adik dan kakak

Friday, April 5, 2013

Bila Sedih..

Assalamualaikum..

Setiap orang pasti da masalah. xde sesiapa pun yg xde masalah kat dunia ni kot. cuma, bezanya besar kecil dan bagaimana kita melihat masalah tu.. saya percaya setiap org da cara tersendiri nk memotivasikan diri bila jiwa sangat sedih.

As for me, kalau sangat sedih saya rasa kita xpatut dengar atau layan sangat apa2 lagu dan drama di TV. Pernah dengar org kata time gembira kita hayati melodi lagu tu tapi bila sedih kita hayati lirik lagu.. bahaya ni. kalau terbawa2 sangat dengan lirik dan jalan cerita kat Tv, takut nanti kita tersalah langkah. pastu asyik nk marah je sebab terikut ikut sgt dgn emosi dlm lagu..

Kalau boleh janganlah share dengan sesiapa pun masalah kita. kadang2 ya, kawan membantu kalau jumpa yg memahami dan berfikir mengikut acuan yg Islam ajar tapi xramai kot yg begitu.. rata2 org akan memberi cadangan berpaksikan logik akal, perasaan marah, simpati, kesian.. kadang2 yg baik jadi buruk dan meyebabkan bebanan perasaan jadi makin teruk. cite kat org, yes, memang akan rasa lega tapi pastu mesti menyesal.itu saya la..

Da seorang ustazah@ a.k.a kakak pernah nasihat kat saya, dia kata, masalah kita org luar sebenarnya xtahu situasi sebenar. mereka beri solution mengikut kesesuaian pemikiran mereka. situasi dan keadaan sebenar kita je yg tau.. dulu rasa xberapa setuju, tapi fikir2 memang betul. boleh jugak kot nk share dgn someone tapi make sure org tu memang layak dan boleh dipercayai sepenuhnya. bimbang jadi fitnah pulak nanti kan..

bila sedih sangat jangan fikir suma yg berlaku tu musibah or jangan fikir kesalahan org kat kita. fikir, suma tu dari Allah. Allah xkan bagi kita masalah melebihi kemampuan kita untuk tanggung. kena fikir Allah bagi mesti bersebab dan pasti utk kebaikan kita. org kata, suma da hikmah. hikmah ni kalau kita xredha dan ikhlas dlm menerima kesedihan tu memang Allah xtunjuk dan hati xtenang walaupun hakikatnyaa memang da. ha, yg ni memang part yg paling susah maut kot.

The best thing to do is, jalan yg paling mudah dan berkesan bila ditimpa masalah dan sedih giler, kembalilah pada Allah.. tu je kot ubat yg paling mujarab. kena sabar, ikhlas, redha dan yakin kat Allah.. nampak simple tapi susah kot. hmm.. bukankah Allah kata, "bila sedih mintalah kepadaKu dengan solat dan sabar". dan, "hanya dengan mengiganti Allah hati jadi tenang".


Thursday, April 4, 2013

Demam Pilihanraya bermula..

Assalamualaikum..

Sekarang ni suma orang heboh pasal pilihanraya..kat fb tu boleh dikatakan majoriti post pasal pilihanraya dan parlimen baru nanti. secara peribadi, saya memang sejak dulu xminat dengan dunia politik. kalau boleh xnak tau apa2 pun pasal politik. melihat dan bercakap melaui pengalaman, politik suatu yg menakutkan dan mengerikan. boleh buat org pecah belah, bergaduh, bermasam muka dan sbg nya..pendek kata politik ni bagi saya banyak buruk dari baik. dari konteks mata seorang remaja biasa la..ironi nya kat U ambik jurusan politik. agak lawak jugakla. rasa nk termuntah belajar, ingat, hafal, faham dan hadam segala macam benda berkaitan politik.hehe..

Sebenarnya, sejak kecil sampai sekarang keadaan politik kampung masih begitu.. menyedihkan. bayangkan, da orang yg melabelkan masjid pun mengikut fahaman politik. macam masjid ni hanya org dari parti ni je yg datang solat. imam pun kena dari fahaman parti yg sama. pastu, da pulak tu buat tahlil arwah utk ahli keluarga pun ajak dari kalangan fahaman politik yg sama je sampaikan org sebelah rumah pun xdi jemput semata mata sebab berlainan fahaman politik..extremist sangat. kalau kat kedai kopi tu memang xpayah cerita la.. 

Bercerita tentang pilihanraya nanti ni, saya agak teruja la coz ni kali pertama nk g ngundi. insyaAllah..tapi melihatkan post2 yg pelbagai di fb memang agak menakutkan. saya melihat ramai dikalangan remaja kurang menyokong kerajaan. kalau bercakap dengan remaja kelantan memang xpelikla kebanyakan dorang pilih parti pembangkang, tapi bagaimana pula dengan majoriti remaja dan pelajar U khususnya yg xsokong kerajaan?

Pernah bercakap2 kosong dengan adik dan beberapa rakannya berkenaan politik. saya tanya kenapa macam xsuka kerajaan? dorang kata bukan xsuka parti tapi xsuka cara pembawakan certain2 ahli parti tu. saya kata itu xadil, duit biasiswa, baju raya, duit BRIM suma yg kerajaan beri korang ambik tapi xnak pilih kerajaan sbg pemerintah.. dorang jawab kan ke kita neraga demokrasi..hm..

Saya bukanlah penyokong kuat mana2 parti pun dan kalau boleh memang xnak ambik kesah lansung pasal mengundi suma ni tapi sebagai rakyat Malaysia saya cuma nk yg terbaik untuk negara. pendek kata, setiap parti da baik dan buruk. suma xsempurna.. so, buat la pilihan yg boleh mendatangkan lebih banyak manfaat walaupun da benda yg memang kita xsetuju dengan sesuatu parti tu.. jadilah pengundi yang bijak..heheh

Thursday, December 6, 2012

i've learned da lesson

Bismillahirrahmanirrahim..

Walaupun dah beberapa kali kena tapi masih jugak gatal dan degil. nah, ambik u! sebagai pengajaran sampai bila2.. uhuk.. marah dengan diri sendiri.. bermain dengan teknologi memang kalau tak dikawal merana diri. memakan diri dan menghabiskan wang. part menghabiskan wang memang terasa amat memeritkan. berbelanja pada sesuatu yang kita memang nak dan suka, mungkin biasa tapi bayar untuk sesuatu yg kita memang xnak semestinya terasa getir. tak gitu? i've learned da lesson.

Begitulah bila bermain dengan Lelong.com. banyak kali dah kena tapi masih jugak degil dan gatal tangan membida sesuka hati kan. so, natijahnya telan la sendiri..besar punya icon sedih aku bagi! dah banyak kali saje suka2 nak tengok berapa orang sanggup bida tetiba orang tu stop. konon nak main2 last2  diri sendiri yang kena main. kadanag2 pulak tu, xleh nk berhenti dari membida walaupun harga dah tinggi. jadi cam xsedar. last2 bila sedar dah menang baru terasa menyesal sbb bidaan jauh tersasar dari bajet. uwa...xsuka, xsuka, xsuka!

Banyak kali jgk berlaku tengok harga murah saje2 la bid padahal sedang bid brg yg sama dengan harga lain. last2 22 u are da highest bidder! hahaha. tergelak dalam tangis la tu. so, terpaksala bayar utk benda yg sama 2 kali. sangat xcerdik ok!

Pasni memang kena betul2 fikir before bidding. kalau memang betul2 nak pun kena tengok jgk harga bidaan terkini. xperlu kot nk belanja mahal walhal benda tu setiap hari keluar. aku penah beli jam harga rm1 je. nasib la xde org bid. tp poslaju rm12.. satu yg xbest kat lelong ni diorang punya polisi barang akan di deliver dlm ms seminggu. memang jarang seller yg akan trus post out items directly pas buat payment. dhla kos pos mahal lambat plk tu. cuma tula. bestnya kalau bernasib baik mmg dpt brg harga serendah RM1. brg standard pasar mlm je kot. tp ok la.. kalau aku ni doktor ke, anak menteri ke logikla xshopping kat lelong ni. hehe..

*uhuk uhuk..pasni xleh dah nk main klik sesukahati je. walaupun xmahal syg duit oi. cam buang tgh jln je rasa..

Sunday, December 2, 2012

Jalan penuh liku

Bismillahirrahmanirrahim..

Benarlah jalan kebaikan itu banyak halangan dan cabarannya. benarlah juga jalan menuju syurga itu penuh ranjau dan duri serta tidak mudah. Nak menjadi muslim yg baik juga banyak dugaannya. nak berunah ke arah kebaikan pun sangat banyak cubaannya. banyak penghalangnya. apatah lagi untuk istiqamah dalam kebaikan..

Kenapa begitu? kenapa sukar untuk berada dilandasan Ilahi? kerana syurga itu terlalu indah dan cukup istimewa. bukankah benda yg sangat manis itu selalunya susah untuk dimiliki? dan bukankah ganjaran yg hebat itu patut untuk sesuatu yg memang sangat sukar untuk diperolehi?

Begitulah hidup. banyak masalah, banyak dugaan dan cabaran.. Banyak benda yg sangat manis didunia tapi balasannya sangat pahit 'disana'. kebanyakan kita memang suka memilih sesuatu yg manisnya 'disini' berbanding yang manisnya 'disana'; termasuk aku..

Sungguh..hidup itu tidak mudah. hidup itu tidak pernah sunyi dengan dugaan.. dugaan bukan hanya rencah hidup semata tapi untuk menguji keimanan dan untuk membuat pilihan dimana jalan kebenaran.. dengan ujian kita sedar diri, kita kembali pada azali, kita beroleh kebahagiaan.. paling utama ujian itu pastinya untuk mendekatkan diri kepada Allah.. adakala terasa dugaan yg menimpa terlalu berat tidak tertanggung. mungkin perasaan semata. hakikatnya mungkin diri sebenarnya jauh dari Allah.. lalai dalam mengingati Allah..

*bersama muhasabah diri dan memperbaiki diri

Monday, November 26, 2012

projek ptg hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya jugak buat cream puff. excited ok! sbb cubaan pertama dan berjaya! cam xpercaya pun da jugak sbb selalunya tangan kejung aku ni bila buat sesuatu jarang nk menjadi pada percubaan kali pertama. contohnya kek. bukan cubaan pertama lagi. cubaan ke 20 pun still fail..

Nak kata perfect tu xla sangat tapi ini dah cukup bagus untuk 1st timer. aku puas ati! tq sangat2 kat empunya blog cik epal yg aku cilok resepi tu. senang je pun nk buat benda alah ni. rajin n malas jela lagi.hehee.. patutla harga bukan main mahal org jual. guna byk telur upanya. tadi guna secawan je tepung tapi guna 4biji telur. filling dia lg.. guna telur jgk.


Sekarang ni teringin benar nk makan pavlova pulak. ni gara2 tengok mastercheff smlm la ni. bermacam2 jenis pavlova dorang buat. terliurnya.. aku xpenah lagi merasa pavlova ni. xsure la kat mana da jual benda ni kat kelantan. klu bakery biasa memang sah la xde. cheese kek pun kena cari area kb baru da. dah cari resepi. nampak cam mudah. nantila bila da mood try buat pavlova pulak..

 tadaa..ni la rupa cream puff aku yg xdela cantik sangat tapi ok la..

Thursday, November 8, 2012

memang selalu begitu!

Bismillahirahmanirrahim..

Ya. aku memang mudah mesra dengan orang. peramah dan banyak cakap. sangat kot. lagi OK kalau orang tu pun mesra alam.. yg senang nk mesra dengan orang lain jugak. makin menjadi jadi la mesra aku. meeting new people n make new friends sometimes is not easy. maklumla belum kenal. nak cakap pun xde 'isu' sangat. tapi, since kita hidup bermasyarakat nak xnak kita akan jumpa dengan ramai orang dalam hidup kita. mungkin new neighbors,  new colleagues, new friends..

Walaupun aku dalam kategori yg sangat mesra alam kadang2 nak mulakan persabatan dengan orang yg baru berjumpa agak susah jugak. lum tahu perangai dan rentak mereka bagaimana. aku kalau org tu boleh dibawa berbual then mmg trus jadi kawan baik la.konon je tu..tapi kalau org tu jenis yg 'xde mulut' or pendiam agak lambatla sikit aku pun nk mesra.. tengok keadaan.

kdg2 da sesetengah orang pandang org lain dgn sebelah mata je. kawan dgn org sama level je.. sama taraf sosial dan kelompoknya saje. kalau jumpa org yg camni mmg sukar ckt nk mulakan persahabartan. Kadang2 pulak aku yg rasa rendah diri dan mengasingkan diri sendiri sebab rasa tak setaraf dgn dorang.

Ala, panjang lebar pulak dah.. sebenarnya nk cerita yg aku bila jumpa orang baru selalu gelabah dan cakap sangat jujur tanpa berfikir. salu nya aku akan jadi sangat lurus bendul. sbb nak suh nampak mesra plus nk suh dorang selesa. atau aku yg xselesa. kot. hehe.. salunya akan menyesal sbb 'terlanjur kata' dan terlalu jujur bila bercakap. kadang2 tu benda yg xperlu pun orang tahu jadi suma tahu. memang selalu begitu!

Salunya bila orang tanya pa2 mesti aku akan terjawab spontan je tanpa fikir dulu. contohnya org tya, nape xpegi wedding i hari tu? katakan huby aku xingat nk gtau aku, mesti aku jawab, eh, xde pun huby gtau.. bunyi cam nk aibkan suami sendiri tapi bukan niat camtu! ni la masalah bila meeting new fren! jadi terlebih jujur! grrr..


Friday, November 2, 2012

Dalam dilemma

Assalamualaikum...

Setiap kali nak beli hadiah beginila jadinya..boleh sakit2 kepala dibuatnya. nampak simple tapi susah jugak sebenarnya nak cari hadiah yang sesuai ni. sesuai dengan occasion, sesuai dengan kesukaan orang yg kita nk bagi hadiah tu dan sesuai dengan bajet. off course!

I hate it when people doesn't appreciate or dislike my present to them.. kita kalau boleh nk orang yg dikasi hadiah tu guna dan jaga elok2 papun yg diberi kan? org kata bagi la papun janji ikhlas. kalau ikhlas tapi xde kegunaan utk org tu xguna jgk kan? eh,takkan nk tanya kot nak bagi pa utk wedding/ anniversary/ birthdayy ko nanti? hehe

So,here the problem arise..again i bet..bulan ni da a few besties yg nak kawen..argh!!! tension pikir nak bagi hadiah pa yg paling ok n pengantin suka. da a few choices dalam pikiran ni tp again, xtau which one is da best..ish, dalam dilemma sungguh!