adik dan kakak

Thursday, April 4, 2013

Demam Pilihanraya bermula..

Assalamualaikum..

Sekarang ni suma orang heboh pasal pilihanraya..kat fb tu boleh dikatakan majoriti post pasal pilihanraya dan parlimen baru nanti. secara peribadi, saya memang sejak dulu xminat dengan dunia politik. kalau boleh xnak tau apa2 pun pasal politik. melihat dan bercakap melaui pengalaman, politik suatu yg menakutkan dan mengerikan. boleh buat org pecah belah, bergaduh, bermasam muka dan sbg nya..pendek kata politik ni bagi saya banyak buruk dari baik. dari konteks mata seorang remaja biasa la..ironi nya kat U ambik jurusan politik. agak lawak jugakla. rasa nk termuntah belajar, ingat, hafal, faham dan hadam segala macam benda berkaitan politik.hehe..

Sebenarnya, sejak kecil sampai sekarang keadaan politik kampung masih begitu.. menyedihkan. bayangkan, da orang yg melabelkan masjid pun mengikut fahaman politik. macam masjid ni hanya org dari parti ni je yg datang solat. imam pun kena dari fahaman parti yg sama. pastu, da pulak tu buat tahlil arwah utk ahli keluarga pun ajak dari kalangan fahaman politik yg sama je sampaikan org sebelah rumah pun xdi jemput semata mata sebab berlainan fahaman politik..extremist sangat. kalau kat kedai kopi tu memang xpayah cerita la.. 

Bercerita tentang pilihanraya nanti ni, saya agak teruja la coz ni kali pertama nk g ngundi. insyaAllah..tapi melihatkan post2 yg pelbagai di fb memang agak menakutkan. saya melihat ramai dikalangan remaja kurang menyokong kerajaan. kalau bercakap dengan remaja kelantan memang xpelikla kebanyakan dorang pilih parti pembangkang, tapi bagaimana pula dengan majoriti remaja dan pelajar U khususnya yg xsokong kerajaan?

Pernah bercakap2 kosong dengan adik dan beberapa rakannya berkenaan politik. saya tanya kenapa macam xsuka kerajaan? dorang kata bukan xsuka parti tapi xsuka cara pembawakan certain2 ahli parti tu. saya kata itu xadil, duit biasiswa, baju raya, duit BRIM suma yg kerajaan beri korang ambik tapi xnak pilih kerajaan sbg pemerintah.. dorang jawab kan ke kita neraga demokrasi..hm..

Saya bukanlah penyokong kuat mana2 parti pun dan kalau boleh memang xnak ambik kesah lansung pasal mengundi suma ni tapi sebagai rakyat Malaysia saya cuma nk yg terbaik untuk negara. pendek kata, setiap parti da baik dan buruk. suma xsempurna.. so, buat la pilihan yg boleh mendatangkan lebih banyak manfaat walaupun da benda yg memang kita xsetuju dengan sesuatu parti tu.. jadilah pengundi yang bijak..heheh

0 comments: