adik dan kakak

Sunday, December 2, 2012

Jalan penuh liku

Bismillahirrahmanirrahim..

Benarlah jalan kebaikan itu banyak halangan dan cabarannya. benarlah juga jalan menuju syurga itu penuh ranjau dan duri serta tidak mudah. Nak menjadi muslim yg baik juga banyak dugaannya. nak berunah ke arah kebaikan pun sangat banyak cubaannya. banyak penghalangnya. apatah lagi untuk istiqamah dalam kebaikan..

Kenapa begitu? kenapa sukar untuk berada dilandasan Ilahi? kerana syurga itu terlalu indah dan cukup istimewa. bukankah benda yg sangat manis itu selalunya susah untuk dimiliki? dan bukankah ganjaran yg hebat itu patut untuk sesuatu yg memang sangat sukar untuk diperolehi?

Begitulah hidup. banyak masalah, banyak dugaan dan cabaran.. Banyak benda yg sangat manis didunia tapi balasannya sangat pahit 'disana'. kebanyakan kita memang suka memilih sesuatu yg manisnya 'disini' berbanding yang manisnya 'disana'; termasuk aku..

Sungguh..hidup itu tidak mudah. hidup itu tidak pernah sunyi dengan dugaan.. dugaan bukan hanya rencah hidup semata tapi untuk menguji keimanan dan untuk membuat pilihan dimana jalan kebenaran.. dengan ujian kita sedar diri, kita kembali pada azali, kita beroleh kebahagiaan.. paling utama ujian itu pastinya untuk mendekatkan diri kepada Allah.. adakala terasa dugaan yg menimpa terlalu berat tidak tertanggung. mungkin perasaan semata. hakikatnya mungkin diri sebenarnya jauh dari Allah.. lalai dalam mengingati Allah..

*bersama muhasabah diri dan memperbaiki diri

0 comments: