adik dan kakak

Sunday, January 15, 2012

Kematian itu suatu musibah..

Assalamualaikum.. Mungkin da tak suka or xsetuju dgn tajuk aku hari ni.maaf..masih dlm mood sedih dan terkejut dgn kehilangan arwah nenek beberapa hari lepas..bila2 atau dimana2 pn kematian berlaku selagi ia berkaitan dgn org yg kita sayang pasti ianya satu musibah yg menyedihkan. at lease bagi aku, personally begitula. mesti da yg berkata bukankah kematian itu menunjukkan kasih syg Allah. bukankh org yg dijemput awal oleh Allah itu adalah org yg dikasihiNya. ya, betul Allah lbh sygkan dia tp kita juga menyayangi dia. dan bg sesama manusia bila syg maknanya org itu mesti da bersama.

Nenek berumur 74tahun. sihat lagi sbnrnya cuma biasalah sakit tua kekadang. tiba2 kena serangan jantung dan beberapa jam pastu meninggal. xsempat pn nk jumpa. itu yg buat aku terkilan sgt.kalaula kita blh 'rasa' bla seseorg akn dijemput pergi mesti kita akan sedaya upaya or secepat mungkin menemui insan itu walaupun sejauh mana dia berada. sbnrnya kami semua xdpt jumpa nenek unless m.cik n paksu yg mmg duduk berhampiran umah nenek. tu pun dorang masih rasa terkilan sbb takde disisi nenek semasa nenek menghembuskan nafas terakhirnya sbb doc ckp nenek stabil malah blh ckp n berbual2 lg semasa diwad. siapala kita utk menduga takdir Allah kan? Last ku jumpa nenek 2minggu lepas kot. tp masa tu xde lansung benda pelik. my mum pun ckp camtu.

Entah kenapa walaupun dh beberapa hari berlalu aku masih lg seperti xpercaya n xdpt menerima kenyataan yg nenek sdh tiada sbb dia pergi dgn mengejut. mmg banyak kenangan dgn nenek sbb dialah satu2 nya nenek yg masih da smpai skrg. yg lain suma tlh pergi awal..mmg xbagus utk dikenang dan ditangisi lama2 namun apakan daya..mmg sgt terasa..

Aku berpesan pd diriku sendiri; JANGAN sesekali bertangguh utk berbuat kebaikan pd insan yg kita syg. JANGAN menunggu esok utk luahkn betapa kita menyayangi mereka sbb ajal itu dtg tanpa kita sedar dan tanpa diduga. dan JANGANLAH berpada2 dlm meyayangi ahli keluarga yg sememangnya kita syg walaupun sx skala pernah bertegang urat. maafkan dan sayangi serta hargai sumanya sebelum terlambat..

Semoga Allah panjangkan umur ibubapa dan ahli kuaga kita sumanya..amin..

0 comments: