adik dan kakak

Monday, November 26, 2012

projek ptg hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya jugak buat cream puff. excited ok! sbb cubaan pertama dan berjaya! cam xpercaya pun da jugak sbb selalunya tangan kejung aku ni bila buat sesuatu jarang nk menjadi pada percubaan kali pertama. contohnya kek. bukan cubaan pertama lagi. cubaan ke 20 pun still fail..

Nak kata perfect tu xla sangat tapi ini dah cukup bagus untuk 1st timer. aku puas ati! tq sangat2 kat empunya blog cik epal yg aku cilok resepi tu. senang je pun nk buat benda alah ni. rajin n malas jela lagi.hehee.. patutla harga bukan main mahal org jual. guna byk telur upanya. tadi guna secawan je tepung tapi guna 4biji telur. filling dia lg.. guna telur jgk.


Sekarang ni teringin benar nk makan pavlova pulak. ni gara2 tengok mastercheff smlm la ni. bermacam2 jenis pavlova dorang buat. terliurnya.. aku xpenah lagi merasa pavlova ni. xsure la kat mana da jual benda ni kat kelantan. klu bakery biasa memang sah la xde. cheese kek pun kena cari area kb baru da. dah cari resepi. nampak cam mudah. nantila bila da mood try buat pavlova pulak..

 tadaa..ni la rupa cream puff aku yg xdela cantik sangat tapi ok la..

Thursday, November 8, 2012

memang selalu begitu!

Bismillahirahmanirrahim..

Ya. aku memang mudah mesra dengan orang. peramah dan banyak cakap. sangat kot. lagi OK kalau orang tu pun mesra alam.. yg senang nk mesra dengan orang lain jugak. makin menjadi jadi la mesra aku. meeting new people n make new friends sometimes is not easy. maklumla belum kenal. nak cakap pun xde 'isu' sangat. tapi, since kita hidup bermasyarakat nak xnak kita akan jumpa dengan ramai orang dalam hidup kita. mungkin new neighbors,  new colleagues, new friends..

Walaupun aku dalam kategori yg sangat mesra alam kadang2 nak mulakan persabatan dengan orang yg baru berjumpa agak susah jugak. lum tahu perangai dan rentak mereka bagaimana. aku kalau org tu boleh dibawa berbual then mmg trus jadi kawan baik la.konon je tu..tapi kalau org tu jenis yg 'xde mulut' or pendiam agak lambatla sikit aku pun nk mesra.. tengok keadaan.

kdg2 da sesetengah orang pandang org lain dgn sebelah mata je. kawan dgn org sama level je.. sama taraf sosial dan kelompoknya saje. kalau jumpa org yg camni mmg sukar ckt nk mulakan persahabartan. Kadang2 pulak aku yg rasa rendah diri dan mengasingkan diri sendiri sebab rasa tak setaraf dgn dorang.

Ala, panjang lebar pulak dah.. sebenarnya nk cerita yg aku bila jumpa orang baru selalu gelabah dan cakap sangat jujur tanpa berfikir. salu nya aku akan jadi sangat lurus bendul. sbb nak suh nampak mesra plus nk suh dorang selesa. atau aku yg xselesa. kot. hehe.. salunya akan menyesal sbb 'terlanjur kata' dan terlalu jujur bila bercakap. kadang2 tu benda yg xperlu pun orang tahu jadi suma tahu. memang selalu begitu!

Salunya bila orang tanya pa2 mesti aku akan terjawab spontan je tanpa fikir dulu. contohnya org tya, nape xpegi wedding i hari tu? katakan huby aku xingat nk gtau aku, mesti aku jawab, eh, xde pun huby gtau.. bunyi cam nk aibkan suami sendiri tapi bukan niat camtu! ni la masalah bila meeting new fren! jadi terlebih jujur! grrr..


Friday, November 2, 2012

Dalam dilemma

Assalamualaikum...

Setiap kali nak beli hadiah beginila jadinya..boleh sakit2 kepala dibuatnya. nampak simple tapi susah jugak sebenarnya nak cari hadiah yang sesuai ni. sesuai dengan occasion, sesuai dengan kesukaan orang yg kita nk bagi hadiah tu dan sesuai dengan bajet. off course!

I hate it when people doesn't appreciate or dislike my present to them.. kita kalau boleh nk orang yg dikasi hadiah tu guna dan jaga elok2 papun yg diberi kan? org kata bagi la papun janji ikhlas. kalau ikhlas tapi xde kegunaan utk org tu xguna jgk kan? eh,takkan nk tanya kot nak bagi pa utk wedding/ anniversary/ birthdayy ko nanti? hehe

So,here the problem arise..again i bet..bulan ni da a few besties yg nak kawen..argh!!! tension pikir nak bagi hadiah pa yg paling ok n pengantin suka. da a few choices dalam pikiran ni tp again, xtau which one is da best..ish, dalam dilemma sungguh!


Friday, October 12, 2012

melalut membebel di pertengahan bulan

Assalamualaikum..lama xmuncul disisni.saje.menyepi dan mencari ilham.kononla..hahahah..kadang2 bila da idea nk buat post pun kena fikir berkali2 ok ke tidak. sangat takut akan 'mencederakan' hati org lain. almaklumla setiap org da pandangan dan cara fikir yang berbeza. myb bagi kita biasa2 saje tapi tak bg orang lain..cam kita jugakla.. da seorang sahabat pernah tanya nape aku nampak cam menyembunyikan diri dan xupdate pa2 kat fb.padahal stiap hari aku da bukak benda alah tu.hehe..ni satu lagi hal. memang rasa nk update mcm2 benda kat wall tp rimas la. takut plk da yg mengata dh tua2 pun fikiran cam budak2.status ntah pa2..ni cthla..ramai yg ckp, wall aku sukahati aku la.memang. tapi dah nama status update tu untuk orang baca mestila da org yg menyampah pulak nanti. kadang2 benda baik pun kalau slh intonasi baca boleh salah faham..wah!panjang lebar muqaddimah.maklumla dh lama xde post.kuang3..

Eh,nk cite pa sebenar tadi ye?lupa lak.asyik sangat membebel ntah pa pa kan..huhuhuh.owh,nk share pasal ni. dulu, time msh jd stdn da la sorang kawan ni yg memang tersangatla menjaga kecantikan diri. obsess dgn cantik pun da jugakla. boleh kata dalam ramai2 memang dia advance la bab mekap dan barangan kecantikan diri ni. sebut je jenama pa,krim pa,produk pa suma dia tau. dia sendiri pun da berbekas2 alatan kecantikan dan alat solek sampaikan aku ni xtau pun pa benda yg dia da dan dia pakai tu. ok la.perempuan kan..mestila sentiasa nk cantik..

Cumanya agak rimas dan sedikit menjengkelkan; bahasa mudah meluat bila sepanjang masa muka nk tempek dgn kosmetik. even nk tidur pn nk cantik2. nk tidur pun nk kena pakai mekap ke? pastu tibala saat ni..saat ni dimana aku telah berkahwin dan punya 2 anak. tiba2 terkenang balik kat kawan tu. pastu rasa bersalah sebab penah rasa menyampah kat dia. sebab?

Sebabnya dia mungkin dh terbiasa nk org tengok dia sentiasa cantik xkira waktu dan ketika dan pastinya pas kawen pun dia akan terus kekal begitu. berdandan sepanjang masa even dirumah. xpayah nk practise2 or cuba2 or baru nk mula sebab dia memang dah terbiasa sejak dari zaman remaja lagi. kan ke seorang isteri wajib berdandan hanya untuk suami. even dirumah walau tak kemana? baru terfikir..kalaula aku pun cam dia jgk dulu..

Sebenanrnya memang wajib pun berhias untuk suami. dirumah sahaja dan bukan diluar. itu memang perintah Allah tapi masyarakat kita hari ni terbalik..bila kat umah mesti selekeh dan malas nk bersiap sebab bukan da sapa2 tengok pun kan. sama la cam aku. aku ni lagila. xkeja. kalau kata da kua pun pd hari2 tertentu je cam hari minggu ke, hari da pasar malam ke..time tu la baru nk pakai bedak,lipstik suma. alasan pulak xnak nanti org kata isteri xpandai jaga diri. hahaha.pandangan orang luar pulak yg penting ye?hm,memang terbalik..ingat,niat tak menghalalkan cara.

Lain perasaan dan suasananya bila usia perkahwinan makin meningkat. selain susuk tubuh yg makin berubah sebab proses mengandung dan bersalin, rupa pun dah makin berubah. dari bentuk bujur sirih dah jadi bulat,dari size s dah jadi size L. setting dh lari kata org.xbanyak sikit..percaya tak ramai dikalangan kita yg mengabaikan kecantikan diri bila dh lama kawin..kalau baru2 tu suma nk nampak cantik dan menarik tapi bila dh lama buat xkesah je..

Salah tu.patutnya makin lama kawin makin kena jaga penampilan diri sebab makin tua mestila makin xcantik kan? wrinkle 2 dh mula timbul sedangkan kat luar sana anak2 dara ramai lagi yg xkawin. yg single mingle, ygg cantik, menarik, kulit halus mulus.. patutnya kita jangan bagi peluang utk suami 'nampak' perempuan lain cantik dari kita.. betul. cinta paras rupa xkekal tapi kalau dah selekeh je, badan berbau, rambut cam kena panah petir suami nk tengok pn xde hati kan. xperlu cantik yg penting kemas. SELAIN. ye, selain budi pekerti dan akhlak yg baik la..

Cam aku sekarang la. baru sedar yang aku memang xjaga penampilan diri lansung. aku memang jenis yg sempoi dan simple. kalau keluar pn xdela berhias mana pun. alat mekap pun memang xberapa reti nk apply pun kt muka. hehe. xkeje, lagi la..budak2 U sekarang bukan cam time aku study dulu. bdk2 sekarang advance lagi pada lecturer. bergaya lebih hebat pada lecturer. sekali tengok xtau yg mana student yg mana lecturer. cantik, muda remaja, manja pulak tu..wife kt umah pulak?? hehe. nk kena tiru cara dia bergaya dan menjaga penampilan dan kecantikan diri.

Apapun, kena ingat tanpa iman, ilmu dan amal segala2nya akan musnah. jadi selain menjaga kecantikan, paling utama kena mantapkan iman dan ilmu didada. baru selamat dunia dan akhirat..


*wah! balas dendam nampak! amek kaw panjang berekar2 tanah dah post ni. ala, bukan da orang baca pun.kuikuikui..

Thursday, August 30, 2012

FB addicted @ FB berhantu??

Assalamualaikum...

Tensen den..xtahu apo nk dikato.. memang berhantu la fb ni. ke aku yg ketagih dgn benda alah ni? aih..papun option jawapan yg diberi yang pasti memang setiap hari aku kena bukak fb. satu masalah pulak kekadang sebab bila dh mengadap benda ni memang terabai sikit tugas2 hakiki.hehe. klu xbukak dalam sehari memang rasa resah gelisah cam da yang xkena je. bukan bercinta di alam maya ye. takut da pulak yg salah faham.

Aku ni pun masalah jugak. bila kat kg, atau kat luar kat tempat yg xleh nk online xpe pulak xbukak fb berminggu2. cuba kalau kat umah ni mesti kena jugak bukak walau sekejap. xde pa pun.suka2 tengfok perkembangan dan cite terkini kawan2 je. kalau diikutkan aku sendiri memang jarang sgt share pa2 status especially yg berkaitan diri sendiri. kalau da pun post sumtin mesti share2 ,link org lain je. makin ramai kwn makin segan nk post status. lagipun xsuma friendlist tu org2 yg kita memang kenal atau kawan bertepuk tampar. kawan dan kenalan 2 perkara yg berbeza.

Berbalik ke cerita asal, aku bkk fb stap hari normally nk on9 shop.usha2 barang yg berkenan dihati. da a few kedai di alam maya yg wajib dilawati setiap kali on9. hehehe. pastu dok tengok status org jela.. kadang2 rasa geram dgn diri sendiri sebab xleh nk kawal diri dari terus tercongok depan fb.xde buat papun padahal. dasyat tul penangan fb ni. tu nasib xde tagged la, twitter la klu tak, xtau la camne upa aku ni gamaknya. hahahaha

Mencelah cite lain sikit, runsing memikirkan adik aimy sebab susu dh xberapa da. nk nk kering kot. tapi dia baru setahun 7bulan dan masih kuat menyusu. susu formula pulak dia xnak. dari kecik lg ajar dia minum FM tapi dia memang xnak. berat makin susut. dh underweight dh sekarang. dh masuk line kuning. runsing giler! nasi xnak makan. fast food pun xnak. memang dia suka minum susu jela. skrg pulak susu badan dh kurang lagila kesian tengok dia. ibu2 sekelian, da ke pa2 petua atau cara nk tambahkan amt susu badan?

Tuesday, August 28, 2012

mood raya dimana2..

Assalamualaikum...

Selamat hari raya maaf zahir batin. hari ni dh raya ke 10 dh. everything back to normal again. suami dh kembali bekerja, anak dh stat sekolah aku pun dh kembali menjadi surirumah tegar kembali.erk.. pelik tapi benar. walaupun raya dh berlalu seminggu lebih tapi mood raya masih lagi menebal. rasa nk raya masih berkobar2. rasa nk ajak suami g beraya open house umah sapa2. rasa masih nk berada di kg. walaupun kg hanya sejam dari cni. boleh plk rs gtu kan? mengada2 sungguh! cam selalu raya kat kelantan ni xlebih dari 3,4hari je. pastu memang suma dh close door. xde dh org nk buat open2 house ni. so, beranganla banyak2 nk g open house sebab memang xde! istilah raya sebulan tu memang xwujud dan xkan penah wujud di kelantan ni rasanya.

Boleh tak ramadan n syawal xpayah berakhir? nonsense. tapi bagusnya kalau boleh. banyaknya pengisian bulan ramadan yang tidak wujud pada bulan2 lain. rancangan2 berkisar agama juga sangat banyak hanya pada bulan ramadan. memang suma yang berlaku dalam bulan ramadan dan syawal adalah benda2 indah belaka. yang xwujud pada bulan2 lain.

Tahun ni aku xpergi beraya mana2 pun. suami je yang terkejar2 pergi beraya sana sini tanpa kami; isteri n anak2 sebab aku sibuk kat umah. memang xde peluang lansung nk g beraya. tahun ni orang datang beraya agak ramai mungkin jgk sebab nk melawat ayah yg sakit sambil beraya. tahun ni disamping orang yg datang beraya agak ramai aku n mak xleh nk g jln raya sebab xleh nk tinggal ayah sendirian di rumah.

 Rasa nak je suh athirah ponteng sekolah. duk je umah dgn aku. lepak2 sambil makan kuih raya. sunyi sgt rasa bila athirah xde. rasa cam masih nk beraya kat kg. hahaha.lawak plk rasanya. mak budak ni dh terover excited dgn raya plk dah..kalau kat sarawak mesti skrg ni kami masih bz pergi open house dimana2. meriahnya raya disarawak memang terasa sampai hari ke 30 syawal. itulah kenangan indah beraya di tempat orang yg xde di tempat sendiri.

Rindu kat sarawak dan teman2 suma. tengokla bila da rezeki lagi nk fly ke sana. one fine day insyaAllah..

Sunday, August 5, 2012

oh biskut raya

Assalamualaikum..

Aduhla..demam raya dah datang. setiap kali nk raya begitula situasinya. setiap kali nk raya begitula jadinya. sekarang ni setiap hari aku sibuk duk google resepi kat internet. dh da list few cookies yang akan dibuat dalam sedikit masa lagi. tapi. tapi bila tengok resepi yang belambak kat internet list ku tinggal list jela kot. rasa nk buat suma biskut. boleh tak gitu? hm..nafsu besar lagi upanyna. aku memang begitu kalau bercakap tentang biskut. memang sentiasa passionate pasal cookies. cookies je ye sebab kek xreti. xpas2 sampai sekarang.

Kalau ikut hati macam malas je sebenanrnya nk buat pa2 biskut pun tapi bila tengok rupa2 biskut di internet ni semangat tiba2 datang berkobar2. xsabar2 dah nak start baking ni. tapi..sekali lagi tapi. tapinya tak sure lagi nk buat biskut pa. rasa cam nk buat yg simple2 je. yang xbanyak bahan. so, xtau lagi. sebenarnya setiap tahun pun biskut2 yang aku buat lebih kurang sama je. tat, dahlia, badam, coklat..hahaha. tahun ni pun macam tu je la kot. beria ia je lebih search beratus2 resepi kat internet tapi last2..oppss..

InsyaAllah harap2 xtergoda sangat nafsu nk buat suma jenis biskut. minta2 pendirian tetapla nk buat biskut2 yang telah di finalize sehari 2 lepas. harap2 projek menjadi kenyataan..