adik dan kakak

Thursday, December 6, 2012

i've learned da lesson

Bismillahirrahmanirrahim..

Walaupun dah beberapa kali kena tapi masih jugak gatal dan degil. nah, ambik u! sebagai pengajaran sampai bila2.. uhuk.. marah dengan diri sendiri.. bermain dengan teknologi memang kalau tak dikawal merana diri. memakan diri dan menghabiskan wang. part menghabiskan wang memang terasa amat memeritkan. berbelanja pada sesuatu yang kita memang nak dan suka, mungkin biasa tapi bayar untuk sesuatu yg kita memang xnak semestinya terasa getir. tak gitu? i've learned da lesson.

Begitulah bila bermain dengan Lelong.com. banyak kali dah kena tapi masih jugak degil dan gatal tangan membida sesuka hati kan. so, natijahnya telan la sendiri..besar punya icon sedih aku bagi! dah banyak kali saje suka2 nak tengok berapa orang sanggup bida tetiba orang tu stop. konon nak main2 last2  diri sendiri yang kena main. kadanag2 pulak tu, xleh nk berhenti dari membida walaupun harga dah tinggi. jadi cam xsedar. last2 bila sedar dah menang baru terasa menyesal sbb bidaan jauh tersasar dari bajet. uwa...xsuka, xsuka, xsuka!

Banyak kali jgk berlaku tengok harga murah saje2 la bid padahal sedang bid brg yg sama dengan harga lain. last2 22 u are da highest bidder! hahaha. tergelak dalam tangis la tu. so, terpaksala bayar utk benda yg sama 2 kali. sangat xcerdik ok!

Pasni memang kena betul2 fikir before bidding. kalau memang betul2 nak pun kena tengok jgk harga bidaan terkini. xperlu kot nk belanja mahal walhal benda tu setiap hari keluar. aku penah beli jam harga rm1 je. nasib la xde org bid. tp poslaju rm12.. satu yg xbest kat lelong ni diorang punya polisi barang akan di deliver dlm ms seminggu. memang jarang seller yg akan trus post out items directly pas buat payment. dhla kos pos mahal lambat plk tu. cuma tula. bestnya kalau bernasib baik mmg dpt brg harga serendah RM1. brg standard pasar mlm je kot. tp ok la.. kalau aku ni doktor ke, anak menteri ke logikla xshopping kat lelong ni. hehe..

*uhuk uhuk..pasni xleh dah nk main klik sesukahati je. walaupun xmahal syg duit oi. cam buang tgh jln je rasa..

Sunday, December 2, 2012

Jalan penuh liku

Bismillahirrahmanirrahim..

Benarlah jalan kebaikan itu banyak halangan dan cabarannya. benarlah juga jalan menuju syurga itu penuh ranjau dan duri serta tidak mudah. Nak menjadi muslim yg baik juga banyak dugaannya. nak berunah ke arah kebaikan pun sangat banyak cubaannya. banyak penghalangnya. apatah lagi untuk istiqamah dalam kebaikan..

Kenapa begitu? kenapa sukar untuk berada dilandasan Ilahi? kerana syurga itu terlalu indah dan cukup istimewa. bukankah benda yg sangat manis itu selalunya susah untuk dimiliki? dan bukankah ganjaran yg hebat itu patut untuk sesuatu yg memang sangat sukar untuk diperolehi?

Begitulah hidup. banyak masalah, banyak dugaan dan cabaran.. Banyak benda yg sangat manis didunia tapi balasannya sangat pahit 'disana'. kebanyakan kita memang suka memilih sesuatu yg manisnya 'disini' berbanding yang manisnya 'disana'; termasuk aku..

Sungguh..hidup itu tidak mudah. hidup itu tidak pernah sunyi dengan dugaan.. dugaan bukan hanya rencah hidup semata tapi untuk menguji keimanan dan untuk membuat pilihan dimana jalan kebenaran.. dengan ujian kita sedar diri, kita kembali pada azali, kita beroleh kebahagiaan.. paling utama ujian itu pastinya untuk mendekatkan diri kepada Allah.. adakala terasa dugaan yg menimpa terlalu berat tidak tertanggung. mungkin perasaan semata. hakikatnya mungkin diri sebenarnya jauh dari Allah.. lalai dalam mengingati Allah..

*bersama muhasabah diri dan memperbaiki diri