adik dan kakak

Tuesday, August 16, 2011

Baru tau..baru sedar..

Assalamualaikum..
Aku batu terbaaca satu artikel mengenai kaunseling kanak2 dlm majalah mingguan wanita keluaran edisi 12-18ogos.. terkedu jap. or lbh tepat rasa bersalah telah menyerang diri. aku mgkin tnpa sedar tlh mengabaikan 'kebajikan' tirah selama ni..setelah adik Aimy lahir..aku mgkin tlh mengabaikan perasaan dan keperluan 'batin' dia..ya!sblum ni pn aku penah rasa yg kasih syg serta perhatian aku terlebih sikit utk adik dan terkurang ckt utk tirah. yela. suma adik.sepenuh perhatian dan layanan tertumpu utk adik.sbb adik kecil lg.sbb adik xphm pa2 lg. Athirah selalu kena marah utk keselesaan adik. diam adik nk tidur. jgn bising nnti adik sedar. hati2 nnti kena adik. bla adik nngis sbb athirah buat bising sx lg dia kena marah..tunggu jap adik nak tido.tunggu jap adik nk mam..adik nk mandi..adik nk..adik nk..itu dan ini..suma utk adik dan pasti adik dulu..

Yang aku xsedar ialah Athirah jgk masih kecil..baru 4tahun.bkn tau pa2 lg..betulla kata pakar tersebut.

 "kita menganggap anak sulong yg lebih besar spt tau dan faham sumanya dan tnpa sedar kita menidakkan hak anak tersebut.kita lupa yg ank yg sulong yg berumur 4,5tahun beza dgn adiknya itu juga masih kecil dan masih memerlukan perhatian dan belaian dari ibubapanya. anak2 ini seterusnya membesar dgn perpepsi yg ibubapanya tidak menyayanginya lagi dan lebih parah berdendam dgn adik2". 


Ya Allah..begitu sx kesannya. aku tau aku kdg2 melebihkan adik berbanding kakak tp aku baru sedar yg kesannya sgt kritikal! dan bahaya utk perkembangan minda dia..alahai..kesian plk kt athirah..upanya selama ni umi n baba dh abaikan keperluan dia..tp syukur alhmdulillah aku terbaca artikel tersebut. kata org better late than never..harap2 pasni blh la jd ibu yg lebih prihatin dan adil utk ank2 tercinta.walaupun nmpak cam lebihkan adik sbnrnya kasih syg aku utk dorang berdua ni sama je.xde beza pn.mgkin keadaan yg menampakkan begitu..

Sbnrnya aku pn mengalami keadaan ni masa kecik dulu. aku ni kira kakak sulongla sbb aku ank 2nd.perempuan sorang plk tu. myb bagi org lain best dan istimewa jadi ank perempuan tunggal tp bg aku tak kot..huhu. mmg benar ibu akan selalu menangkan adik dan selalu dipesan agar mengalah dgn adik sbb dia masih kecil. aku lagi la.sbg anak perempuan tunggal,kaka plk tu suma tanggungjawab ibu dan ayah serahkan bulat2 pd aku. suma kerja rumah suma kena buat.sbb aku kakak dan aku anak perempuan. aku kena rajin sbb aku kakak.aku perempuan. aku kena buat suma sendiri dan tlg buat yg adik2 sbb aku kakak. dan aku anak perempuan..mmg rasa cam mak ayh xsayang.honestly.dan aku rasa mereka xadil.heheh.budak2..tp xdela smpai berdendam dgn adik2.

Bagi aku, suma bergantung dgn ibubapa. merekala yg patut mewujudkan suasana bagaimana yg sepatutnya bagi membesarkan anak2. lebihkan adik mgkin boleh tp pendekatan utk kakak or ank yg lebih tua juga perlu ada. memarahi ank yg lbh tua xsepatutnya diamalkan supaya anak tidak rasa terpinggir dan xdisayangi. myb ckp baik2 adalah cara terbaik. pasti. sbb aku tgk athirah lbh mudah menerima arahan bla aku terangkan dgn baik kenapa dan mengapa. anak tu adalah cerminan ibubapa..baik asuhan maka baikla perilakunya..

p/s: aku adalah anak kesayangan ayah..hehe

2 comments:

sitiebby said...

btul la ros, org da baca pasal yg selalu lebihkan adik tapi yg sulung pun masih kecil. takut yg sulung bdendam je. dh la mcm org nie, yg kakak nenek jaga. lagi teruk situasi dia. pyelesaiannya, tiap kali balik kpg @ kakak dtg ke sibu, mesti lebihkan kakak, dukung, peluk cium die, kalu kakak nangis pun, mesti cb pujuk kakak dulu, tp kadang2 kalah jgk ble adik nak nyusu. kdg2 pikir tak adil plak dgn anak2...

Mrs. Zafian's said...

yelakan..kita ni rasanya bukan sgja nk lebihkan ank yg lbh kecil tp keadaan yg menjadikan begitu..