adik dan kakak

Saturday, April 14, 2012

penggeli ke banyak songeh?

Assalamualaikum..

Penah tak korang pergi kat umah orang pastu korang rasa cam 'kembang' nak makan or minum? oh..terukkan perasaan itu? dalam dilema pun da jugak. biasala tetamu mesti akan dihidangkan dengan air dan hidangan ringan pastu kita pulak rasa xnak minum or makan pa2. boleh tak gitu?

Ni adalah perangai buruk aku sejak dari kecik2 dulu lagi.perangai buruk ya. sebab seperti tidak hormat tuan rumah bila hidangan tidak disentuh. oh tuhan..sebolehnya saya memang berdoa untuk senang sedikit menerima air tangan orang lain selain ibu saya. memang begitu. kalau mak bawak gi jalan dimana2, umah jiran, umah sedara memang jarang sekali aku akan minum or makan. bukan sebab pa2 pun tapi memang rasa taknak. lagi lagila kalau tau or tengok orang tu memang pengotor.

Kadang kadang orang asyik tengok luaran je cam umah xberapa kemas or umah xteratur. so kita terus judge dia pengotor or xreti jaga kebersihan. salah tu. bagi aku; melalui pengalaman dan pengamatan sendiri keadaan luaran xboleh jadi ukuran perangai sebenar. yela. pa guna umah bersih tapi guna tangan untuk mengaup bahan tumbuk dari lesung. ataupun meramas nasi dengan tangan untuk dijadikan nasi goreng. walaupun xkotor tapi bagi mata n perut aku memang xleh diterima tu. sebab aku orang luar lainla kalau kita memang ahli keluarga tu. dh tau cara mak kita buat keje.

Aku kadang kadang rasa susah jugak dengan perangai yg satu ni. selalunya memang xde pa2 sebab pun tapi still xleh minum. klu makan pulak aku memang sejak kecil sampai sekarang xleh telan ketupat yg dibuat org lain selain ibu aku je. termasuk nenek ke, makcik ke, even mak mertua sdri..memang xlalu nk telan. nasib baik benda lain dapat telan dengan jayanya.huhuh. sebab ketupat tu memang 100% guna tangan dalam proses pembuatannya. selekeh kan? bagi org yg dah tau perangai aku dorang memang xkesah aku xmakan or minum dirumah dorang tapi mungkin juga da yang perasan or terasa ati aku lansung xmakan n minum bila g umah dorang. xtaula..

Cumanya masalah sekarang camne nk elak dari makan n minum umah orang kalau kita bermalam disitu? tensoin den..ingat pulak dengan bibik indon abg. suma benda yang dia sentuh aku xlalu nk makan.memang terasa keperitan disitu sebab xleh makan dirumah sendiri..


Tuesday, April 3, 2012

Regim kecantikan yg betul

Assalamualaikum..

mind set aku sesuatu produk tu bagus bila hasil dapat dilihat dalam jangkamasa yang pendek/cepat. rupa rupanya salah sama sekali! ya,mungkin bagus dalam masa yang terdekat tapi buruk dalam jangkamasa yang panjang. baru tau..cam polos giler aku ni benda simple camni pun xtau. alamk, mengutuk diri sendiri ler pulak. da banyak bahan terlarang or racun dalam kosmetik yang buat kulit jadi putuh gebus sebenarnya..meh baca..





Bahan kosmetik yang BERBAHAYA


HIDROKUINON
  • Bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri getah.
Menghalang penghasilan melanin (bahan yang melindungi kulit dr uv) pada kulit.
Pada peringkat awal, kulit menjadi cerah.
Penggunaan berterusan menyebabkan kulit menjadi kemerahan, pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari. 
Pigmentasi kulit akan berlaku dan mempercepatkan penuaan.
Warna kulit menjadi tidak rata
Ianya akan meresap  ke dalam sel dan memasuki aliran darah.

RAKSA
  • Kesannya sama seperti hidrokuinon.
Pengumpulan merkuri dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami muntah, cirit-birit, keracunan hati, buah pinggang serta gangguan saraf.

BAHAN PENGAWET PARABEN
  • Menyebabkan kemerahan dan alergi pada kulit.
Digunakan pada kosmetik, deodoran, produk perawatan kulit.
Penggunaan Paraben menyebabkan kanser payudara pada wanita. 

ISOPROPYL ALCOHOL 
C3H7OH
  • Menyebabkan kerosakan bahagian dalam kulit.
Mempercepatkan penuaan wajah.

PROPYLENE GLYCOL C3H8O2
  • Menyebabkan kemerahan pada kulit.
Penggunaannya merosakkan hati dan ginjal.

Polyethylene Glycol C2n+2H4n+6On+2 (PEG)
  • Mengganggu kelembapan kulit
Mempercepatkan penuaan wajah

KOLAGEN
  • Berasal dari kulit haiwan (babi)
Kolagen terbaik yang sering digunakan dalam produk kecantikan pada masa kini ialah kolagen berasal dari kulit babi.
Kolagen ini akan menjadikan kulit halus, putih dan menjaga kelenturan kulit.
Produk yang menggunakan kolagen ialah:  anti ageing,lipstick,losyen  tangan dan badan, perawatan kulit.

PLASENTA
  • Plasenta berasal dari manusia dan haiwan.
Merupakan penyumbang terbesar dalam  industri kosmetik dan ubat-ubatan.
Digunakan dalam losyen tangan dan badan,sabun mandi,serum,losyen pemutih dan lain-lain.

AMNION
  • Cairan yang melindungi janin.
Penggunaannya membantu melembabkan, melembutkan, dan menghaluskan kulit.
Digunakan dalam: pelembap, losyen rambut,perawatan kulit kepala,syampu.

BOTOX
  • Merupakan protein kompleks yang terhasil dari bakteria Clostridium Botulinum.
Botox dipakai untuk menghilangkan kedut di wajah.
Botox  menggunakan serum albumin (manusia dan haiwan) sebagai bahan pelarutnya.

ni copy paste dari sini..bukan sahaja bahaya untuk kulit tapi jugak xhalal.aduh..obses sangat nk cantik ni lah hasilnya. da org kata kecantikan bermula dari dalam.maksudnya kena makan dengan betul, kena jaga kesihatan dengan betul dan ambil vitamin suma tu. da pulak kata xleh sesukahati je main guna sebarang produk utk kecantikan.yang murah xbagus. kena yang mahal mahal dan kena pakai set lengkap. aku pulak walaupun dah berumur 28; agak tua untuk belajar dan tau pasal regim kecantikan ni; tibai je. selalunya terpengaruh dengan iklan dan info kebaikan di pek produk..anda bagaimana?

Tuesday, March 27, 2012

kalsium oh kalsium..

Assalamualaikum..

Tersentap tiba2 especially bila terbaca satu article dlm majalah wanita pasal keperluan kalsium. macam ditujukan khas buat tatapan aku pun da jgk rasaya.huhuhuhu.bukan tersentap sbb apa. tersentap sbb membaca kenyataan tentang bahaya kekurangan kalsium utk badan. memangla tau penyakit osteoporosis tu berkait rapat dgn kekurangan kalsium. tp bukan tu je.byk lagi 'penyakit' sebab kekurangan kalsium. memang menggerunkan especially bagi org yg lansung x consume susu cam aku!

rasanya suma org tau kelebihan dan kepentingan susu tapi entah mengapa aku memang xleh minum susu. dari sekolah rendah lagi.klu susu cair bolehla tu pun klu dibuat kek,kuih.klu air bandung memang xminum jgk sebab tekak ni ha,rasa susu memang xleh terima. tapi susu selain susu segar dan susu debu xde khasiat ye.keperluan kemuncak kalsium adalah ketika mengandung dan menyusukan bayi selain org tua. di ulangi semula, menyusukan bayi! oh tidak..dulu masa mengandung dh 9bulan badan xcukup kalsium pastu ni smbung lg utk 2tahun..[insyaAllah..skrg officially setahun 2 bulan dh BF]. masa preggy dulu stap kali buat check up kena berleter dgn nurse n doc sbb xminum susu. susu adalah sumber utama kalsium ok. aku pulak setitik susu pn xminum. penah jgk tanya doc da tak produk lain yg boleh ganti susu. jawapan doc xde. sumber lain da cam ikan, sayur, buah tp kandungan kalsium dlm susu adalah yg terbanyak dan terbagus serta mudah diserap oleh badan.

Lebih teruk lagi klu kurang kalsium masa preggy mudah la cramp anggota badan. dan utk org biasa kalau xcukup sumber kalsium boleh jadi sawan dan kekejangan yg menyebabkan strok. alamak! bahayanya. masa prgnt ank kedua memang selalu sgt kena cramp kaki. sakitnya masyaAllah memang xterkata. takde ubat pulak tu. satu cara ialah kena byk minum susu n makan makanan sumber kalsium..gigi aku rapuh. kalsium ni plk kalau ambil melalui makanan badan susah nk serap. kena pulak da vitamin D sbg agen penyerap n proses ni jadi makin susah bila badan consume kafein. malah,kafein boleh menghapuskan kalsium dlm tulang. adoi..dahla xminum susu pastu air pilihan dirumah suma berasaskan kafein. xnescafe, mesti teh. setiap hari 2,3cawan jugak kot consume kafein. ke lebih? so, cane ni??

Menurut doc dalam artikel tu, dalam sehari sebaik2 nya sumber kalsium diambil dalam 3,4 hidangan yg pelbagai. plus kena da susu.kat umah ni toksahkan kata susu, sayur pn seminggu sekali xde dalam menu sebab huby xsuka makan sayur jadi aku malas nk beli sayur pastu terkulai layu dan lastly dibuang dlm tong sampah. kalau masak pun xpenah abis. aku ni suka jugakla makan sayur dan ikan tapi kalau sorang je yg makan memang apa2pun xberbaloi utk dimasak. tapi kena cuba jgk masukkan ikan dalam menu setiap hari mulai sekarang.

Aimy baru tumbuh gigi susunya yg pertama. tiba tiba terfikir mungkin akulah punca tulang dia tak berkembang dgn sepatutnya. sebab dia pun kekurangan sumber kalsium dari susu badan yg diminumnya..logik ke begitu? lupa plk nk tanya doc.. 

Saturday, March 17, 2012

Lemah Daya Ingatan

Assalamualaikum..

One of my besties alwz says that i tent to forget about other's ppl easily. their name, their face n their secret. that 4 sure la.huhuh. including about me myself! haiyak..dulu,bila jas ckp camtu aku cam owh,ok.yeke? pastu tiba2 cam perasan..betul jgk pa yg jas ckp. supported by few insiden yg xdisengajakan berlaku.

insiden 1:hari tu umh arwah nenek, da la sorang ni senyum2 kat aku. pastu tiba2 plk blh tegur n berbual2 dgn aku cam dh lama kenal. aku layankan je. wpun aku mati2 xkenal siapakah dia ni yg tau nama aku n berbual begitu mesra dgn aku. bercakap cam teman rapt persisnya.mmg dh abis fikir still jgk xtau sape. selidik punya selidik upanya clsmet time sek men dulu. masyaAllah..boleh plk aku lupa! pastu dia blh plk tya maria xkenal sy ke? mgkin dia tgk aku cam ragu2 kot. maluuuuuu..mmg xkenal tp mengaku kenal.

insiden 2: di majlis yg sama. da la plk sorang perempuan ni duk senyum2 n duk ckp dgn mak dia kot sambil tunjuk2 kt aku. myb dia ckp tntang ank aku kot. fikir dlm hati. pastu tiba2 dtg bersalam n peluk aku. aih..siapa plk ni?? smpai peluk2 ni?? mgkin dia jgk perasan dgn tindakbalas reflek aku yg agak xberapa nk mesra maka dia pun perkenalkanlah diri. ank sepupu aku rupanya. yg dulu sgt mesra duk berbual bila pergi umah katanya. ya Allah..apela aku ni..

insiden 3: masa majlis kawen aku. yg ni agak lama ckt la. tp agak kritikal bg aku..normal la bla org pergi umh org kwen nk tgk pengantin, nk tgk pelamin, nk tgk bilik pengantin kan..pastu, time aku duk kalut bersiap2 suma,dtgla sorang 'makcik' ni. so,ckp2 la.. pastu dia tanya,kenal x? cam biasa la aku mesti bt muka blur, tilik2 ckt muka 'makcik ' tu tp mmg xkenal. mmg xpnh tgk kot..'makcik' tu tanya,yeke xkenal? mmg xkenal la makcik. "astaghfirullahala'zim.." makcik tu plk yg mengucap pnjg. patutnya aku la kan. tau dia sapa?dia guru aku masa sekolah rendah.."astaghfirullahala'zim.." giliran aku plk mengucap pnjang.mmg xingat lansung ok!

Byk lagi la klu nk state satu2 kt ruangan ni evidence2 psl masalah lemah daya ingatan aku ni. mmg teruk betulkan?? memalukan diri sdri pn da jgk. byk kali dh kot berlaku yg org duk senyum2 n sapa aku bla berjalan pastu blh plk aku bt muka selamba n blh blah sbb xtau sapa. siap fikir slh org kot..aduhai..ni bkn skrg je,setahun 2 ni je dh lama dh..sejak dip lg. cuma skrg br perasan or for exact mengakui hakikat itu. selalu jgk bla kwn2 bercerita psl sumtin pastu aku mrh2 ckp xpenah cite pn..pastu giliran aku plk kn mrh balik dgn kwn sbb dh lupa suma yg dia penah cite sblum ni..cam xguna je dorang cta n share mcm2 pastu aku lupa. 

Tuesday, March 13, 2012

entry rojak

Assalamualaikum..

hehe..jom mata mata jap. ni cream puff. cantik tak? ni feberet aku nih..mmg terbaik dr ladang la kuih ni. erk..ni bukan yg aku buat ok.atleast lom lagi. insyaAllah nanti. for exact,xtau bila. ni pic dr google je..dh lama duk belek2 resepi nk buat cream puff yg sedap ni tp cam xberapa confident menjadi. bahan ckt je cuma teknik tu yg da ssh ckt. kot..huhuhuh. pernyataan kurang pasti ni..nk kena guna aluminium foil la, kena bkr suhu tgi pastu turun ke suhu rendah la..aku plk xberapa master lg bab2 guna oven ni..takut nanti salah teknik lain plk hasilnya. xsempat lg nk study ragam oven aku tu. yang pas bt biskut n buat puding roti sx hr tu. buat kek [yang ni mmg salu fail sjk dulu lg] hahaha. buat kek tu mmg xberapa nk menjadi dgn jayanya lagi xtau salah katne.salah guna oven ke salah teknik ke..ni yg malas ni.hahahaha

Sebelum ni aku peminat setia begedil. mmg sedapla xkira bila2 masa je. kat sarawak dulu belambak je jual tp bila balik ke sini mmg xpenah lg jumpa. adui,tiba2 rindu swk..byk makanan yg jadi kegemaran time disana xleh dijumpai bila balik cni. stress plk kdg2.hahaha. so,cari2 resepi pastu bt sdri. xsama la rasa. tp trus bt jgk sbb rs tringin nk makan kan..xtau salah n silap dimana. trus jadi xbest dh kuih tu. huhuh. kesian kan? asal aku buat je mesti trus jadi rasa lain n trus dh jadi xsuka makanan tu. ni aku malas nk try skill masak aku ni. alasan! semangat skrg nk buat cream puff yg meletup ni tp..hm..sedih tau bila dh buat ikut sukatan, ikut step2 dgn teliti pastu tiba2 hasilnya xberapa nk memuaskan. mmg tangan kejung betul la aku ni..kan best klu kedai kat bawah ni da jual kuih ni. beli lg sonang. haha.

Orang kata gaya penulisan seseorang tu blh tunjuk perangai sebenar mereka. cam jgk la gaya kita post kt fb,twitter suma tu. da org guna suma media sosial ni semata2 untuk luah segala macam perasaan or 'lapor' pa yg berlaku kt diri sendiri. tgh hepi ke, sedih ke, marah ke..hak milik peribadi kan. bagi aku xkesahla nk post or nk publish pa, meracau ke, meroyan ke..yang baik kita jadikan pedoman yg xberapa nk baik plk klu xsuka xyah la nk hentam2 or cakap ntah pa2 la, xreti malu la kt dia cukup sekadar ignore je. xpun ckp la baik2..

memang da org begitu.yela.xsuma org cam kita kan..kdg2 aku nk marah jgk kat org yg kononya xreti bahasa. pastu terfikir balik dia mgkin xfikir cam aku fikir. mgkin bg dia biasa saje menghentam org guna laman sosial tp bg aku xbaik. satu benda yg pasti, kita xboleh nk kawal pa org fikir tentang diri kita. pa yg baik n bagus bagi kita xsemestinya baik dimata org lain..manusia rambut sama hitam hati lain2..normal la tu.

Aku memang sensitif. klu boleh aku nak suma org suka aku. sayang aku. bila da org ejek, mengata or marah aku, trus aku jadi down. sedih dan menyalahkan diri sdri. mesti rasa bersalah gila2 n sedih sampai berhari2. kat umah kena tegur ckt je dgn ayah trus menangis. lagi2 klu benda tu benda yg bagi aku xpatut kena tegur. sama la jgk dgn kawan2. klu da yg trasa ati dgn aku mesti aku akan sedih dan sedaya upaya membetulkan keadaan. xsuka bermuram durja dan bermasam muka dgn kwn2. human tend to remember da bad thing of others than a good one. tu yg susah..so, sesapa, minta maaf ye klu da post yg selama ni mengganggu emosi anda. org byk ckp mmg byk bt kesalahan..xsedar tu..

Monday, February 27, 2012

lawatan ke klinik ibu dan anak

Assalamualaikum..post kali ni nk cite or membebel pasal adik@aimy je..hopefully blh melepaskan rasa stress yg sdg bersarang dihati..

adik hr ni genap berumur setahun sebulan 1hari.hehe. hr ni pergi klinik utk makan ubt cacing je. timbang berat dan ukur badan. normal la. formaliti biasa stap kali g klinik. perkembangan adik di umur 13bulan.. mak kata adik suma lambat. smpai skrg gigi sebatang pun lom tumbuh. tp bg aku xde hal la. lmbat tumbuh lmbatla rosak. jalan pun lom boleh lg. tapi berdiri dr 8bulan lg dah boleh cuma smpai skrg xleh jln lg. 2,3langkah dh boleh la cuma nya klu betul2 jln mmg xleh lg. ramai kata dia malas or takut nk cuba melangkah. lepas melangkah 2,3langkah pasti xnk bangun lg..mulut plk bising.tp bahasa baby la.klu pun yg dpt faham adalah 'tatak' means kakak n baba..lg satu, nak..overall,walaupun macam lambat dpt jalan,cakap tp aku xberapa kesah pun sbb so far aku tgk ok je pun.dh boleh susun2 cube, dh boleh pegang cawan n sudu utk minum sdri n klu suruh pa2 dia faham. jnji sihat dan aktif.

Tapi tetiba hati jadi sgt runsing dan bimbang.. sbb tadi nurse suh refer ke dentist. nurse kata prosedur skrg baby umur 6bulan klu lum tumbuh gigi dh perlu refer ke dentist. so,kami bwk g dentist. xleh tgk pun gusi adik cane sbb biasala budak2. mana dia nk org nk main mulut dia. doc kata gigi dia mmg agak lmbat tumbuh dgn umur skrg. tp dia suh tunggu 3,4bulan lg klu tak tumbuh2 lg kena plk refer dgn pakar. aduh,dh mula rs lain. doc kata xperlu bimbang sbb mmg da bdk yg lamabt tumbuh giginya tp pemeriksaan doc adalah perlu utk melihat kalau2 da masalah lain.tang lain tu yg buat aku susah ati..

Skrg ni macam2 hal. sejak awak prgnt smpaila adik dh 13bulan ni rasanya dh berpuluh2 kali kena refer dgn doc atas pelbagai sebab. dulu time kakak xde lnsunmg kena jumpa doc. muka doc pn xpenah tahu. skrg ni dh jd besfren dgn doc. kt kelantan ni mmg rigid ckt. da masalah ckt trus kena refer doc. suma refer doc la pendek kata. nurse kata KKM skrg mmg sgt prihatin dgn kelahiran setiap anak. semuanya dipantau dgn rapi..ntahla.tp sbg ibu,mmg akan susah ati sbb kes2 yg berat je salunya kena refer doc n pakar..

Berdoa dan berharap agar adik cpt2 tumbuh gigi, boleh bercakap dan boleh berjalan..

Thursday, February 16, 2012

Nak tau org tu cane, tgk rest room dia..


Assalamualaikum..

hehe.setelah sekian lama kini aku kembali.. bla dh dtg masa xde idea mmg xde la!huh. mrh dgn diri sdri..
salu kan org kata kalau kita nk tau org tu pembersih ke tak tgk bilik air kt umh dia..nape mesti bilik air? ntah.xtau plk aku. bg aku klu la org tu mmg pengotor kt mana2 pn area kt rumah dia mesti xkemas. xyah smpai nk g terjah ke biilk air kot..aku xberapa stuju dgn cara tu.or kita patut tukar tgk dapur dia. dapur tmpat memasak. biasa la kot klu terpercik minyak ke dinding ke, pinggan mangkuk belonggok ke, lantai kotor ke..sbb stap hr guna n pastinya cpt kotor kan. rasanya bgus lg tgk dapur tgk bilik air. untung2 blh trus ngap pa yg da.hehehe.gelojoh n xtau malu plk peelnya..dapur aku pn bkn stiasa berkilat.kdg2 tu pas masak bia je kuali kt sinki. dgn alasan 'rendamla dulu bia sng nk basuh'..nama pn alasan kan..lagipun tetamu jrg nk jengok ke dapur unless la mmg kwn rapat n ahli kuaga. sbb tu kita cam rs xpela,nanti2 je basuh.nanti2 mop lantai. dapur org melayu ni lagila.stap hr menulis,menumbuk, menggoreng..mmg confirm berminyak ctu cni.

Or,aku patut kata klu nk tau da real color sgt2 tu buat je lawatan mengejut.hahaha.ha,baru btul2 tau! biasa la klu org nk dtg kt akn kemaskan umh cntik2..especially living room la.bilik air pn org akn cuci bersih2 dh skrg ni sbb dh byk sgt iklan ckp org salu g 'check' bilik air.. jangan2.silap2 haribulan kena halau dgn tuan tanah n tuan rumah.ehe..penah jgk terkena kt batang idung sdri.da tetamu tetiba dtg bertandang. umh punyala cam tongkang pecah. pastu tgh mkn nasi n telur goreng plk tu.nampak sgt malas nk masak. kan? huhuh..terkejut punya pasal last2 ckp kt muka pintu je n kata tgh mkn.org tu pn balik la.konon nya xnak kacau org tgh mkn la.pastu bru sedar kejam nya bt org camtu..

Sambung ckt cite psl dapur tadi.da makcik aku sorg ni. dia peniaga makanan. mmg akan da pegawai kesihatan yg akn dtg konon2 nk mkn kt kedai dia few times a year.pastu buat2 nk basuh tangan kt dapur. m.cik aku ckp,mmg gtu la salu2nya pn.dlm byk2 tempat dorang ni mmg akn g dapur. bilik air tu mmg dh tentu2 n pastinya mmg stiasa bersih dan berkilat gtu..klu tak mmg jd kes la..

Ok. klu bagi aku pulak, xyah la cek bilik air ke, dapur ke tgk je ruang tamu n kawasan lua umah pn dh cukup. umah aku mmg jrg kot tersusun rapi.mmg bersepah je salu.biasala da anak kecik. simpan 5min 5 min jap lg bersepah balik..nk larang pn xguna. alasan jgk la..honestly ok.kdg2 rs nk mrh2 je bdk 2 org ni.sbb suka sepahkan umah.tp nk bt cane kan.nama pn budak2..dulu time berdua pn umh xdela kemas sgt sbb bapak bdk pn cam bdk kecik jgk.klu ank2 xsepahkan umah bapak plk take over..

note: xmudah jgk sbnrnya jadi ibu n isteri ni..xkerja pn rasa xmenang tangan lg kan plk ibu2 bekerja..mesti double 'prosperity' kan?