguna pakai. cantik ke, xcantik ke, sesuai ke tak, belakang kira. dah beli pakai je..

untuk kegunaan rumah pun camtu jugak. nk beli pa2 barang pun mesti compare sana sini..kalau boleh nk pilih yg terbaik dan termurah. value for money la kan..huby pulak tak. dia kalau nk sesuatu memang xfikir panjang dah. rasa nak, berkenan terus grab dan bayar. atau orang sekarang ni swap je..xgitu?hm..

Huby memang xpernah berkira. kira cam best jgk la kalau shopping dengan dia tapi yela. sekali sekala bolehla buat camtu capai je pa yang terhajat dihati. tapi kalau selalu kena fikirla siapa yg susah dihujung bulan kan? walaupun xde effect kat belanja dapur suma kena jgk fikir sebagai isteri kalau dah suami boros kita la yg kena kawal. kalau tak papa la dik..dua2 boros last2 abis bergolok gadai..xnak la gtu..lagipun alam kapel tak sama dah dengan alam rumahtangga. dulu memangla suka giler kalau bf bagi hadiah macam2. tapi sekarang ni kalau stiap kali keluar nak beli hadiah macam2 kena fikir nak hidup sehari dua je ke?

sampai sekarang memang saya sangat berkira kalau nk beli apa2.xtau la saya ni masuk kategori kedekut ke apa.harap2 janganla sampai tahap bakhil. sayang harta dan takut nak guna. orang kedekut ni tak kaya pun sebenanrnya..peringatanlah utk diri sendiri..

Sunday, May 5, 2013

Ceritera Pilihanraya

Assalamualaikum..

Ok. biarpun hari ni semua rakyat malaysia dah selesai mengundi, saya nk jugak cerita tentang demam pilihanraya kat Kelantan ni.. rasanya memang setiap kali nk election keadaannya memang tetap sama. sangat meriah, warna warni  dan .sangat havoc! macam pesta! mungkin tak keterlaluan kalau saya kata lebih meriah pada nk sambut hari raya kot. ok. itu memang biasa. kat mana2 pun suma parti memang galak berkempen. tapi kat Kelantan semangat dia lain ckt. or lain banyak kot.hehe

macam yg semua maklumla, kat kelantan ni majoriti lebih memilih parti PAS. terutama sekali anak2 muda.remaja.  dorang ni xpayah nk suruh or bagi apa2 imbuhan pun utk berkempen. dorang sukarela je buat suma benda. suka sangat tengok semangat berpasukan dorang ni. bayangkan, dorang sanggup konvoi sampai beratus2 kereta dan motosikal sepanjang jalan sambil pegang sepanduk. bendera ditampal disetiap kereta. paling best, da yang sanggup berdiri di tepi kiri kanan jalan sambil pegang bendera yg paling besar sekali..kat tengah2 panas kot. haha.. mula2 tengok ingat ke letak kat kayu or patung or something la last2 tengok..la, orang yg pegang. memang menakjubkn! xde kat negeri lain kot.

Istimewa nya dorang ni, tak payah pemimpin or calon turun padang berkempen or ceramah pun..tengok je kat FB sebagai contoh, suma org share pasal artikel la, video la, blog la semuanya berkaitan kebaikan parti dorang. amazing kan.. PM tu dh entah berapa kali da berulang alik ke Kelanan nk yakinkan rakyat utk pilih Kerajaan. mcm2 kerajaan perlu buat nk tawan hati pengundi kelantan ni. tapi PAS ni pemimpin dorang rilek je..cam rakyat plk yg sukarela berkempen utk dorang.. memang hebat giler semangat dorang..

Suami kata kalau PAS buat ceramah, memang xpayah nk cerita banyak, memang akan penuhla dewan or tempat tu. tp kalau kerajaan yg buat, kena paksa rela baru da yg datang..begitu sekali rakyat Kelantan. hahaha. rakyat negeri saya la tu..hehe

Apapun, memang meriahla keadaan berkempen kat Kelantan ni. semangat nk mengundi pun berkobar kobar. duk sejauh sabah pun rela balik semata mata untuk mengundi. hebat kan? hehe. da kat tempt lain x?

Tuesday, April 16, 2013

1st Summer Camp kakak

Assalamualaikum..

Hari minggu lepas kakak g summer camp. teruja nk cite sbb ni 1st summer camp yg sekolah anjurkan. wajib pergi pulak tu. kena bermalam kat khemah suma. 2hari satu malam je. tapi satu malam yg padat kot. macam tak yakin dan percaya je kat kakak yg ala ala sangatla manja + masih pakai pampers bila nk buang air besar + masih minum susu guna botol + tak pernah tido tempat asing sorang sorang tanpa mak ayah. dia bermalam rumah nenek dia pun klu takde ummi dan baba dia mengamuk malam malam. ni kan pulak tempat yg memang takde sorang pun ahli keluarga dia.

but, she did it! rasa macam tak percaya lagi. dah la aktiviti padat. tau tau la summer camp kan.. pastu kena pulak bangun awal pagi. runsing betul hati ni.. tapi dia memang beria ia nk pergi dan wajib pergi pulak tu..

Alhamdulillah..dia ok je. tak nangis dan tak buat hal.. takut jugak tiba tiba cikgu call tengah malam buta suruh datang ambik. hahaha.. kakak kata da kawan dia yang nangis. saya ni bimbang bukan sebab tu je. paling bimbang kalau dia buang air besar. salunya ummi yg akan basuhkan. dia jijik dengan najis dia sendiri. tapi cikgu dia kata dah biasa dh tu. budak umur 5,6tahun kan normal lah cikgu dia cakap. leganya rasa sebab yela, cikgu tu sapa nak basuhkan najis anak 'remaja' kita kan? hehe..tapi kakak cakap dia tak buang air besar pun..

Alhamdulillah..sumanya ok. bangga sangat dengan kakak yg ala ala manja kededek tu boleh berdikari. hehehe. .dia kata tak minum susu pun kat sana. tak pakai pampers pun bila tido dan tak kencing pun kat atas tilam + tak nangis dan tak buat hal pun.. satu lagi yg boleh dibangga kan la boleh pulak mandi air sejuk pukul 7pagi. kalau kat rumah jangan harapla. mandi air panas pun siap nangis nangis kata sejuk. alahai kakak..

Moral of the story, bagi jela anak nak ikut perkhemahan ke, perkelahan ke atau apa apa aktiviti luar yg sekolah dorang anjurkan untuk ajar anak hidup berdikari. rasanya lebih lama lebih bagus. nanti bila balik rumah dah tak payah pakai pampers, tak payah mandi air panas setiap pagi dan tak payah minum dengan botol lagi..hehe..

Friday, April 5, 2013

Bila Sedih..

Assalamualaikum..

Setiap orang pasti da masalah. xde sesiapa pun yg xde masalah kat dunia ni kot. cuma, bezanya besar kecil dan bagaimana kita melihat masalah tu.. saya percaya setiap org da cara tersendiri nk memotivasikan diri bila jiwa sangat sedih.

As for me, kalau sangat sedih saya rasa kita xpatut dengar atau layan sangat apa2 lagu dan drama di TV. Pernah dengar org kata time gembira kita hayati melodi lagu tu tapi bila sedih kita hayati lirik lagu.. bahaya ni. kalau terbawa2 sangat dengan lirik dan jalan cerita kat Tv, takut nanti kita tersalah langkah. pastu asyik nk marah je sebab terikut ikut sgt dgn emosi dlm lagu..

Kalau boleh janganlah share dengan sesiapa pun masalah kita. kadang2 ya, kawan membantu kalau jumpa yg memahami dan berfikir mengikut acuan yg Islam ajar tapi xramai kot yg begitu.. rata2 org akan memberi cadangan berpaksikan logik akal, perasaan marah, simpati, kesian.. kadang2 yg baik jadi buruk dan meyebabkan bebanan perasaan jadi makin teruk. cite kat org, yes, memang akan rasa lega tapi pastu mesti menyesal.itu saya la..

Da seorang ustazah@ a.k.a kakak pernah nasihat kat saya, dia kata, masalah kita org luar sebenarnya xtahu situasi sebenar. mereka beri solution mengikut kesesuaian pemikiran mereka. situasi dan keadaan sebenar kita je yg tau.. dulu rasa xberapa setuju, tapi fikir2 memang betul. boleh jugak kot nk share dgn someone tapi make sure org tu memang layak dan boleh dipercayai sepenuhnya. bimbang jadi fitnah pulak nanti kan..

bila sedih sangat jangan fikir suma yg berlaku tu musibah or jangan fikir kesalahan org kat kita. fikir, suma tu dari Allah. Allah xkan bagi kita masalah melebihi kemampuan kita untuk tanggung. kena fikir Allah bagi mesti bersebab dan pasti utk kebaikan kita. org kata, suma da hikmah. hikmah ni kalau kita xredha dan ikhlas dlm menerima kesedihan tu memang Allah xtunjuk dan hati xtenang walaupun hakikatnyaa memang da. ha, yg ni memang part yg paling susah maut kot.

The best thing to do is, jalan yg paling mudah dan berkesan bila ditimpa masalah dan sedih giler, kembalilah pada Allah.. tu je kot ubat yg paling mujarab. kena sabar, ikhlas, redha dan yakin kat Allah.. nampak simple tapi susah kot. hmm.. bukankah Allah kata, "bila sedih mintalah kepadaKu dengan solat dan sabar". dan, "hanya dengan mengiganti Allah hati jadi tenang".


Thursday, April 4, 2013

Demam Pilihanraya bermula..

Assalamualaikum..

Sekarang ni suma orang heboh pasal pilihanraya..kat fb tu boleh dikatakan majoriti post pasal pilihanraya dan parlimen baru nanti. secara peribadi, saya memang sejak dulu xminat dengan dunia politik. kalau boleh xnak tau apa2 pun pasal politik. melihat dan bercakap melaui pengalaman, politik suatu yg menakutkan dan mengerikan. boleh buat org pecah belah, bergaduh, bermasam muka dan sbg nya..pendek kata politik ni bagi saya banyak buruk dari baik. dari konteks mata seorang remaja biasa la..ironi nya kat U ambik jurusan politik. agak lawak jugakla. rasa nk termuntah belajar, ingat, hafal, faham dan hadam segala macam benda berkaitan politik.hehe..

Sebenarnya, sejak kecil sampai sekarang keadaan politik kampung masih begitu.. menyedihkan. bayangkan, da orang yg melabelkan masjid pun mengikut fahaman politik. macam masjid ni hanya org dari parti ni je yg datang solat. imam pun kena dari fahaman parti yg sama. pastu, da pulak tu buat tahlil arwah utk ahli keluarga pun ajak dari kalangan fahaman politik yg sama je sampaikan org sebelah rumah pun xdi jemput semata mata sebab berlainan fahaman politik..extremist sangat. kalau kat kedai kopi tu memang xpayah cerita la.. 

Bercerita tentang pilihanraya nanti ni, saya agak teruja la coz ni kali pertama nk g ngundi. insyaAllah..tapi melihatkan post2 yg pelbagai di fb memang agak menakutkan. saya melihat ramai dikalangan remaja kurang menyokong kerajaan. kalau bercakap dengan remaja kelantan memang xpelikla kebanyakan dorang pilih parti pembangkang, tapi bagaimana pula dengan majoriti remaja dan pelajar U khususnya yg xsokong kerajaan?

Pernah bercakap2 kosong dengan adik dan beberapa rakannya berkenaan politik. saya tanya kenapa macam xsuka kerajaan? dorang kata bukan xsuka parti tapi xsuka cara pembawakan certain2 ahli parti tu. saya kata itu xadil, duit biasiswa, baju raya, duit BRIM suma yg kerajaan beri korang ambik tapi xnak pilih kerajaan sbg pemerintah.. dorang jawab kan ke kita neraga demokrasi..hm..

Saya bukanlah penyokong kuat mana2 parti pun dan kalau boleh memang xnak ambik kesah lansung pasal mengundi suma ni tapi sebagai rakyat Malaysia saya cuma nk yg terbaik untuk negara. pendek kata, setiap parti da baik dan buruk. suma xsempurna.. so, buat la pilihan yg boleh mendatangkan lebih banyak manfaat walaupun da benda yg memang kita xsetuju dengan sesuatu parti tu.. jadilah pengundi yang bijak..heheh

Thursday, December 6, 2012

i've learned da lesson

Bismillahirrahmanirrahim..

Walaupun dah beberapa kali kena tapi masih jugak gatal dan degil. nah, ambik u! sebagai pengajaran sampai bila2.. uhuk.. marah dengan diri sendiri.. bermain dengan teknologi memang kalau tak dikawal merana diri. memakan diri dan menghabiskan wang. part menghabiskan wang memang terasa amat memeritkan. berbelanja pada sesuatu yang kita memang nak dan suka, mungkin biasa tapi bayar untuk sesuatu yg kita memang xnak semestinya terasa getir. tak gitu? i've learned da lesson.

Begitulah bila bermain dengan Lelong.com. banyak kali dah kena tapi masih jugak degil dan gatal tangan membida sesuka hati kan. so, natijahnya telan la sendiri..besar punya icon sedih aku bagi! dah banyak kali saje suka2 nak tengok berapa orang sanggup bida tetiba orang tu stop. konon nak main2 last2  diri sendiri yang kena main. kadanag2 pulak tu, xleh nk berhenti dari membida walaupun harga dah tinggi. jadi cam xsedar. last2 bila sedar dah menang baru terasa menyesal sbb bidaan jauh tersasar dari bajet. uwa...xsuka, xsuka, xsuka!

Banyak kali jgk berlaku tengok harga murah saje2 la bid padahal sedang bid brg yg sama dengan harga lain. last2 22 u are da highest bidder! hahaha. tergelak dalam tangis la tu. so, terpaksala bayar utk benda yg sama 2 kali. sangat xcerdik ok!

Pasni memang kena betul2 fikir before bidding. kalau memang betul2 nak pun kena tengok jgk harga bidaan terkini. xperlu kot nk belanja mahal walhal benda tu setiap hari keluar. aku penah beli jam harga rm1 je. nasib la xde org bid. tp poslaju rm12.. satu yg xbest kat lelong ni diorang punya polisi barang akan di deliver dlm ms seminggu. memang jarang seller yg akan trus post out items directly pas buat payment. dhla kos pos mahal lambat plk tu. cuma tula. bestnya kalau bernasib baik mmg dpt brg harga serendah RM1. brg standard pasar mlm je kot. tp ok la.. kalau aku ni doktor ke, anak menteri ke logikla xshopping kat lelong ni. hehe..

*uhuk uhuk..pasni xleh dah nk main klik sesukahati je. walaupun xmahal syg duit oi. cam buang tgh jln je rasa..