adik dan kakak

Wednesday, March 3, 2010

Stress Membuat Kita Laju Buat Kerja


Stress kerja kita boleh atasi, jika kita memfokus pada proses menyiapkan kerja dan penyempurnaan kerja. Stress kerja biasanya datang apabila tugasan berlambak dan Anda hanya diberi masa yang singkat untuk memastikan ia siap.

Ada lagi sumber stress yang lain, namun kali ni biar kita berbicara stress kerja yang datang dari kerja. Itu soal kerja. Soal lain, perangai kengawan ditempat kerja. Ada kawan sekerja yang OK, ada yang tak OK.

Ada yang beri semangat, ada yang meruntuhkan semangat mahupun merapuhkan semangat. Kat mana-mana tempat kerja, politik pejabat atau politik dalaman memang sentiasa ada.

Anda tak akan dapat mengelak. Stress kerja tak dapat dielak. Stress dalam kerjaya Anda perlu difahami kemudian Anda kena sesuaikan diri dengannya.

Dari aspek lain, stress membuat kita laju buat kerja. Terasa macam dicabar-cabar kita punya skill, kita punya energi. Siapa yang tak panas bila dicabar, ye tak?

Tapi tak semua orang ada kapasiti camtu. Tak semua orang yang bekerja melihat stress sebagai sesuatu yang positif, bahkan melihat

stress sebagai sesuatu yang membuat mereka tertekan, tak gembira, murung dan berduka. Anda kena faham.

Stress terpulang pada Anda sebenarnya, cara nak mengurus, cara nak handle. Paling penting, stress boleh diurus bila Anda tahu apa

yang boleh membuat Anda gembira dan Anda tahu apa yang boleh membuat Anda dapat menikmati rasa tenang. Dari layan stress, baik layan something yang boleh buat Anda hepi.

Mulai hari ini, elak dari menangani stress. Elak le seboleh yang mungkin.

Selepas itu, fokuslah usaha pada membina ketenangan, menikmati ketenangan dan menghampirkan diri pada ketenangan. Start dari situ, barulah kita ada seronok buat kerja!


dipetik dr iMotivasi.com

0 comments: